Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday 16 January 2012

DEEP FRIED ICE CREAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bertemu kembali di alam cyber ini. Resepi yang akan dipaparkan kali ini merupakan resepi aiskrim goreng yang Naz jumpa cara membuatnya dari internet.

Berbeza dari resepi aiskrim goreng yang pernah dibuat dulu, kali ini aiskrim yang akan digoreng dibalut dengan serbuk cornflakes. Jadi kepada yang ingin mencuba dipersilakan. As for usual, di rumah ni, kalau aiskrim goreng memang laku je. Tak kiralah macam mana bentuk kejadiannya.


Resepi asal adalah dalam bentuk video. Jadi kepada yang ingin menonton penyampaian resepi ini dalam bentuk video, bolehlah klik pada link yang Naz paparkan di bawah ye.

DEEP FRIED ICE CREAM

Bahan-bahan :
  • 5-6 scoop aiskrim apa-apa perisa
  • 1 cawan cornflakes - dikisar halus 
  • 1 biji telur - dikocok dengan garfu

Cara-cara :
  1. Scoopkan aiskrim dan letakkan jarak-jarak di atas dulang atau bekas yang bersesuaian. Masukkan aiskrim ini ke dalam freezer selama 1 jam. Jangan risau dengan bentuk aiskrim yang mungkin tidak bulat semasa proses ini.
  2. Keluarkan aiskrim tadi dan golekkan ke dalam serbuk cornflakes hingga menyaluti sepenuhnya di sekeliling aiskrim. Sambil tu bolehlah kepal-kepalkan sikit aiskrim tu agar bentuknya jadi bulat. Susun semula aiskrim di atas dulang dan masukkan semula ke dalam freezer dan biar selama 1/2 jam. 
  3. Keluarkan semula aiskrim dan golekkan ke dalam telur. Kemudian golekkan terus ke dalam serbuk cornflakes hingga rata menyaluti keliling aiskrim. Buat hingga habis semua aiskrim disaluti. Masukkan semula ke dalam freezer dan biar hingga 1 jam.
  4. Panaskan minyak masak yang mencukupi untuk menggoreng. Apabila minyak telah panas, goreng aiskrim bersalut cornflakes tadi selama 15 - 20 saat sambil digolek-golekkan agar masak sekata. JANGAN NYAHBEKUKAN AISKRIM YANG DARI FREEZER TU. GORENG JE MASA DIA TENGAH KERAS KEJUNG.
  5. Angkat dan boleh terus dinikmati.
Salut aiskrim banyak-banyak dan simpan dalam freezer. Nak makan goreng jer.
SELAMAT MENCUBA!

18 comments:

tun_telani said...

sedapnyer.. tp lambatnyer baru buleh makan.. hehe.. nmpk sgt kata2 org yg kurang penyabar. ;p
nk yg dh siap frozen buleh?

Kama Kimin said...

Naz....TOLONG...
dah terghairah dah...camne nak diet nie? aduiiii

izahdaut said...

oooooo mcm naget aiskrim lak ek. wii sedpnya. mmg dapat membantu lemak2 dibadan dapat kawan baru ni. aduhaiiii tringin dah ni

Kak Sam said...

wow wee junior juice

Nissa Irna said...

salam sis....

saya ada wat tau dulu tau..tapi saya lupe mana tah saya dapat resepi cara2 buat tu...tapi lebih kurang cara sis la...

http://ummijournal.blogspot.com/2011/02/makan-makan-makan.html

quinnie said...

baru ni kak saya tak pernah tengok lagi..biasa org goreng dgn roti...menarik la kak...saya takut nak buat aiskrim goreng ni sebab takut cair...hahahha..apa la kan saya ni...org lain buat ok je..hehehhe

dia lepas goreng tu aiskrim ni tak cair ke kak bila dah sejuk? hehehhe..jakun tak pernah buat..ngeee

Melly Octaviana said...

recipe yang menarik, kapan kapan mau coba buat di rumah.

Nuridah said...

Assalamualaikum Naz,

ialah tengah dier kejung tu la digoreng kasi lagi kejung...hehe...kalau biarkan mesti meleleh la aiskrim tu...haha kak Nur belum pernah rasa...nk Naz suapkan boley??

Akak pun rindu ngan Naz yang kejap ada kejap tak ada...kak Nur pun sama juga not all the time boleh ngadap PC...anak semakin membesar perhatian lebih diutamakan...hehe...ciri2 ibu mithali...ehem2 masuk bakul angkat sendiri nie...hahaha.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Nadz,lama kat ros tak jenguk Nazd.Sekarang musim panas sedapnya dapat makan aiskrim goreng ni.

nOOrsha said...

salam k naz..mmg sedap aiskrim goreng ni kakk..makan x cukup satu..hehe

cik cek said...

Naz...akak tak penah buat dan tak penah makan...jakun tul akak ni ya..ni dah ada resepi..berhajat jugak nak mencuba...cam best je...:D

CT Delima said...

As'salam Naz

K.ct ada amik resipi ni dalam blog cikgu Zana tu. laa dah, macam nak cuba buat. Tapi sebab macam tak yakin boleh menjadi terus lupakan..hihi

Tapi dah tengok Naz buat siap ada step2 ni nak gak cuba kot2 menjadi kannn.. :)

Cik Ecah said...

sedapnyer kak....memang suker makn mender ni hehehheh

nak tryy

dZana said...

aslmkum naz.. fav akk ni.. tk prnh cuba guna conflkes pulak.. klau guna oat pun boleh gaknya kan.. kt rmh akk ni byk stok oat.. hihihi.. mghitung hari tu.. utk ank akk naz.. skrg ni mmg tak sabar mnunggu weekend.. nk gi tgok anak bujang akk di kuala pilah.. tu yg hari2 mghitung ...

Mamasya said...

Aslmkum Naz.Syakirah sihat...asyik tengok dora je dia skrg. ais krim goreng..dari musim panas nak cuba...dah masuk musim sejuk tak juga sempat nak cuba.teringin nak buat kena tunggu musim panas balik...kiv dulu resepi Naz.skrg ni sejuk sgt...dlm rumah berstokin...

Jayanthy Kumaran said...

wow..sounds absolutely tasty..
just found your space...love your space..
excellent recipe collection with awesome cliks..
Am your happy follower now..:)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite

Unknown said...

uishh menarik. nak kene cuba nie..TQ

:: anisjazz :: said...

angah, ada cara baru aiskrim goreng ghupenye eh..hehe..

nak tnjuk kt abg z. mana tahu abg nak buat surprise lg mcm aiskrim grg dulu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...