Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 16 January 2013

RVC, CUSTARD LAYERED CAKE & CHOC. CHEESE TART ORDERED FROM YATI


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah masuk minggu ke 3 dalam tahun ini dan baru sekaranglah tuan rumah ni berkesempatan mengupdate blog..kih..kih..kih... Lama betul bercuti semenjak cuti sekolah dulu. Macam-macam hal sebenarnya berlaku sepanjang blog ni tak dapat diupdate. Maaf sangat-sangat kepada pengunjung yang bertandang ke sini tetapi tiada pembaharuan dalam entry..(macamlah ada orang yang buka blog ni kan...hihihii..perasan....).

Okey, banyak juga entry tertunggak sebenarnya. Cuma untuk kali ini, Nadz nak tunjukkan order yang datangnya dari Yati (rakan fb) untuk adik, Sarah serta familinya di Pasir Tumbuh. Yati ni tinggal di KL.

Jom kita lihat order dari Yati ini khas untuk birthday adiknya, Sarah yang berumur 11 tahun pada 10/01/2013 yang lepas. Cuma Yati request tempahan-tempahan ini disiapkan untuk tarikh 11/01/2013 iaitu pada hari cuti.

Yang ini KEK BALDU MERAH (red velvet cake) selaku tempahan utama dari Yati. Yati request kek yang disirami chocolate ganache di atasnya tetapi oleh kerana Yati juga request cartoon art work di atas kek, jadi chocolate ganache tu Nadz paipkan di kedua-dua lapisan dalam kek. Kalau tuang chocolate ganache tu di atas kek, hilang pula lukisan tu nanti.

Bahagian dalam RVC yang ada chocolate ganache dan juga cream cheese.


 Seterusnya KEK KASTAD KELADI (layered custard cake) tempahan dari Yati.  


Ini pula tempahan ke tiga Yati iaitu 50 pcs chocolate cheese tart untuk mengakhiri tempahannya kali ini.

Message dari Yati:  "Salam akak, ma saya ckp kek n smua yg tempah 2, sedap sgt2, hehe, time kasih.." 

Alhamdulillah... Senang dan gembira hati bila dapat feed back dari cumtomer berbunyi macam tu. Hilang terus rasa penat menyiapkan tempahan...hihihiii...

Terima kasih Yati atas kepercayaan untuk akak menyiapkan tempahan ni. Actually ini merupakan kali ke tiga Yati request untuk menempah kek dari Nadz. Cuma untuk kali pertama dan ke dua dulu, tak dapat Nadz penuhi sebab ketika tu Nadz berada di luar daerah.

So akhir kata buat kali ini, SELAMAT TAHUN BARU 2013 untuk pengunjung dan rakan-rakan semua walau pun agak terlewat ucapan ni. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lalu..InsyaAllah..

5 comments:

Melly Octaviana said...

Oohhh.. Cuti cuti sekolah ikut cuti cuti ber blog juga yah..pantesan lama tak tengok..qiqiqi
Cantik2 lah kek nya.. ;)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tuan blog rupanya sibuk menyiapkan tempahan rupanya.. patut lah tak sempat nak update kan :D

Terliur pulak tengok rainbow kek tu :D

tun_telani said...

semoga bertambah2 murah rezeki akak.. tun keras tangan xleh deco2 camni. huhu

Mamasya said...

Aslmkum Naz & slmt thn baru
lama Naz bercuti...moga tahun baru 2013 terus murah rezki dg tempahan kek...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Naz
sukernya tgk airtangan Naz ni,menjadi
kek kastad keladi tu buat akak teringin nk menerai he he peminat keladi la katakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...