Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 11 February 2014

AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Haha..tuan rumah mengupdate blog macam biskut chips more. Sekejap ada, sekejap tak ada. Tapi tang tak ada tu cam lama jer..hehee..

Okey, tak mau membebel panjang-panjang. Kerja rumah pun banyak je yang menanti minta dibuat. Just nak kongsikan resepi ayam goreng berempah yang menjadi kesukaan anak-anak di rumah ni. Mana-mana resepi ayam goreng berempah lebih kurang sama je resepinya. Asalnya ini resepi bonda Nadz di kampung cuma Nadz dah adjust dan tambah lagi bahan-bahannya supaya lebih umphhh untuk dimakan.

Bahan-bahan di bawah ni boleh je nak adjust ikut selera sendiri. Macam Nadz memang buat banyak la rempah-rempah nya tu walaupun guna 1/2 ekor ayam je sebab anak-anak di rumah ni memang berebut nak rempah-rempah tu bila dah digoreng. Jom tengok resepi ringkas ni.

kasi perap dulu sama dia...

AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam

*2 sudu besar biji ketumbar
*1 sudu teh jintan manis
*1 sudu teh jintan putih
(bahan bertanda * di tumbuk atau dimesin kering halus)

#6 biji bawang merah
#2 ulas bawang putih
#2 inci halia
#2 inci lengkuas
#2 inci kunyit hidup(ganti serbuk kunyit pun ok)
#2 batang serai
(bahan bertanda # ditumbuk atau diikisar kasar. Kalau halus tak sedap)

1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar(optional)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut-diracik halus

Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:

1.  Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
2.  Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam.
3.  Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best.
4.  Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.
5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ni yang best oooo.. Kalau tak angkat terus nanti rempah-rempah tu hangit dan pahit. Then teruskan menggoreng hingga habis.
6.  Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas.


yang kerak-kerak bertimbun atas ayam tu yang anak-anak kesayangan Nadz berebut-rebut nak tu...sodap ooooo...Kekadang tu siap bahagi-bahagikan dulu sebelum makan biar masing-masing dapat sama rata..kih..kih..kihhh....

SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

Love2cook Malaysia said...

I love this!!! You are right kalau spices dia dah halus sangat...memang tak sedap. I lagi suka tumbuk or blend kejap je.

Mel said...

mel suka sangat ayam goreng berempah. Rasa ketumbar, daun kari..memang seketul tak cukup..sedap..mau tak berebut..hehehe

Sweet red cherry said...

salam kak..

saya memang suka makan ayam goreng..tapi versi berempah ni belum lagi..nanti mau try juga la buat..nampak sedap dan menarik ni..

a said...

Menarik. mungkin boleh mencubanya nanti.

fatimah said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC

Unknown said...

terbaik admin memamg lazat saya dah cuba..mantap 5 bintang untuk sis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...