ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Hai kawan-kawan! Bertemu lagi di arena blogging dengan harapan semoga semuanya berada dalam limpahan kurnia Illahi dan sihat sejahtera.
Hari ni nak kongsikan resepi KEK LAPIS KASTAD KELADI. Kek kastad ni resepi asalnya adalah Kek Kastad Pandan. Walaupun dah beberapa kali buat dalam versi pandan, tapi Naz tak pernah kongsikan di sini lagi resepi ni sebab selalunya memang tak sempat nak disnap gambarnya tu. Maklumlah buat untuk makan ramai-ramai di sesuatu majlis. Yang ni Naz buat untuk makan sendiri di rumah. So sempatlah posingkan kek tu dulu sebelum ngap ke dalam mulut.
Kek ni biasanya Naz buat guna loyang bulat 8". Naz bakar kek guna loyang tu dan gunakan loyang yang sama juga untuk melapis dan menyalut kek dengan kastadnya. Selalunya kalau loyang bulat 8" tu, Naz belah kek menjadi 3 keping kek.
Kali ni, Naz guna loyang empat segi 8"X8". Saja nak test. Kek pula Naz belah dua saja sebab khuatir tak cukap lak kastad nanti bila melapis. Ok juga. So resepi di bawah ye. Resepi ni dari page Jom Masak di facebook. Linknya Naz sertakan di bawah ye.
Terima kasih kepada Page Jom Masak yang berkongsi resepi dan cara-cara melapis kek ini beserta gambar. Kalau nak tengok boleh klik pada link yang Naz sertakan di bawah tapi sebelum tu kena LIKE page tu dulu baru boleh buka
KEK KASTAD KELADI (adaptasi daripada Kek Kastad Pandan)
Recipe by; Page Jom Masak (facebook)
Tried by: Naz @ovenkecil.blogspot.com
KEK SPAN KELADI
Bahan-bahan:
- 150 gm tepung gandum- ayak
- 1 tsp baking powder- ayak
- 5 biji telur gred B
- 100 gm gula kastor
- 1 tsp ovallete
- 50 ml susu segar/ susu cair
- 1 tsp esen vanilla
- Perisa keladi dan pewarna purple
- 50 ml minyak masak
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
- Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
- Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
- Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
- Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
- Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.
*******************************************************************************
KASTAD KELADI
Bahan-bahan:
- 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
- 1 cawan gula kastor
- 10 gm serbuk agar-agar
- 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
- Secubit garam
- Perisa keladi dan pewarna purple
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
- Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.
Ni la tepung Hoen Kwe ye. Yang ni jenama NONA. Di kedai
alatan kek pun ada gak tapi dalam plastik besar.
CARA MELAPIS KEK KASTAD
- Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
- Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
- Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
- Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
- Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
- Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
- Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
- Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.
SELAMAT MENCUBA!
11 comments:
assalam Naz
wahhh sukernya ..cantik purple kaler ni.rasa yam satu kelainan yg disukai tau. yg pandan akk dah try memang sedap
mesti try yam pula nanti insyaallah
lapis pun lawa Naz kemas je
salam naz...sedapnya nampak!Trliur k.atie tgk tauuuuuuu!
Tp mmg la kaler purple tu menyerlah...cantik jerrr
wah Naz purple lah cantik bangat tu mesti sedap macam syang je nak makan
Sedapnyanya, mmg bestkan makan sejuk2 kek ni, akk tak pernah buat yg perisa keladi lagi. kaler peper akk x comel, peper buruk huhu. Cantik kek naz
Selamat petang naz...
nani datang tengok kuih kastad keladi.. lawa la purple kaler... sedap tu.. asben nani suka makan yam flavour.. eskrem ka.. kek ka.. air keladi pun suka.. :D
kelantan camne? hujan ke?
puchong baru reda hujan je.. skrg matahari masih malu nak kuar.. tapi cuaca dah cerah.. :D
nampak sedap Naz, suka perisa keladi..Kita salin dulu resepi ye..
As'salam Naz,
dah copy resipi, Insya'allah nanti harus cuba..
salam kak naz....
bukak je blog akak saya terus mengidam nak makan macam2...huhu...bila akak nk dtg klntan..bleh sy jumpa akak...
Kak Nak ambil resepinye yer Naz..TQVM..jemputlah ke dapur akak..Teratak Manis Baizura..
Kak Nak ambil resepinye yer Naz..TQVM..jemputlah ke dapur akak..Teratak Manis Baizura..
Wahh cantik kejadian. Selalu buat pandan layer je. Lepas ni nak buat yam layet cake la. Mohon guna resepi utk berniaga sekali boleh? Sbb resepi ni paling mudah utk diikut🙏
Post a Comment