Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday 31 January 2010

BEBOLA COKLAT URAI


Bebola Coklat Urai... Resepi dari Chef Anuar. Naz jumpa resepi ni dulu di dapur Maklang Azie yang lama (ulampegaga.fotopages). Naz guna sedikit Kek Coklat Lembap yang dibuat semalam sebagai bahan Bebola Coklat Urai ini.. Jom tengok resepinya..

BEBOLA COKLAT URAI
Sumber : Chef Anuar
Bahan-bahan :
150 gm kek coklat(I used 225 gm my previous Chocolate Moist Cake)
50 gm jem raspberi(I used strawberry jem)
30 gm kismis/kacang(tak letak)
50 gm coklat masakan(dicairkan secara double boiler)
Coklat urai secukupnya


Cara :
1. Hancurkan kek dengan tangan.
2. Masukkan jem, kismis dan coklat cair. Gaul rata hingga jadi doh.
3. Kepal dan bulat-bulatkan adunan dan golekkan di atas coklat urai.

Friday 29 January 2010

KEK COKLAT LEMBAP(CMC)


Salam semua. Kek Coklat Lembap ni dibuat sebab nak try rasa kelembapannya seperti nama yang diberi. Emmm.. bila dah makan, diakui kek ini memang sedap dan sungguh lembap. Cuma Naz buat kek ini dalam bentuk cup cakes. Resepi dapat dari dapur MamaFami dan sumber asal resepi adalah Kak Yang Su.

KEK COKLAT LEMBAP
Sumber : Kak Yang Su
Bahan-bahan :
250 gm butter
2 cawan gula kastor
2 3/4 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp asen vanilla
1 cup serbuk koko
1 1/2 cawan air

Cara :
1. Serbuk koko + air, ketepikan.
2. Butter + gula kastor, pukul hingga kembang.
3. Dalam satu bekas lain, pukul telur hingga kembang.
4. Tuang adunan telur ke dalam adunan butter sedikit-sedikit sambil memukul pada kelajuan sederhana.
5. Masukkan asen vanilla.
6. Masukkan tepung dan gaul rata.
7. Masukkan pula bancuhan serbuk koko tadi dan gaul rata.
8. Bakar dalam oven pada 175 C sehingga masak.

Monday 25 January 2010

SWISS ROLL STRAWBERRY


Kali ni Naz nak simpan pulak resepi Swiss Roll Strawberry ke dalam blog ni untuk rujukan pada masa hadapan atau untuk rujukan anak-anak nanti. Terdapat sedikit rekahan pada Swiss Roll ni sebab terlebih tekan masa menggulung..

SWISS ROLL STRAWBERRY
Bahan-bahan :
Bahan A
:
3 biji telur gred A atau gred B
2 oz gula kastor
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp asen vanilla
1/2 TBSP ovallete
1.5 oz tepung gandum
1/2 TBSP susu tepung

2 oz mentega cair
Strawberry emulco/asen strawberry
Pewarna merah
Aising mentega(butter icing)

Cara :
1. Pukul Bahan A (kelajuan maxsima) sampai fluffy (7 – 9 min)
2. Asingkan 1 1/2 sudu besar batter dan masukkan ke dalam piping bag. Titiskan beberapa titis pewarna merah dan gaul rata. Ketepikan.
3. Masukkan strawberry emulco ke dalam adunan batter asal dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
5. Tuangkan adunan batter ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
6. Paipkan adunan yang diasingkan tadi ke atas adunan yg diratakan dlm loyang dan buatlah corak yang diingini.
7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
8. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan aising mentega(butter aicing).
9. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.

AISING MENTEGA
Bahan-bahan
:
230 gm gula aising - diayak
130 gm mentega tanpa garam(I used mentega biasa je sebab tak ada mentega tanpa garam di rumah)

Cara :
Masukkan kedua-dua bahan ke dalam mixing bowl dan pukul sampai kembang, gebu dan adunan menjadi warna putih..

Naz sapukan aising mentega dan kemudian letakkan sedikit jem strawberry secara selerak di atas aising mentega tadi seperti gambar di atas.

Tuesday 19 January 2010

SWISS ROLL PANDAN


SWISS ROLL PANDAN
Bahan-bahan :
Bahan A
:
3 biji telur gred A atau gred B
2 oz gula kastor
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp asen vanilla
1/2 TBSP ovallete
1.5 oz tepung gandum
1/2 TBSP susu tepung

2 oz mentega cair
Pandan emulco/asen pandan
Pewarna hijau
Aising mentega(butter icing)

Cara :
1. Pukul Bahan A (kelajuan maxsima) sampai fluffy (7 – 9 min)
2. Asingkan 1 1/2 sudu besar batter dan masukkan ke dalam piping bag. Titiskan beberapa titis pewarna hijau dan gaul rata. Ketepikan.
3. Masukkan pandan emulco atau esen pandan ke dalam adunan batter asal dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
5. Tuangkan adunan batter ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
6. Paipkan adunan yang diasingkan tadi ke atas adunan yg diratakan dlm loyang dan buatlah corak yang diingini.
7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
8. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan aising mentega(butter aicing).
9. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.

AISING MENTEGA
Bahan-bahan
:
230 gm gula aising - diayak
130 gm mentega tanpa garam(I used mentega biasa je sebab tak ada mentega tanpa garam di rumah)

Cara :
Masukkan kedua-dua bahan ke dalam mixing bowl dan pukul sampai kembang, gebu dan adunan menjadi warna putih..

NOTA :

* Untuk mendapatkan corak yang jelas, pastikan adunan batter yang diasingkan dan adunan batter asal mempunyai perbezaan tone warna. Contohnya, adunan batter untuk pipping, warna hijaunya lebih kuat drpd adunan batter asal.

Sunday 17 January 2010

KUIH LOPES


Kuih Lopes ni dibuat untuk minum petang di rumah. Resepi asal dari Kak Hanieliza. Cuma selepas kukus, Naz tak buat seperti kak Liza yang menggunakan penutup botol Nescafe untuk membentuk Kuih Lopes ni. Apa yang Naz buat ialah membungkus pulut yang siap dikukus di dalam aluminium foil sebagai ganti daun pisang sebagaimana yang orang biasa buat. Alhamdulillah, menjadi juga rupa Kuih Lopes nie..

KUIH LOPES
Sumber : Kak Hanieliza
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut
2 cawan santan + garam(I used 1/2 tsp salt)
1/2 cawan jus pandan

Kelapa muda parut

Cara :
1. Masukkan semua bahan di atas kecuali kelapa parut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak(lebih kurang 30 minit). Biarkan sejuk seketika.
2. Letakkan sedikit pulut ke atas aluminium foil dan balut/bungkus membentuk silinder ketat-ketat.


3. Kukus semula pulut yang di dalam aluminium foil tadi selama 10 minit.
4. Tunggu pulut sejuk baru dipotong, disalut dengan kelapa muda parut dan hidangkan dengan air gula merah.

Air gula merah :
Sumber : MamaFami
Bahan-bahan :
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah(I used gula Melaka 100 gm)
1 1/2 cawan air

Cara :
Masak semua bahan di atas hingga larut. Hidangkan dengan kuih lopes yang telah disalut kelapa parut.

Dua bungkus pulut selamat dimakan sebagai Kuih Lopes. Lebih lagi satu bungkus, dimakan bersama dengan lauk daging masak lemak cili padi lebihan malam tu pada keesokan paginya.

Wednesday 13 January 2010

MUFFIN PISANG COKLAT CHIP


Haiii... di dapur ada beberapa biji pisang berangan yang sudah terlalu masak dan rasanya dah tak ada sesiapa yang nak makan. So daripada masuk tong sampah, buatlah muffin ni.. Adaptasi dari resepi Muffin Pisang Coklat Rice yang dah pernah buat sebelum ini.

MUFFIN PISANG COKLAT CHIP
Bahan-bahan
:
140 gm butter
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 tsp asen vanilla
2 cawan tepung gandum*
1 tsp baking powder* (*ayak bersama)
1 cawan pisang lenyek(4 biji pisang berangan)
2 TBSP susu tepung
1/2 cawan coklat chip

Cara :
1. Butter dan gula digaul sebati.
2. Masukkan telur sebijidemi sebiji dan gaul sebati.
3. Tambahkan asen vanilla dan pisang lenyek. Kacau.
4. Masukkan pula tepung dan susu tepung. Gaul rata.
5. Tambahkan coklat chip dan gaul.
6. Sudukan adunan ke dalam muffin cup dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga muffin masak.

NOTA :
* Naz masukkan coklat chip ke dalam tepung yang belum diayak dan ayak tepung terus ke dalam bekas adunan. Jadi coklat chip yang tertinggal di dalam bekas pengayak telah disaluti tepung. Ini boleh mengelakkan coklat chip mendak ke dasar muffin semasa proses membakar.
* Naz menggunakan campuran twin coklat chip dan strawbery coklat chip.

Sunday 10 January 2010

APAM


Hai kebelakangan ni terajin pulak nak buat kuih-muih yang dimakan dengan kelapa parut. Hari ini buat kuih apam pulak. Resepi dari rumah Kak Rinnchan. Cuma Naz adjust resepi tu jadi separuh sebab kalau ikut resepi asal, dapat banyak sangat kuih apam ni nanti. Dan Naz tambah sikit kuantiti gula sebab kurang manis pada lidah Naz dan orang di rumah ni..
Terima kasih kepada tuan punya resepi. Kuih apam ni sedap. Lembut dan gebu jer.. Biasalah, Naz kalau buat kuih-kuih macam ni suka colourfull untuk manarik perhatian anak-anak..


Apam pelbagai warna...
APAM
Bahan-bahan :
[A]

1/4 cawan air suam
3/4 TBSP yis mauripan
1 tsp gula pasir

[B]
1 1/4 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 TBSP tepung beras
1/2 cawan gula pasir
Pewarna mengikut kesukaan

Cara :
1. Bancuh [A] hingga larut. Biarkan 5 minit hingga berbuih. Gunakan bekas yang besar dari muatan kerana larutan akan mengembang selepas beberapa ketika. Nanti melimpah pulak kalau guna bekas kecil.
2. Masukkan bahan [B] ke dalam pengisar dan kisar hingga larut. Kalau nak buat banyak warna, jangan masukkan pewarna dulu semasa proses ini.
3. Keluarkan adunan [B] ke dalam mangkuk besar, dan masukkan adunan [A} tadi dan kacau rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut berapa jenis pewarna yang ingin digunakan. Campurkan pewarna dan gaul rata.
4. Tutup adunan dan perap adunan sehingga kembang lebih kurang 50 minit - 1 jam.
5. Panaskan kukusan dan lengser acuan apam atau loyang dengan minyak masak dan kukus kejap.
6. Tuang adunan apam yang telah kembang tadi dan kukus selama lebih kurang 30 - 40 minit atau sehinggga apam masak.
7. Biarkan apam sejuk dahulu sebelum dipotong atau sebelum dikeluarkan dari acuannya.
8. Hidangkan bersama kelapa parut muda yang telah digaul dengan sedikit garam. Agar kelapa parut tidak mudah basi, kukus kelapa parut seketika di dalam kukusan sebelum digunakan.

NOTA :
* Naz balut penutup kukusan untuk mengelakkan air dari menitis ke atas apam.
* Tuang bancuhan adunan apam 3/4 penuh jer ke dalam bekas mengukus sebab nanti bila telah masak apam akan naik. Kalau penuh sangat, dikhuatiri akan melimpah pula adunan semasa proses mengukus.

Saturday 9 January 2010

KASWI


Menu kali ini adalah Kuih Kaswi. Resepi asal dapat dari dapur kak Hanieliza. Cuma bahan-bahan di bawah ini telah Naz kecilkan kuantitinya kepada separuh daripada adunan asal. Dapat satu loyang square 17 cm.


KUIH KASWI
Bahan-bahan
:
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula merah (naz guna gula Melaka)
1/2 cawan gula pasir
(masak bahan-bahan di atas dan sejukkan)

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji/tepung ubi/tepung jagung (naz guna tepung ubi)
1/2 tsp kapur kuih
Kelapa parut muda + garam secukupnya (gaul dan kukus sekejap)

Cara :
1. Panaskan kukusan.
2. Sapu minyak pada loyang atau lapik loyang dengan plastik.
3. Bancuh semua bahan dan tapis. Kalau nak senang boleh jugak masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
4. Tuang ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30 minit.
5. Sejukkan. Potong dengan pisau plastik dan gaul dengan kelapa parut.

Monday 4 January 2010

LASAGNA

Salam semua. Hari ni nak simpan resepi Lasagna ke dalam blog ini. Gambar-gambar ni diambil semasa proses membuat Lasagna di rumah mak cuti sekolah tahun lalu. Kebetulan anak-anak dan anak-anak buah berkumpul di sana dan ada request dari mereka, tu yang buat ni. Sebelum ni kalau buat tak pernah ambil gambar.
Dan lasagna ni bila dah siap dimasak, tak sampai 1 jam dah licin. Memang lasagna ni menjadi kegemaran mereka termasuklah mak dan ayah mereka serta adik beradik Naz sendiri. Cuma tak bolehlah nak buat selalu sebab kosnya boleh tahan jugak tapi still lebih berbaloi dari beli yang dah siap tu.
Naz first time belajar dan buat Lasagna ni semasa merantau ke Perth dulu. First time makan terus jatuh hati. Cuma sos daging tu, kalau ikut resepi asal menggunakan tomato puree dan juga diced tomato. Naz ubah untuk lebih senang menyediakannya.

LASAGNA
Bahan-bahan
:
1 kotak instant Lasagna sheet
Shreeded cheese

Sos daging :
400 - 500 gm daging cincang (guna daging cincang Ramly burger je)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 batang carrot (hiris/cincang halus)
2 sudu besar minyak masak
1 botol atau 1 tin sos spagetti(any brand, naz guna kimball or Preggo)
Lada sulah
Garam

Sos putih/sos keju :
2 sudu besar mentega/margarine
2 sudu besar plain flour
2 cawan susu segar
Garam
2 sudu besar shredded cheese

Cara Membuat Sos Daging :
1. Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih, bawang besar dan carrot. Biar hingga naik bau dan layu.
2. Masukkan daging cincang dan biar hingga perang.
3. Masukkan sos spagetti, lada sulah dan rasakan garamnya. Biar hingga kering sikit tapi jangan terlalu kering kerana kita memerlukan kelembapan dari sos daging untuk melembutkan kulit lasagna semasa proses membakar di dalam oven.

Cara Membuat Sos Keju :
1. Di atas api perlahan, masukkan mentega ke dalam periuk. Biarkan cair.
2. Masukkan plain flour dan kacau dengan ballon wisk hingga sebati. Tutup api.
3. Masukkan susu dan gaul hingga sebati. Kemudian letakkan semula periuk di atas api sederhana dan terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat/lama sebab apabila sos keju telah sejuk, ia akan menjadi lebih likat daripada ketika panas). Tutup api.


Cara Melapis Lasagna :
1. Buat satu lapisan nipis sos daging di dalam loyang.


2. Tuang sos keju ke atas lapisan sos daging tadi.


3. Lapiskan pula dengan instant lasagne sheet menutupi permukaan daging dan sos keju.
4. Buat beberapa lapisan sos daging, sos keju dan lasagne sheet lagi lebih kurang 2-3 lapisan lagi.


5. Pada lapisan terakhir selepas lapisan sos keju, taburkan shreeded cheese rata-rata.


6. Inilah rupa lasagne sebelum di bakar.


7. Bakar di dalam oven sehingga keju kelihatan mencair dan masak. Suhu 180 C selama 35-40 minit atau hingga keju mencair sepenuhnya.
8. Sejukkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan…Makan semasa masih suam lebih sedap sebenarnya.

NOTA :
Ada jugak orang yang bertanya, kulit lasagna tu tak perlu direbus dulu ke sebelum digunakan? Naz memang tak pernah merebus kulit lasagna tu sebab dengan kelembapan dari sos daging dan sos keju yang dibuat, teleh cukup menjadikan kulit lasagna itu lembut selepas proses membakar.

Sunday 3 January 2010

APAM PISANG COKLAT


Resepi Apam Pisang Coklat ni ambil dari dapur Kak Liza. Tergerak pulak nak cuba apam yang ada campuran pisang dan coklat ni. Makan panas-panas memang sedap.


APAM PISANG COKLAT
Sumber : Kak Hanieliza
Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikit garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
11/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]

Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.

Nadz dah buat… 1/2 adunan je… Guna loyang muffin yg kecil je acuannya. Org umah ni tak ramai. Very easy to prepared and after cooked, its turned to be a very delicious, moist and good looking muffins… Taste???? Emmm… yummy..yummy..yummy..

Saturday 2 January 2010

TOFU TELUR BERKUAH


Hai teringin pulak nak makan tauhu lembut nie.. Selalu tengok ada di kedai-kedai makan. Tapi tak pernah cuba memasaknya.. Ni la yang mencuba ni..

TOFU TELUR BERKUAH
Bahan-bahan
:
1 paket tofu telur
4 keping nenas bulat dalam tin – dipotong kecil
Sedikit capsicum hijau – dipotong dadu
Sedikit carrot – dipotong dadu
1 biji bawang putih – diracik halus
1 inci halis – diracik halus
1 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Tepung jagung utk memekatkan kuah
1 sudu besar minyak utk menumis
Minyak untuk menggoreng tofu

Cara :
1. Potong tofu kepada 4 bahagian. Goreng dengan lemah gemalai agar tofu tidak pecah. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak utk menumis dan tumis bawang putih serta halia.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Biar mendidih.
4. Masukkan sayuran dan biar seketika.
5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, dan masukkan ke dalam kuali.
6. Kacau kuah dan biarkan pekat sikit. Tutup api dan curahkan kuah ke atas tofu telur yang telah digoreng tadi.

Friday 1 January 2010

TAUHU SUMBAT


Tauhu sumbat...Emm boleh dimakan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja. Biasanya tauhu dan sayurannya lebih kurang sama saja orang buat, cuma mungkin yang berbeza adalah kuah cilinya.
Ada orang membuat kuah cilinya daripada cili kering dan ada juga orang yang suka menaburkan kacang tanah tumbuk pada tauhu sumbat. Tapi bagi Naz ini lah cara biasa Naz sediakan tauhu sumbat untuk dimakan. Simple jer..


TAUHU SUMBAT
Bahan-bahan
:
Beberapa keping tauhu lembut
Sebatang timun
Sedikit taugeh

* Tauhu digoreng dan dibelah dua menjadi segitiga.
* Timun dibasuh dan dipotong halus memanjang.
* Taugeh dibuang ekornya, dibasuh dan disiram air panas.

Bahan-bahan untuk kuah :
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
2 TBSP gula pasir(boleh adjust untuk seimbangkan dengan kepedasan)
1 TBSP cuka masakan
2 TBSP sos tomato
Sedikit air masak untuk proses mengisar


Cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
2. Kisar hingga halus.
3. Rasa dan adjust kuah cili mengikut citarasa sendiri.
4. Boleh dihidangkan bersama tauhu sumbat tadi.

Cara menghidang :
1. Belah di bahagian tengah tauhu yang telah menjadi segitiga tadi.
2. Sumbat dengan campuran timun dan taugeh tadi.
3. Sudukan kuah cili ke dalam tauhu dan sedia untuk dimakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...