Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 14 May 2013

GULAI KUNING IKAN TONGKOL

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Gulai kuning ikan tongkol ni merupakan lauk yang biasa dimasak dan dipadankan dengan nasi dagang atau nasi berlauk di sini. Memang kalau di pagi hari tu, ramai peniaga yang berniaga nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasi lemak selain dari pelbagai jenis kuih-muih di tepi-tepi jalan di daerah Kelantan ni. 

Sebenarnya ada pelbagai versi juga resepi gulai kuning ikan tongkol ni. Tapi apa yang Nadz paparkan di sini adalah cara yang dianggap paling mudah untuk disediakan. Maknanya cara yang paling ringkas dan keperluan bahan-bahan pun tidaklah rumit.

Jom semak resepi ringkas ni.

GULAI KUNING IKAN TONGKOL
By : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan tongkol 
  • 2-3 keping asam gelugor
  • 2 cawan santan
  • 1 batang timun
  • Garam
Bahan kisar :
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3-4 biji cili merah - nak lebih pedas, tambah cili padi sikit
  • 1 inci kunyit hidup
Cara penyediaan :
  1. Ikan tongkol dibersihkan dan dipotong ikut suka.
  2. Masukkan ke dalam periuk bahan kisar bersama santan dan juga asam keping. Biar hingga menggelegak sambil dikacau-kacau agar tak pecah minyak.
  3. Masukkan ikan dan garam. Rasa masinnya. 
  4. Masukkan timun batang yang telah dihiris kecil. Tunggu seketika tapi jangan lama sangat. Nanti timun tu lembik sangat.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.
NOTA NADZ: 
  • Kepekatan santan tu boleh disesuaikan ikut selera. Kalau ikut resepi asal, gulai ni bisanya pekat santannya tapi now days ramai juga yang menyediakannya dengan kadar kepekatan santan yang sederhana.
SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

faa.rosli said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa...pekat kuah tu yang menggoda tu..kalo makan ngan sambal belacan, amboiii sedapnya kak..

JaSSNaNi said...

owhh nadz ku sayang... mu masak sedap betul lah.. tengah sakit perit tekak ni pun terpaksa telan air liur tengok masak ikan tongkol ni.. nadz.. baby dlm peyut wat apa skrg ni? syok nya.. nadz kan.. tak lama lagi dah nak timang baby lagi.. alhamdullillah.. and take care ye nadz.. :)

Liza said...

dah lama akk xbuat gulai ikan tongkol ni, tetiba je rasa teringin...hihihi

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam nadz...nampak sedapnya TP kat umah k.atie jarang msk gulai2 ikan ni...sbbnya nanti kuah habis,ikan lak trgolek2 kering lam mangkuk :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya gulai... peberet akak ni Nadz... elok jer kuning gulai tu :D

dari dapur nasya said...

wahh Naz buat gulai nasik berlauk nie...sedapx3. Dah hilang meloya ka Naz??

ucubakery said...


mak aiii...betul2 telan air liur ni nadz..tgh lapar betul ni...

ucu ambik dulu resepi nye...kot2 ujung minggu ni blh buat....

Sweet red cherry said...

salam nadz..

sedapnya gulai tu..walaupun dah makan tapi lapar lagi ni..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nadz...kak Ros suka,suka,suka..tapikan anak2 bandar kak ros ni tak makan...kalau masak makan berdua dgn hubby.SEdap....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...