Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 6 April 2011

APPLE ORANGE CAKE


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Buat kek ni malam tadi. So hasilnya seperti gambar-gambar ni. Boleh dikategori sebagai kek yang sihat kerana penggunaan buah dan juga penggunaan minyak jagung di dalam resepi.


Rasa kek ni tak berapa manis. Sedang elok saja. Lebih sedap kalau dimakan bersama sos kastad. Tapi kalau sesiapa yang suka manis-manis tu, tambahkan kuantiti gula di dalam resepi.


Memang sedap terutama rasa buah epal di dalam kek ni..Emmm..yummy.. Okey resepi seperti biasa..di bawah ye..


KEK EPAL OREN

[A] Inti Kek
Bahan-bahan :

  • 5-6 biji epal Granny Smith
  • 1 Tbsp serbuk kayu manis
  • 1/2 Tbsp serbuk buah pala
  • 2 Tbsp gula perang lembut
  • 1/4 cawan kismis
Campurkan semua bahan di atas kecuali kismis dan gaul sebati. Ketepikan.


[B] Batter
Bahan-bahan :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula perang
  • 3 cawan tepung gandum*
  • 1 Tbsp baking powder*   (* ayak bersama)
  • 1 tsp garam halus*
  • 1 cawan minyak jagung
  • 3 Tbsp kordial oren sunquik
  • 2 tsp asen vanilla
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1/4 cawan jus buah oren sunquik
  • 1 Tbsp parutan kulit oren sunquik

Cara-cara :
  1. Dalam mangkuk pengadun, pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan bahan cecair yang lain dan pukul hingga sebati. Masukkan parutan kulit oren dan gaul rata.
  3. Masukkan bahan ayak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.


Cara membuat kek :
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Lengser spring form tin berukuran 8 atau 9 inci dengan marjerin dan taburkan tepung gandum rata-rata. Ketuk keluar lebihan tepung.
  2. Masukkan 1/2 adunan batter ke dalam loyang dan ratakan. Taburkan pula 1/2 daripada inti kek ke atas permukaan batter. Kemudian taburkan kesemua kismis ke atas inti epal. Seterusnya tuangkan lebihan batter yang tinggal menutupi inti epal dan kismis dan ratakan permukaannya. Akhir sekali taburkan baki inti epal ke atas permukaan batter tadi. 
  3. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 1 jam 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Selepas 1 jam pembakaran, boleh letakkan sehelai aluminium foil di atas kek untuk mengelakkan epal di bahagian atas kek menjadi terlalu garing).
  4. Sejukkan dulu sebelum mengeluarkan kek dari tin. 
  5. Ayak sedikit gula aising di atas kek sekiranya suka ketika menghidang atau makan bersama sos kastad(option).

[C] Sos Kastad
Bahan-bahan :
  • 2 cawan susu segar skim(skim fresh milk)
  • 2 Tbsp tepung kastad
  • 2 Tbsp gula pasir

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga tepung kastad larut.
  2. Tenggekkan periuk di atas api dapur dengan api sederhana. Masak sos kastad hingga kelihatan sedikit likat. Tutup api dan sejukkan. 
  3. Tuangkan sedikit sos kastad ke atas kek sebelum menikmati hidangan.

NOTA :  

  • Kek ini lebih sedap dimakan setelah seharian. Memang lebih umpphhh kalau dimakan bersama sos kastad..
  • Kismis tidak ditabur pada lapisan epal yang ke dua (di permukaan kek) kerana kismis ini akan terasa pahit(over burn) setelah selesai proses pembakaran.
Kek yang dimandikan dengan sos kastad. Nak sepotong??

SELAMAT MENCUBA!

7 comments:

Chik Mimi said...

Naz amboi mengancamnya kek dia bak pos ke png sikit

Unknown said...

sedapnya nengok kek akak ni...hmmm menarik resepi ni....tapi serbuk buah pala lak tak ada mana nk cari ni.....kalau tak bubuh boleh ke?

Ayu said...

waduh..akak belum pernah membake cake yang ada apple diatasnya..orange cake biasa tu adalah....maklumlah pelanggan tetap mesti nak coklat juga..so stuck dengan coklat juga ler..hehe..kalau dekat boleh minta sepotong..huhu

EmbunRosaliza said...

assalam naz..sedapnya kek oren epal, nmpk pun menarik, meh kita tuka ngan kek oren akk

Nazrah said...

sedap nya kek ni..ada epal

liza jb said...

akak pun jeles la dgn kek2 kat sini hehehehe

LiNa_Pg said...

sedapnya naz...epal granny smith ada lagi 3biji tp orange dah abes ni..cam nak kena menerai gak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...