Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 1 February 2012

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP (Hanieliza)


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.  Semoga segala urusan sepanjang hari ini berjalan lancar dan diberkati. Insyallah..

Buat biskut lak..hehehe.. Alaaa..sesaja buat untuk kudapan anak-anak. Maklumlah, bila petang je, masing-masing cari makanan yang boleh dikunyah-kunyah. Dah beberapa kali projek buat cookies ni tertangguh. Asyik keluar masuk peti ais je butter tu. Akhirnya terlaksana juga niat untuk membuat cookies ni.



Biskut Coklat Chips Rangup resepi dari kak Hanieliza ni, pernah Naz buat dulu sebelum berkecimpung dalam dunia blog. Masa tu resepi ni diambil dari fotopages kak Liza. Biskut ni memang terjamin kerangupannya. Hitam, hitam pun menawan tau! Cuma ada sedikit perbezaan dalam resepi dari fotopages kak Liza dengan blognya sekarang, iaitu dalam penggunaan butter. Naz tuliskan kedua-duanya. Pilih jer nak ikut yang mana satu.


Ok, jom tengok resepinya. Naz kongsi di sini pula ye kak Liza.

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP (Hanieliza)
SUMBER RESEPI : Chef Hanieliza

Bahan-bahan A :
  • 250 gm butter ATAU 125 gm butter + 125 gm majerin
  • 1 sudu besar shortening
  • 160 gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh asen vanilla
Bahan-bahan B :
  • 230 gm tepung gandum (ayak)
  • 20 gm serbuk koko (ayak)
  • 100 gm coklat chips
  • 50 gm white coklat chips (boleh gantikan dengan coklat rice)
  • 50 gm badam cincang (roasted)
  • 50 gm nestum

Cara-cara :
  1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan asen vanila. Kacau rata.
  3. Masukkan bahan-bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
  4. Sudukan adunan kecil-kecil (sebesar guli) ke dalam loyang.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak (Naz guna suhu 175C selama 20 minit).
  6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
SELAMAT MENCUBA! 

24 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mintak sebalang naz! hehehee....
skrg ni akak pun mcm terasa nk mkn cookies2 atau kudap yg manis2 jer... mcm best je layan petang2 sambil2 buat kerja kat opis ni...

Kak Sam said...

Alamak teringin nak membiskut le pulak.

izahdaut said...

assalamualaikum.. comelnya kotak sekut tu. hehe.. dah lama dah teringin nak buat biskut ni. tapi nak buat sekut oat. insyaAllah.. rajin2 nanti nak buat , tapi bila nengokkan kerangupan n warne sekut kak naz ni, skrg jugak rasa nak kunyah sekut

ady said...

as-salam Naz
uiyyooo..tgk gambar dah tahu kesedapannye..

Kak Noor said...

Setiap hari raya, Kak Noor cuba buat biskut ini. Pelbagai resepi yang Kak telah Kak Noor cuba tapi masih tak sama rasanya dengan cookies yang kita beli kat kedai Amous Cookies. Kenapa ye! Cookies yang kita buat pun sedap, tapi x dapat nak samakan.

Ummi Alesya Sofea said...

hitam itu menawan,hik3x..hitam pun hitam lah kak,jnji sedap! :D

Chah said...

errr...duit ada seploh hengget je, mintak 100g udah lerr..lepas kempunan... adulaaaa sejibij famos amos remos laa....

ibundo said...

dapat kukis ni memang tak leh nyetop lah ngunyah..
er.. haritu bundo buat kukis gak.

Nuwairani said...

baru nak google cari resepi famos amos...cookies ni ada iras famos amos tak??? nani nk try buat la...

tun_telani said...

dh lama x mengukis.. ada nestum ngan badam, mesti sedap kukis ni kan.

Melly Octaviana said...

dari photonya uda nampak sedap cookies ini, lain kali mau buat juga, anak anak di rumah semua nya cookies monster.. hehe

quinnie said...

sedapnya kak naz..saya dah lama teringin nak buat cookies nih...kena beli jugak nampaknya saya ni shortening...adeehhhh

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Sedap ni...mengoyel tak lepas

Anonymous said...

salam, naz, shortening sudu besar tu., naz guna sudu apa?

sudu nasi or makan. tq.

Nadz Nazharzan said...

Anonymous..

W'salam.. Naz guna sudu metrik sebenarnya tu. Tapi kalau tak ada, guna sudu besar biasa tu je pun boleh(tablespoon).

MizzTina said...

salam naz..nk tnye, klu xgune shortening tu boleh x?

Al-Hakim Shop said...

salam.bakar biskut biasany guna api atas dn bawah ke atau api bawah je..sy budak bru belajar,tq

Nadz Nazharzan said...

To MizzTina:
Kalau x guna shortening tu, gantikan dgn majerin ye..


Nadz Nazharzan said...

To Al-hakim Shop;
Bakar biskut menggunakan api atas dan bawah ye.

Unknown said...

Dah try biskut ni...sgt sedap. Boleh buat tagline la Naz. Kejap ada kejap x de... Kejap je licin..

Unknown said...

tq for sharing..

Ainim Rashihah said...

Salam..kalau shortening tu xde boleh ganti dgn bahan lain tak?

Unknown said...

naz ,kalu nk wat biskut tanpa guna shortening bole ke?

Nadz Nazharzan said...

Ainim dan Caramel Me, shortening tu utk merangupkan biskut. x nak letak boleh ganti dgn butter ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...