Monday, 31 October 2011

ASAM REBUS TEMPOYAK IKAN KEMBUNG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lauk asam rebus memang menjadi kegemaran Naz dan hubby. Cuma kali ini, Naz letak tempoyak di dalam kuahnya. Resepi ni biasa bonda buat di kampung. Cuma kalau resepi dari ibunda ku ini, tak adalah sukatan-sukatannya. Memang dari kecil lagi Naz dah makan lauk asam rebus tempoyak ni. Sedap bagi yang menggemari tempoyaklah. Buat kuahnya pedas-pedas dan pekat. Makan pula dengan nasi panas. Perghhhhh... Meleleh-leleh peluh dibuatnya.

Naz suka buat kuahnya banyak. Boleh letak dalam mangkuk lain dan dihirup. Bestnyer.. hehehe.. Resepi yang amat mudah jer ni.

ASAM REBUS TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kembung - disiang dan dibersihkan
  • Bendi - ikutlah nak letak berapa pun
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 batang serai - dititik
  • 3-4 cawan air
  • 1/2 - 1 cawan tempoyak segar 
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar :
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 25 biji cili padi - yang ni ikut tahap kepedasan yang anda inginkan
  • 2 batang cili merah (kalau tak ada stok, tak bubuh pun)
  • 1 inci kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk bersama air dan serai. Masukkan juga asam gelugor dan tempoyak. Biar hingga menggelegak.
  2. Kemudian masukkan ikan. Bila ikan hampir masak, masukkan bendi dan garam. Masukkan gula sekiranya perlu. Rasakan ikut selera masing-masing.
SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 29 October 2011

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Simple chocolate cupcakes ni Naz ambil resepinya dari dapur cyber Maklang Azie. Resepi ditulis dalam bahasa Inggeris tapi Naz translate ke dalam bahasa melayu dan Naz oleh sedikit cara penyampaiannya. Menurut maklang, resepi ini merupakan resepi yang selalu beliau gunakan untuk kelas masakannya dan juga untuk tempahan. Satu lagi kek coklat yang sedap, gebu dan moist.

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES

Bahan-bahan A :
  • 2 cawan tepung serbaguna/ tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 tsp baking powder
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 3 tsp serbuk kopi segera(nescafe)
  • Secubit garam halus
Bahan-bahan B :
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur
Bahan C :
  • 3/4 cawan air panas
 Cara-cara :
  1. Dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan-bahan A. Gaul biar sebati.
  2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan-bahan B dan pukul sebati.
  3. Masukkan bahagian B ke dalam mangkuk bahan-bahan A sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan. Kemudian tingkatkan speed dan putar hingga sebati.
  4. Masukkan air panas dan putar sebati lagi.
  5. Masukkan adunan ke dalam papper cup. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.
  6. Kalau membakar adunan di dalam satu loyang kek, bakar pada suhu 160 C selama 60 minit atau sehingga masak.
NOTA :
  • Satu adunan kek ini boleh menghasilkan banyak cupcakes ni atau menghasilkan sebiji kek coklat yang besar juga. Jadi Naz bakar 1/2 adunan di dalam cawan dan 1/2 adunan lagi di dalam loyang kek untuk projek lain pula.. Apakah projeknya?? Hahaha..nantikan entry seterusnya ye!
SELAMAT MENCUBA! 

Wednesday, 26 October 2011

APPLE COOKIES/ APPLE CARRIES


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Buat biskut ni untuk menunaikan hajat anakanda Husna yang tak kesampaian masa hari raya puasa dulu. Tak sempat ummi dia membuat biskut kegemaran Husna ni.


Resepi asalnya adalah "Mama Carries" dan Naz perolehi dari Koleksi Resipi Diana tapi minta maaf tak dapat disertakan linknya kerana  blog Diana ni tak boleh di access lagi. Nanti akan keluar, "This blog is open to invited readers only". So looks like I'm not one of the invited readers. Kalau nak jadi 'invited readers' perlu hubungi pemilik blog dan request untuk invitation tu. Tak tau lah pulak nak contact Diana  macam mana. Ke ada antara rakan-rakan yang boleh access blog Diana ni. Please inform me ok!


Resepi ni memang ada dalam simpanan Naz sebab dulu sebelum ada blog, Naz pernah copy & paste dari blog Diana ni. Dah beberapa kali cuba resepi ni dan memang sedap biskut ni. Cuma untuk toppingnya, Naz dah adjust sikit kerana kalau mengikut sukatan asal, banyak sangat toppingnya tu dan selalu berlebihan.


Oleh kerana Naz dah tukar bentuk biskut ni dari bentuk hati dengan nama "mama carries" kepada bentuk epal, jadi namanya pun Naz letak "Apple cookies @ Apple carries". Biskut yang sangat mendapat sambutan ketika Naz buat jualan untuk hari raya dulu. Sampai rasa nak pengsan membuatnya..heehehee..

APPLE COOKIES
Sumber Resepi : Koleksi Resipi Pilihan Diana

Bahan-bahan Doh :
  • 225 gm butter
  • 75 gm gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 300 gm tepung gandum
  • 90 gm tepung jagung
  • 15 gm susu tepung
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 1 sudu teh emplex
Cara-cara :
  1. Pukul butter dengan telur hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan asen vanilla dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan susu tepung, tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Uli hingga sebati dan terap.
  4. Letakkan/ sapukan topping di permukaan biskut dan bakar selama 20 - 30 minit pada suhu 180 C di dalam oven yang telah dipanaskan. 

Bahan-bahan Topping :
  • 20 ml putih telur
  • 100 gm gula icing
  • 1 tsp tepung jagung
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • Pewarna pilihan
Cara-cara :
  1. Pukul putih telur dan gula icing hingga bertanduk(pekat). 
  2. Masukkan tepung jagung dan asen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Letakkan pewarna mengikut kegemaran dan sapukan ke atas biskut. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 - 30 minit bergantung kepad oven masing-masing.
SELAMAT MENCUBA!

Monday, 24 October 2011

KUIH GENGGANG aka KUIH LAPIS



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kuih genggang atau lebih dikenali sebagai kuih lapis merupakan kuih yang telah ada sejak turun temurun lagi. Kalau di kenduri kendara di kampung Naz, kuih ni dah menjadi kemestian ada di dalam juadah hidangan.

Kebanyakan resepi kuih lapis ni, menggunakan campuran tepung gandum, tepung beras dan juga tepung jagung. Tapi resepi yang akan Naz paparkan di sini menggunakan 2 jenis tepung sahaja iaitu tepung beras dan juga tepung ubi. Hasil kuih ni memang lebut dan manisnya sedang elok saja.

Ok, kepada yang ingin mencuba, ini resepinya. Adunan resepi yang pertama tu lebih banyak daripada adunan resepi yang ke 2 tapi kedua-duanya menggunakan resepi yang sama jer. Cuma kuantiti yang berbeza.



KUIH LAPIS aka KUIH GENGGANG
Oleh : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :
(Resepi 1)
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 1/4 cawan gula pasir + 1 cawan air - Larutkan gula di atas api dapur
  • 600 ml santan + 1/2 cawan air
  • 2 tbsp(sudu besar) sirap rose
  • Beberapa titis pewarna merah

(Resepi 2)
  • 1 cawan tepung beras
  • 2/3 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan dan 1/3 cawan gula + 2/3 cawan air - Larutkan di atas api dapur
  • 400 ml santan + 1/3 cawan air
  • 1 tbsp(sudu besar) sirap rose
  • Beberapa titis pewarna merah
Cara-cara :
  1. Campurkan tepung beras dan tepung ubi di dalam sebuah mangkuk besar.
  2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau agar tidak berketul-ketul.
  3. Masukkan air gula yang telah dilarutkan tadi. Kacau rata. Pastikan tiada ketulan-ketulan.
  4. Bahagi 2 adunan dan warnakan salah satu adunan dengan warna merah dan masukkan sirap rose. Kacau biar sebati.
  5. Panaskan kukusan. Apabila air kukusan menggelegak, kukus kuih selapis demi selapis berselang-seli warnanya di dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak masak agar senang mengeluarkan kuih nanti. 
SELAMAT MENCUBA!

Sunday, 23 October 2011

SUP IKAN MERAH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masak yang simple jer untuk hari ini. Sup ikan merah yang memang menjadi kegemaran encik hubby. Naz pun suka juga ikan merah ni bila dibuat sup tapi nak beli selalu ikan merah ni....huhuhu..tak le jawabnya. Bukan main mahal lagi harganya. Sesekali boleh la..hehehe..

Ok, lauk main campak-campak je ni. Campak-campak pun, masuk juga dalam entry blog ni supaya esok-esok bila anak-anak mula memasak, lauk campak-campak ni lah yang sesuai untuk dibuat sebagai permulaan.

SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan :
  • 1 atau 2 keping ikan merah - dibersihkan dan dibasuh dengan air asam jawa
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sup bunjut ikan (kalau tak ada, pakai sup bunjut biasa je tapi tambahlah kulit kayu manis, buah pelaga dan buah keras)
  • 1 biji kentang - dibelah 4 atau 8
  • Air yang mencukupi
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit daun sup
Cara-cara :
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia bersama.
  2. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. Bila panas, tumis bahan tumbuk serta rempah dari paket sup bunjut kecuali sup bunjut hingga berbau wangi.
  3. Masukkan air, sup bunjut dan kentang. Biar hingga menggelegak dan kentang empuk.
  4. Masukkan ikan dan garam. Bila ikan telah masak, rasakan garamnya. Tutup api.
  5. Hidangkan sup ikan merah dengan hirisan daun sup. Enak dimakan bersama nasi panas dan ditemani sambal belacan.
SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 22 October 2011

ROTI SOSEJ GORENG



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Dah sarapan semua? Buat roti sosej goreng yang ringkas ni saja untuk anak-anak. Rasanya semua orang pun tau cara nak membuatnya. 

Ok, ni resepi ringkas roti sosej goreng ni.

ROTI SOSEJ GORENG

Bahan-bahan :
  • 5 keping roti sandwich
  • 5 batang sosej
  • 1 biji telur + sikit lada sulah + secubit garam - dikocok sikit
  • Bread crumb secukupnya (boleh juga guna nestum, oat atau cornflakes yg diramas)
  • Minyak untuk menggoreng

Sebelah kiri tu, Naz golekkan ke dalam nestum dan 

yang sebelah kanan tu, Naz golekkan ke dalam bread crumb.
 Cara-cara :
  1. Ambil sekeping roti dan lenyek dengan penggelek hingga roti penyek. Tujuannya supaya roti tidak menyerap minyak dengan banyak ketika menggoreng nanti.
  2. Letakkan sebatang sosej di atas roti tadi dan gulung kemas. Sapukan sedikit telur sebagai gam di hujung gulungan roti agar gulungan roti tidak terbuka. Buat hingga semua roti dan sosej habis digunakan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Celup dan golek-golekkan gulungan roti sosej tadi ke dalam telur. Kemudian golekkan pula ke dalam bread crumb dan terus goreng. Gunakan api sederhana sebab masaknya sekejap saja. Masak hingga menjadi perang.
  5. Angkat dan biar di atas tisu dapur seketika supaya minyak yang berlebihan diserap. 
  6. Hidangkan dengan sos cili atau pun boleh dimakan begitu sahaja.
Ringkas je kan!
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 18 October 2011

CUCUR BOM MANIS

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni lah hasil skodeng dari blog Anna dan Tun. Buat untuk anak-anak. Suka betul Haris dan Husna makan cucur bom manis ni. Nasib baik lepas sebiji, sebiji lagi dia orang makan sampai habis. Kalau tak habis, nampaknya badan ummi dia la yang nak kena bom..huhuhhu.. Mungkin sebab ada rasa manis-manis tu, laju jer masing-masing makan. 

CUCUR BOM MANIS
Sumber Resepi : daun_kesum@Jurnal Alkiram 

Bahan-bahan :
  • 1 sudu teh yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara :
  1. Campurkan yis, gula susu pekat manis dan sedikit air(Naz guna air suam). Larutkan. (Naz ikut Anna, perap jap dalam 10 minit hingga adunan berbuih).
  2. Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambahkan sedikit air, agak-agak macam nak buat jemput-jemput tu le. 
  3. Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik dan kuih jadi bulat masa menggoreng.
  4. Panaskan minyak masak.
  5. Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.
  6. Hidangkan..yummyy..
NOTA :
  • Bancuh adunan biar jadi likat tau! Jangan cair supaya dapat kuih yang bulat-bulat bila digoreng.
SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 15 October 2011

BLUEBERRY CHEESE TART



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Cheese tart datang lagi..hehehe.. Ok, kali ni untuk filling jamnya, Naz gunakan blueberry jam. Untuk crust atau tart shell dan juga filling cream cheesenya, masih menggunakan resepi daripada kak Azita Zain lagi. 


BLUEBERRY CHEESE TART

(a) PASTRY/ TART SHELL/ CRUST
Sumber Resepi : Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN
Oleh : Naz's COSK @ ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum
Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.

(b) CREAM CHEESE FILLING




Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Masukkan inti jem blueberry ke dasar crust.
Masukkan pula adunan cream cheese menutupi jam tadi dan
buat lorekan di atas creem cheese untuk corak yang anda inginkan.




CARA MENYEDIAKAN CHEESE TART
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filing, lebih sedap!
  4. Pacitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata-rata hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis-garis kecil di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis-garis kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik).
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian tajam lidi, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minti. Siap!!


Tips untuk mendapatkan cistat yang gebu dan montok (mengikut pengalaman Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejuk beku (freezer).
  2. Keluarkan cream cheese 30 - 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh (sampai ke bahagian sisi crust).

 SELAMAT MENCUBA!

Friday, 14 October 2011

KARIPAP (DOH TUN)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Karipap...emmm..memang dari dulu, kini dan insyallah mungkin selamanya menjadi kegemaran semua orang dalam rumah ni. Selalunya kalau buat karipap tak sempat pun nak tangkap gambar. Masa menggoreng lagi dah ada orang menunggu. Lepas je digoreng, memang cepat je selesai. 

Kali ni buat karipap gunakan resepi doh dari Tun Telani (Life is a constant battle) manakala untuk intinya, Naz gunakan resepi dari Ros (Bukan Sekadar Masakan). Oleh kerana resepi-resepi ni dari blog kawan-kawan, jadi mesti masukkan ke dalam blog sendiri supaya lain kali senang nak rujuk. 


KARIPAP TUN

(a) Doh Karipap
Bahan-bahan :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 Tbsp majerin
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 tsp garam
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan majerin + minyak masak di dalam periuk. Tutup api.
  2. Tengah panas-panas tu, masukkan tepung ke dalam periuk tadi dan gaul guna garfu (jangan guna tangan, melecur nanti).
  3. Dah sejuk sikit, campurkan garam dan air.
  4. Uli-uli..Siap! Boleh buat karipap ikut suka nak letak inti apa pun.

(b) Inti Keledek (naz buat double resepi di bawah ni)
Sumber : Mas ~ (Duniaku) & Izah ~ (Izah Muffin Lover)

Bahan :

  • 1 biji keledek bersize besar (Naz guna 400 gm keledek)
  • 1/2 genggam ikan bilis - boleh tukar pada ayam atau daging
  • 2-3 sudu besar udang kering
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • garam 
  • 1 mangkuk air 
  • 1/2 biji bwg besar - Izah tambah, Mas pun (Naz guna 3 ulas bawang merah)
  • 2-3 ulas bawang putih -  Izah tambah, Mas pun (Naz pun tambah)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis (Naz tambah)
Cara memasak :

  1. Keledek dipotong dadu. Rendam seketika. 
  2. Kisar ikan bilis bersama udang kering dan bawang dan kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili dan serbuk kari serta serbuk jintan manis. Tumis hingga garing.
  3. Kemudian masukkan keledek dan air. Masak hingga keledek lembut dan kering.
  4. Boleh dijadikan inti.


NOTA :
  • Satu adunan doh karipap ni, dapat banyak karipap. Naz dapat lebih kurang 45 biji karipap. Jadi Naz frozenkan karipap-karipap ni.
  • Cara nak frozenkan karipap: Mula-mula goreng sebentar jer karipap tu. Tak yah tunggu sampai berubah warna. Kejap jer nak bagi kulit luar karipap tu kering supaya ia tak akan melekat antara satu sama lain bila kita simpan dalam freezer. Kemudian, sejukkan dulu dan seterusnya masukkan ke dalam plastik bersih atau apa-apa bekas yang sesuai sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer). 
  • Lagi satu, masa menggoreng karipap untuk dimakan, jangan guna api besar. Guna api kecil jer atau sederhana. Kalau guna api besar, nanti kulit karipap tumbuh jerawat batu masa menggoreng..hahaha...
 SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 13 October 2011

STRAWBERRY CHEESE TART


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Strawberry cheese tart yang dibuat untuk anak-anak di rumah ni.. Ok, malas nak membebel panjang-panjang. Terus jer kepada resepi yang ditungkil dari blog kak Azita Zain dan juga dirujuk dari blog Mas.

STRAWBERRY CHEESE TART
(a) PASTRY/ TART SHELL/ CRUST
Sumber Resepi : Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN
Sumber Rujukan : Mas ~ Duniaku

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum
Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.


(b) CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling/ Inti :
Strawberry @ blueberry @ kiwi @ oren @ lain-lain lagi.


CARA MENYEDIAKAN CHEESE TART
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filing, lebih sedap!
  4. Pacitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Sekiranya menggunakan strawberry filling untuk lorekan atas cream cheese tu, picitkan strawberry filling yang telah dimasukkan ke dalam piping bag ke atas cream cheese. Sila abaikan no 7 dan no 8 jika menggunakan strawberry filling. (Ni ikut Mas)
  7. Kacau rata-rata hingga mendapat warna yang diinginkan.
  8. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis-garis kecil di bahagian tepi.
  9. Bilangan garis-garis kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik).
  10. Kemudian dengan menggunakan bahagian tajam lidi, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  11. Bakar selama 5 minti. Siap!!

Tips untuk mendapatkan cistat yang gebu dan montok (mengikut pengalaman Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejuk beku (freezer).
  2. Keluarkan cream cheese 30 - 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh (sampai ke bahagian sisi crust).
SELAMAT MENCUBA! 

Wednesday, 12 October 2011

TART SHELL (Resepi Azita Zain)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Tersengih-sengih sendirian bila baca komen-komen yang awal tu ketika entry ni yang tak siap diedit, tidak dimasukkan gambar telah ter'publish'. Masa sedang buat posting ni, kena bersiap-siap keluar rumah sebab ada hal. Masa tu memang hubby dan anak-anak semua ada di rumah. Tak taulah tangan siapa yang dah tolong mem'publish'kan entry yang tak siap ni masa tu. Memang tak perasan sungguh. Aduh!!! Buat malu jer..hehehe... Nasib baik tak ramai yang sempat tengok.  

Bila buka komputer dan nak edit semula entry ni, baru terperasan yang entry tak siap ni, dah ter'publish'. Cepat-cepat pergi 'save'kan tapi dah ada beberapa komen yang kehairanan dengan posting yang ganjil ni..hahahaha.. SORRY yer...^_^

Okey, untuk posting ni, Naz cuma masukkan hasil dan resepi pastry tart crust dari kak Ita ni. Untuk yang dah siap diletak filling kejunya, akan Naz masukkan dalam entry yang berlainan. 



PASTRY/ TART SHELL/ CRUST

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum



Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.


SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 8 October 2011

PAU GEBU WATER ROUX


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama rasanya tak buat pau. Dulu masa ternampak Anna (Anna Qaseh Az-Zahra) buat pau ni dah berkira-kira nak buat tapi tak juga terbuat-buat. Jadi bila ada kesempatan buat pau sekarang, terus je cari resepi Pau Gebu Water Roux ni di dapur cyber Anna.

Resepi asal datangnya dari dapur cyber Ros (Bukan Sekadar Masakan). Pau ni memang gebu betul. Saling tak tumpah seperti namanya. Gebu, halus, mulus dan lembut jer. Kejadiannya pun montok-montok aje. Dengan warnanya yang putih mulus dan melepak. Hishhhh..memang kena buat lagi ni.

Naz buat 500 gm tepung tu dengan dua jenis inti. Inti kelapa dan juga inti kacang merah. Yang inti kacang merah ni memang wajib buat sebab anak-anak memang suka sangat pau dengan inti kacang merah ni. Dapat banyak juga hasilnya untuk kami seisi rumah yang tak berapa ramai ni. Kekenyangan Husna sampai tak makan dinner malam tadi.



Jadi selepas kukus dan sejuk, Naz simpan sebahagian pau ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk beku (freezer). Nanti bila nak makan, cuma keluarkan dan kukus semula.

Okey resepi seperti biasa akan menyusul. Naz tambah susu tepung ke dalam resepi supaya pau ni jadi lebih berkhasiat dengan zat kalsium. Kan bagus tu untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Penambahan susu tepung ni tak menjejaskan langsung rasa pau yang montok ini. 

PAU GEBU WATER ROUX
Resepi Asal Oleh : Ros ~ Bukan Sekadar Masakan

Bahan-bahan Pau :
  • 500 gm tepung pau
  • 3 sudu besar shortening**
  • 220 ml air suam + 1 tsp garam
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar baking powder
  • 4 sudu besar water roux (Naz guna semua water roux yang telah dibuat ~ resepi water roux ada di bawah)
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 2 sudu besar susu tepung (Naz tambah)
**Nota dari Ros : Bagi mendapatkan pau yang putih selepas dikukus, jangan gunakan majerin atau minyak bagi menggantikan shortening


Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat di tangan, (nak guna BM pun boleh). Pastikan doh elastik ye. Kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. 
  2. Bahagi doh kepada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kegemaran dan tutup kemas. Ulangi langkah tadi hingga doh habis digunakan.
  3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang (Naz guna kertas A4 jer) dan biarkan pau naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam.
  4. Panaskan pengukus dan pastikan air betul-betul mendidih. Kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar. Kukus 7-8 minit sahaja bergantung kepada saiz pau.
Variasi Inti Yang Boleh Digunakan :
  • Inti kelapa
  • Inti coklat
  • Inti kacang merah
  • Inti kaya
  • Inti kari daging

Bahan-bahan Water Roux :
  • 25 gm tepung gandum
  • 125 ml air
Cara :
  • Masukkan tepung gandum dan air ke dalam periuk. Kacau sehingga pekat menggunakan api perlahan. Setelah pekat tutup api dan sejukkan sebelum digunakan. (Naz kacau tak sampai 3 minit pun di atas api dapur)
 SELAMAT MENCUBA!

INTI KELAPA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Inti kelapa ni banyak kegunaannya. Boleh dijadikan inti untuk kuih dadar/ kuih ketayap. Boleh juga dijadikan inti untuk pau atau roti dan juga bun. 

Jadi ini versi inti kelapa yang biasa Naz buat.

INTI KELAPA
Bahan-bahan :
  • 3 cawan kelapa parut muda
  • 3/4 cawan gula merah
  • Secubit garam
  • Gula pasir(tambahan sekiranya kurang manis)
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan(disimpul)

Cara :


Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali (kalau guna non stick pan lagi bagus) dan masak di atas api sederhana sehingga sebati dan kelihatan kering. Bab kering ni ikut masing-masing punya kehendak ye sebab ada yang suka inti kebasahan sikit dan ada yang suka inti kering. So pandai-pandai lah adjust sendiri.

SELAMAT MENCUBA!

Friday, 7 October 2011

NASI LEMAK & SAMBAL TUMIS SOTONG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Mak aiiiii... Bersawang dah blog ni..Hehehe.. Lama tak dapat mengupdate blog dengan entry-entry yang baru. Ni nak minta dak Izah Muffin Lover tu tolong bersihkan sawang-sawang yang banyak di blog. Boleh ker Izah??^_^ hehehe..

Ok terus jer kepada resepi hari ini. Disebabkan resepi ni namanya nasi lemak, jadi kita cuba kurangkan lemak-lemak yang banyak di dalam resepi. Naz masak nasi lemak ni menggunakan campuran santan cair dengan susu segar rendah lemak. Rasanya tetap sedap. Mungkin lain kali boleh gantikan terus santan tu dengan susu segar rendah lemak pula. 

Untuk bahan sampingan seperti biasalah, ikut selera masing-masing. Cuma tang telur tu, encik hubby sebenarnya lebih suka telur goreng tapi sebab isteri tercinta dia ni nak kurangkan kalori dalam menu ni, jadi telur tu direbus sahaja. 

NASI LEMAK

Bahan-bahan :
(a) Nasi Lemak
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • Air sekiranya perlu 
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 inci halia - dimayang atau diketuk saja
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpul
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan beras, santan, susu rendah lemak dan bahan-bahan lain di atas ke dalam periuk dan masak nasi seperti biasa. 
  3. Setelah masak boleh dihidangkan bersama dengan sambal tumis, ikan bilis goreng, telur rebus dan potongan timun.

(b) Sambal Tumis Sotong

  • 500 gm sotong segar - disiang, dibersihkan dan dicuci
  • 15 tangkai cili kering* ATAU 1 cawan cili kering yang telah dikisar
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil belacan*
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 1 sudu kecil asam jawa dibancuh dengan 1/3 cawan air
  • Garam dan gula 
  • Minyak masak
Cara-cara :
  1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali. Masukkan sotong yang telah disiang. Biar hingga sotong kecut dan keluar airnya. Boleh tunggu hingga airnya sedikit kering. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar bahan-bahan bertanda * di atas. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga kering. Apabila kering, masukkan bawang besar yang dihiris kasar. Biar seketika.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan juga gula sekiranya perlu. Masukkan sotong tadi dan tunggu hingga menggelegak dan sambal sedikit pekat. Tutup api.
(c) Bahan-bahan lain :
  • Telur rebus
  • Ikan bilis goreng
  • Timun yang dihiris 
  • Kangkung celur sekiranya suka
Hidangkan nasi lemak bersama sambal tumis serta bahan-bahan sampingan yang lain.

SELAMAT MENCUBA!