Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday 13 October 2014

LABU SIRA KELANTAN


Assallamualaikum dan salam sejahtera. 

Labu sira ni Nadz makan untuk pertama kalinya masa majlis kahwin Nadz di rumah pihak lelaki. Kalau di sini orang panggil 'majlis sambut menantu'.

Memang tak pernah jumpa labu sira ni sebelum kahwin dulu. Selalu kalau labu memang buat masak lemak putih tu la selain buat pengat yang campur dengan pisang dan keledek.

Mula-mula makan dulu ingatkan sejenis dessert. Tengok rupanya orang sini makan dengan nasi macam pelik pula masa tu. Tapi sekarang dah tak pelik dah. Anyway, nak makan macam makan dessert pun boleh juga. Ikut selera masing-masinglah. Tapi pastikan badan tu bukan jenis mudah berangin ye. Nanti naya sakit perut pula.


LABU SIRA KELANTAN
Oleh: Nadz's @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji labu sederhana besar 
  • Gula melaka atau 2 keping nisse
  • Sedikit gula pasir sekiranya perlu
  • Sedikit kapur makan
  • Beberapa helai daun pandan

Cara penyediaan:
  1. Potong labu seperti dalam gambar. Buang kulitnya dan cuci. Basuh bersih daun pandan. Potong atau hiris nisse kecil-kecil. 
  2. Rendam potongan labu tadi di dalam air kapur selama sejam atau lebih.
  3. Basuh bersih labu dan toskan.
  4. Susun labu ke dalam periuk. Taburkan gula nisse tadi yang telah dihiris atau dipotong kecil-kecil. Taburkan gula pasir sedikit sekiranya perlu.
  5. Masukkan simpulan daun pandan.
  6. Letakkan periuk di atas api dapur. Guna api yang kecil hingga sederhana saja. Patutnya tak perlu masukkan air semasa menyira labu ni tapi Nadz masukkan sikit air sebab nak elakkan hangit dan supaya labu sira ni berkuah. Anak dara Nadz suka labu sira ni dengan kuahnya.
  7. Masak hingga empuk dan tutup api. 

Sedap juga dimakan sebagai dessert. Lebih-lebih lagi setelah disejukkan di dalam peti ais. Tapi awas!! Labu sejenis makanan berangin ye.

SELAMAT MENCUBA!

1 comment:

Mamasya said...

Aslmkum Naz

teringat kenduri di Kelantan mmg femes labu sira,cuma skrg dah kurang hidang labu sira...tukar dg desert lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...