Ini merupakan projek pertama Naz membuat cuppies yang dihiasi dengan fondant atau nama lainnya pes gula(sugarpaste). Naz buat cuppis ni untuk hantaran pertunangan CIL(cousin in law) cuti sekolah yang lalu. Masa memikirkan permintaan dari pihak cousin tu, dok terfikir-fikir nak buat cuppies yang dihiasi dengan krim mentega(buttercream) ker atau hiasan lain. Memandangkan cuaca yang panas ketika itu dan pihak keluarga tunangan cousin ni jauh perjalanannya nanti selepas majlis, jadi Naz ambil keputusan untuk buat cuppies yang dihiasi dengan fondant walaupun sebelum ni memang tak pernah langsung pegang dan menggunakan fondant. Hasil rujukan dan pertanyaan kepada rakan-rakan yang lebih arif tentang hiasan kek pun mencadangkan agar memilih fondant sebagai hiasan. So fondantlah pilihan hatiku. Lagi pun cousin Naz ni memang serahkan sepenuhnya untuk Naz sediakan satu dulang hantaran tu dan Naz pula memang dah lama teringin nak menggunakan fondant sebagai bahan hiasan kek.
Ermmm...best juga bermain dengan fondant ni. Macam main dengan play dough anak-anak pula rasanya. Disebabkan ini kali pertama menggunakan fondant, jadi Naz ambil keputusan untuk menggunakan fondant yang siap digunakan(rolled fondant) yang boleh diperolehi dari mana-mana kedai alatan kek dan bakery. Takut juga kalau cuba buat dan uli sendiri fondant tu, tapi tak jadi...abislah Naz....
Pada Naz, menghias menggunakan fondant ni lebih mudah daripada menggunakan krim mentega(buttercream). Nak mengemas dan mencuci peralatan pun lebih senang sebab tak berminyak-minyak. Tapi dari segi kos memang kos menggunakan fondant lagi tinggi daripada kos menggunakan krim mentega(buttercream).
Untuk cuppies, Naz menggunakan resepi Best Moist Chocolat Cake yang pernah dibuat dahulu. Jadi kita layan gambar je la ye di sini.
Ok ini saja yang mampu Naz tunjukkan setakat ini. Hajat hati tu nak juga tunjukkan step by step membuat hiasan ni tapi apakan daya. Buat kerja pun sorang-sorang. Mana nak buat kerja, mana nak ambil gambar. Lainlah kalau ada kamera canggih yang boleh letak jer atas tripod dan ada controler untuk snap gambar ketika bekerja..hehehe.. Apa yang ada buat masa sekarang ni pun dah lebih dari memadai. Jadi kepada yang suka menghias kek, bolehlah cuba dengan hiasan fondant pula. Memang menyeronokkan!

Cuppies yang siap dibakar.
Hiasan untuk cuppies yang di bawah ni, Naz tengok ideanya dari blog kak Wan(Resepi Citarasawan). Cuma kak Wan punya lagi cantiklah dari yang Naz buat. Lagi pun untuk daunnya, Naz cuma buat menggunakan fondant. Sepatutnya perlu dibuat menggunakan pes gam(gumpaste) yang mana ia akan mengeras apabila dibiarkan terdedah pada udara. Sebab tulah daun Naz tu macam layu jer kerana fondant tidak akan mengeras seperti pes gam apabila terdedah kepada udara. Terima kasih kak Wan dengan perkongsian idea.
Yang ini pula dihias dengan seringkas mungkin..
Hiasan dengan sekuntum bunga ros pula..
Ok tak?? Naz suka sangat dengan bunga ros yang ni sebab dalam beberapa kuntum tu, rasanya yang ini paling menjadi bunganya.
Yang ni sepatutnya jadi bunga carnation.. Ada rupa carnation ke?? Hentam jer la labuuuu...
Ok ini saja yang mampu Naz tunjukkan setakat ini. Hajat hati tu nak juga tunjukkan step by step membuat hiasan ni tapi apakan daya. Buat kerja pun sorang-sorang. Mana nak buat kerja, mana nak ambil gambar. Lainlah kalau ada kamera canggih yang boleh letak jer atas tripod dan ada controler untuk snap gambar ketika bekerja..hehehe.. Apa yang ada buat masa sekarang ni pun dah lebih dari memadai. Jadi kepada yang suka menghias kek, bolehlah cuba dengan hiasan fondant pula. Memang menyeronokkan!
SEKIAN. SEHINGGA BERTEMU KEMBALI. BYE!
21 comments:
salam dek naz.
tahniah3x... wpun tak berguru..pandai betul naz buat.. ooo ada yg dah siap mcm tu yaaa.. nak kena cari lah 1 masa nanti..hehehe mcm lah rajen benauuu
as-salam sis..
alamakkk cantiknyeee munge2 tu sis..i pun x pernah buat munge tu tauu..
TAHNIAH NAZZZ...
cantik sungguh utk percubaan yg pertama kali.. akak belum berani nak bermain dgn fondant ni... belum ada kesempatan & ruang waktu.. mmg teringin.. tp tunggulah dulu.. hihi..
Tak nampak macam pertama kali, ni kira dah pro dah Naz.. tahniah dariku untukmu..
Nadz...akk pun baru sekali buat fondant. Mmg seronok mcm main playdoh anak je tp nk buat fondant tu, siksa rasanya. Baik beli dah siap.
Nadz, boleh bisnes ni.
salam sis..
ziarah disini..first time buat dh cantik dah..lawa colour pink tu:)
as-salam Naz
These are amazing Naz, just gorgeous! I love how beautifully your foundant cuppies!!
1st attempt but cantik already. kalau buat lagi sure lagik menarik naz..
lawanyer...dah macam kat kedai...tahniah sbb dapat tangan yang berseni..kalo saya......ermmmm....
cantik tu Kak Naz..sy ni dh lama pencen main fondan..dh ada baby ni.mmg malas plak jdnya..ok..keep it up!
cantik mcm dah biasa buat je..bunga tu nampak betul2..memang ada bakat..ain pun tringin nk buat tapi x kesempatan..mmg cantik..
Assalamualaikum kak naz cayang..
lama x berkunjung sini..tenet baru ok 2,3 hari ni laa kak..akak nyer tenet ok?
Amboi kemain lawa lg bunga fondant akak tu...saya lom tercuba lg memfondant ni..kalo ada yg readymade tu best gak..tp kat sini xde jual laa kak.huhu..
tahniah2 atas hasil yg menarik dan cantik2 belaka.. suka tengok!
angah, bunga carnation tu comel la! :D
amboii kak..kemain lg...kembang staman bunga dlm cupies tu...suka la tgk...idea bru tu...
akakkk..ritu saya ada kata nak pinjam tangan kan. mana? tak sampai2 lagi nih.. aaaarggg lawooooo
Aslmkum Naz.ok...mmg ok sgt...cantik cc hias dgn bunga2 kecil gitu...dah boleh ambil tempahan Naz..
cantik la kak...suka yg carnation tu..saya ni tak tau la bila dtg seru nak main2 dgn fondant nih...memang minat nak deco2 nih...:)
Wow.... cantik nya cuppies!
cantik sgt wlaupn 1st time buat...mmg tangan org bseni...klu ina cnfrm x mjadi...hehehe...
trm kasih.dah lama nak tahu mcmn nk guna fondant.bila bc blog ni dah tau skit2 caranya.
trm kasih.dah lama nak tahu mcmn nk guna fondant.bila bc blog ni dah tau skit2 caranya.
Post a Comment