Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 11 January 2011

DAGING MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN BATANG KELADI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Emmm.. dalam peti ais ada batang keladi yang MIL beri.  Masa dapat tu memang terfikir nak masak lemak cili padi.  Kebetulan di dalam freezer ada pulak daging lembu.  So jadilah lauk ni hari ni....Masak lemak cili padi daging dengan batang keladi.  
Selalunya kalau masak lemak cili padi daging, Naz suka letak ubi kentang sebagai kawan daging tu.  Lagi pun hubby dan anak lelaki Naz memang suka kentang.  Tapi kali ni buat lain sikit sebab nak gunakan batang keladi tu sebelum expired.  Okey, seperti biasa, resepi di bawah ye..

DAGING MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN BATANG KELADI
Bahan-bahan :
500 gm daging lembu
2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
20 batang cili padi (tambah atau kurangkan mengikut kepedasan yang diingini)
2 inci kunyit hidup
3 batang serai (dititik)
1 inci halia
1 batang keladi (dibersihkan dan dipotong-potong)

Cara-cara :
1.  Daging lembu dihiris lebar dan nipis.  Basuh dan toskan.
2.  Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup dan halia.  Masukkan ke dalam periuk bersama serai dan juga daging lembu.  Tanak di atas api sederhana hingga daging kecut.
3.  Masukkan santan cair dan biar mendidih.  Kemudian masukkan batang keladi dan masak hingga batang keladi empuk.  Rasakan garamnya.
4.  Masukkan santan pekat dan kacau rata.  Tunggu hingga mendidih sambil dikacau sekali sekala agar tidak pecah minyak.  Rasakan sekali lagi garamnya.  Tutup api  dan boleh dihidangkan.  

6 comments:

EmbunRosaliza said...

Salam Naz..sedap ek campur dgg n btg keladi..akk selalu sayur keladi ngan udang je..tentu sedap nih

Mas said...

kak naz, terliurnya mas tengok...peberet mas ni lauk2 macam ni...sedappnya..
ehhh..pinggan kita sama la....sukanya...tahankan pinggan arcopal ni..mas dah 11 tahun guna pinggan ni....

zarin said...

sedapnya masak lemak daging ni..tp tk pernah plak mkn btg keladi

Ayu said...

salam naz,
lauk lemak padi daging ni memang sedap kena dengan apa2 sayur kampungkan..
kecur betul akak tengok lauk naz ni..

ilahjy said...

salam naz..
kak ayu kamu tu mmg pandai makan dan masak mknan kampung. akak lagi la peminat keladi.. semasa sekolah dulu kak ilah selalu masak asam keladi siap hiruppp smpai demam2... hikhik la ni tak leh makan lagi sbb angin sejuk....terliurrrr kak tgok huhuuuu

ijan said...

Salam Kak Naz,
Lembu dengan keladi tu memang faveret kite.... lemak cili api gini harus la tak buleh bangun lepas makan nasik. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...