Tuesday, 31 January 2012

KEK PISANG DUA CARA


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Kek Pisang Dua Cara ni telah ada 2 entrynya dengan cara yang berbeza sebelum ini. Boleh rujuk pada link di bawah kalau ingin melihat hasil kek yang telah dipotong :
Untuk kek kali ini, gambar kek yang telah dipotong tiada sebab kek ni Naz buat khas untuk seorang kawan tempat kerja lama dulu. Kek yang Naz buat ni, menggunakan Cara 2 kerana suka sangat dengan hasil kek yang lebih lembut dan gebu serta kek yang diperolehi lebih besar.

Hiasan kek ini pula menggunakan coklat ganache dan juga krim mentega. Di samping itu Naz menggunakan coklat yang dibalut menjadi lebah dan kumbang lady bird yang boleh diperolehi di pasaraya. Cara hiasan kek ini Naz rujuk dari Buku Panduan Asas Menghias Kek tulisan kak Zati


Sebenarnya hiasan kek ini tidak begitu lengkap. Bunga-bunga di bahagian tepi-tepi kek tu, tak sempat nak dihiaskan bersama daunnya. Ini semua gara-gara anakanda Hani yang mula merengek inginkan deko lebah dan lady bird di atas kek tu. Tangan kecilnya tu dah tak boleh diam dah. Bukannya tak ada  coklat kumbang dan lebah yang diberi kepada dia. Cuma dia lebih tertarik dengan kumbang dan lebah yang tertenggek di atas kek tu. Jadi ini sajalah yang termampu disiapkan..hehehe..

Lebah-lebah dan kumbang-kumbang ladybird yang menarik minat  Hani.

Bunga-bunga yang kehilangan daunnya..hehehehe...


Jadi di bawah ini, Naz masukkan resepi kek dengan kedua-dua cara sekali.

KEK PISANG DUA CARA

Bahan-bahan :
  • 125 gm butter 
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp asen vanilla

 Cara 1 :
  1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu per satu sambil memukul rata dan sebati.
  3. Masukkan ovalette dan terus pukul lagi hingga sebati (updated 14/5/2013, tertinggal langkah ke3 ni).
  4. Masukkan pisang lenyek dan juga asen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana hingga sebati.
  5. Masukkan 1/2 bahan ayak dan gaul rata. Masukkan selebihnya dan gaul hingga sebati.
  6. Masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan ratakan.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 40 minit - 1 jam bergantung kepada oven masing-masing.

Cara 2 :
  1. Cairkan butter dan ketepikan. 
  2. Masukkan gula, ovallate dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar pada kelajuan tinggi hingga adunan likat dan berkrim selama lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan asen vanilla dan pisang lenyek. Putar lagi hingga rata.
  4. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan butter cair. Gaul rata dan sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 175C menggunakan api atas dan bawah. Lapik loyang dengan kertas kalis minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit - 1 jam atau sehingga kek masak.
  7. Setelah masak, keluarkan loyang kek dari oven dan terus terbalikkan kek bersama loyangnya ke atas redai. Ini untuk mengelakkan permukaan kek menjadi mendap. Biarkan loyang kek kekal pada kek.
  8. Setelah 10 minit, keluarkan kek dari loyangnya dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.
SELAMAT MENCUBA!

Monday, 30 January 2012

AYAM MASAK MERAH SERAI


Assallamualaikkum dan salam sejahtera.

Semoga semua pengunjung sihat sejahtera hendaknya. Lama betul tuan rumah COSK bercuti. Cuti sakan sampai tak sempat langsung buka blog apalagi nak update..hehehehe..

Ok, menu di bawah ni amat sesuai dimakan bersama nasi putih atau pun nasi yang berperisa. Naz memang suka rasa serai dalam masakan. Jadi ayam masak merah ni ada penggunaan serai dalam resepinya. 


AYAM MASAK MERAH SERAI

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (6 - 7 ketul) - dibersihkan dan gaul dengan garam dan kunyit
  • 2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar puri tomato
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 labu bawang besar - dimayang bulat
  • 1/2 cawan kacang pis dari tin
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4 atau 6
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak
  • 1 sudu besar majerin


Bahan-bahan kisar :
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 4-6 sudu besar cili kering kisar

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan ketepikan.
  2. Goreng pula ayam yang telah dikunyitkan tadi hingga masak dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sikit minyak bekas menggoreng di dalam kuali. Masukkan 1 sudu besar majerin dan biarkan cair.
  4. Tumis kulit kayu manis, buang lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan juga serai yang dititik hingga naik bau.
  5. Masukkan bahan-bahan kisar dan juga bawang besar yang telah dimayang. Biar hingga garing.
  6. Masukkan puri tomato, sos tomato dan sos cili. Gaul sebati. 
  7. Rasakan garam dan gulanya. Masukkan kentang goreng dan juga ayam goreng. Gaul sebati hingga ayam dan kentang disaluti sambal.
  8. Akhirnya masukkan buah tomato dan kacang pis. Biar dalam seminit dan bolehlah ditutup api dapur.
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 19 January 2012

KEK PISANG DUA CARA : CARA 2

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan, maka entry kali ini, Naz masukkan resepi kek pisang dengan cara yang ke 2. Cuma kali ni, kek pisangnya tak berhias dan berdeko pun. Togel je..hehehe...


Penggunaan kuantiti bahan-bahan dalam kedua-dua resepi ini adalah sama. Cuma dalam resepi ke 2 ini butter dicairkan dahulu dan cara menyediakannya juga berbeza. Bagi yang terlepas entry sebelum ini, boleh klik pada "Kek Pisang Dua Cara: Cara 1".


Ok, sekarang mari kita lihat resepi kek pisang dengan bahan-bahan yang sama tapi cara yang bebeza dalam penyediaannya.

KEK PISANG DUA CARA : CARA 2
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 125 gm butter 
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp asen vanilla

Cara-cara :
  1. Cairkan butter dan ketepikan. 
  2. Masukkan gula, ovallate dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar pada kelajuan tinggi hingga adunan likat dan berkrim selama lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan asen vanilla dan pisang lenyek. Putar lagi hingga rata.
  4. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan butter cair. Gaul rata dan sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 175C menggunakan api atas dan bawah. Lapik loyang dengan kertas kalis minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit - 1 jam atau sehingga kek masak.
  7. Setelah masak, keluarkan loyang kek dari oven dan terus terbalikkan kek bersama loyangnya ke atas redai. Ini untuk mengelakkan permukaan kek menjadi mendap. Biarkan loyang kek kekal pada kek.
  8. Setelah 10 minit, keluarkan kek dari loyangnya dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.
  9. Pukul telur, ovallate dan gula hingga jadi macam ni.  Kelihatan soft peak terbentuk.
Terbalikkan loyang bersama keknya sejurus selepas kek masak. Hati-hati! Loyang kek sangat
panas masa ni. Jangan melecur pula jari tu!!
NOTA :
  • Kek pisang cara ke 2 ini menghasilkan kek yang lebih gebu dan lembut serta ringan.
  • Adunan kek juga lebih banyak terhasil dan selepas pembakaran dah tentulah keknya lebih besar.
  • JADI, CUBA... JANGAN TAK CUBA UNTUK MELIHAT DAN MERASA SENDIRI PERBEZAAN KEDUA-DUA RESEPI...
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 17 January 2012

KEK PISANG DUA CARA: CARA 1


Assallamualalikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah masih lagi dan diberikan peluang oleh Allah SWT untuk meneruskan catatan di dalam blog ni. Harap semua pengunjung dan kawan-kawan sentiasa sihat walafiat dan ceria hendaknya.

Ha..ha..ha.. Macam pelik je kan tajuk entry kali ni? Kenapa pula kek pisang 2 cara ye? Sebabnya dengan resepi yang sama ni, ada dua cara berbeza dalam penyediaannya yang menghasilkan dua kek pisang yang berbeza hasilnya. 

Jadi untuk kali ini, Naz masukkan resepi kek pisang ini dengan cara pertama. Cara ke 2 pula akan Naz masukkan postingnya kemudian.


Kek pisang ni, Naz deco menggunakan coklat ganache dan ditaburkan dengan badam cincang di sekeliling bawah kek. Deko simple je. Di bahagian tengah kek pula, Naz sapukan dengan krim mentega perisa kapucino. Ermm...memang sedap gandingan rasa pisang dan coklat serta sedikit mocca ini.

KEK PISANG DUA CARA: CARA 1

Bahan-bahan :
  • 125 gm butter
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp asen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu per satu sambil memukul rata dan sebati. 
  3. Masukkan ovalette dan terus pukul lagi hingga sebati (updated 14/5/2013, tertinggal langkah ke3 ni).
  4. Masukkan pisang lenyek dan juga asen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana hingga sebati.
  5. Masukkan 1/2 bahan ayak dan gaul rata. Masukkan selebihnya dan gaul hingga sebati.
  6. Masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan ratakan.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 40 minit - 1 jam bergantung kepada oven masing-masing.
Untuk cara ke 2, akan dimasukkan entrynya kemudian. Jadi, tungguuuuu......

Updated : Cara ke 2 untuk kek pisang ini telah dimasukkan entrynya. Klik pada "Kek Pisang Dua Cara : Cara 2" untuk resepinya.

SELAMAT MENCUBA!

Monday, 16 January 2012

DEEP FRIED ICE CREAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bertemu kembali di alam cyber ini. Resepi yang akan dipaparkan kali ini merupakan resepi aiskrim goreng yang Naz jumpa cara membuatnya dari internet.

Berbeza dari resepi aiskrim goreng yang pernah dibuat dulu, kali ini aiskrim yang akan digoreng dibalut dengan serbuk cornflakes. Jadi kepada yang ingin mencuba dipersilakan. As for usual, di rumah ni, kalau aiskrim goreng memang laku je. Tak kiralah macam mana bentuk kejadiannya.


Resepi asal adalah dalam bentuk video. Jadi kepada yang ingin menonton penyampaian resepi ini dalam bentuk video, bolehlah klik pada link yang Naz paparkan di bawah ye.

DEEP FRIED ICE CREAM

Bahan-bahan :
  • 5-6 scoop aiskrim apa-apa perisa
  • 1 cawan cornflakes - dikisar halus 
  • 1 biji telur - dikocok dengan garfu

Cara-cara :
  1. Scoopkan aiskrim dan letakkan jarak-jarak di atas dulang atau bekas yang bersesuaian. Masukkan aiskrim ini ke dalam freezer selama 1 jam. Jangan risau dengan bentuk aiskrim yang mungkin tidak bulat semasa proses ini.
  2. Keluarkan aiskrim tadi dan golekkan ke dalam serbuk cornflakes hingga menyaluti sepenuhnya di sekeliling aiskrim. Sambil tu bolehlah kepal-kepalkan sikit aiskrim tu agar bentuknya jadi bulat. Susun semula aiskrim di atas dulang dan masukkan semula ke dalam freezer dan biar selama 1/2 jam. 
  3. Keluarkan semula aiskrim dan golekkan ke dalam telur. Kemudian golekkan terus ke dalam serbuk cornflakes hingga rata menyaluti keliling aiskrim. Buat hingga habis semua aiskrim disaluti. Masukkan semula ke dalam freezer dan biar hingga 1 jam.
  4. Panaskan minyak masak yang mencukupi untuk menggoreng. Apabila minyak telah panas, goreng aiskrim bersalut cornflakes tadi selama 15 - 20 saat sambil digolek-golekkan agar masak sekata. JANGAN NYAHBEKUKAN AISKRIM YANG DARI FREEZER TU. GORENG JE MASA DIA TENGAH KERAS KEJUNG.
  5. Angkat dan boleh terus dinikmati.
Salut aiskrim banyak-banyak dan simpan dalam freezer. Nak makan goreng jer.
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 12 January 2012

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG DENGAN CENDAWAN


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Harap semuanya sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya..
Amin..

Lauk atau gulai yang always menjadi kegemaran dan kepantangan Naz. Gemar sebab memang suka sangat masak lemak cili padi. Lebih-lebih lagi kalau pedasnya menyengat. Tapi jadi kepantangan tu sebab pantang jumpa, habis rosak dietku....huhuhuhu.. 

Sudahlah masa makan lauk ni, Naz gandingkan dengan fresh tempoyak yang digaul dengan cili padi tumbuk. Memang tak boleh control menambah nasi. Lagi pedas, lagi meleleh air hidung, lagi laju menambah nasi...hehehe.. Tolong!!! Tolong!!! Siapa nak ikut pergi berjoging???? Sape? Sape? Tak pelah. I jogging sorang-sorang jer.. Gumuks biar beramai-ramai tapi slim biar sorang-sorang..hahaha... Boleh gitu?? hahaha.. Tak..tak..tak.. Marilah kita bersenam beramai-ramai agar kesihatan terjaga..hehehe..
Anyway, gulai ni agak pucat sikit warna kuningnya sebab kunyit hidup yang Naz guna tu, macam tak berapa kuning je. Patutnya tambah sikit serbuk kunyit biar kalernya lebih cantik.

Udang.
MASAK LEMAK CILI PADI UDANG DENGAN CENDAWAN

Bahan-bahan :
  • 500 gm udang sederhana besar - dibersihkan dan dibasuh
  • 400 gm cendawan tiram - dibersihkan dan disiat-siat 
  • 20 biji cili padi (adjust ikut kepedasan sendiri)
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa
Cendawan tiram.
Cara-cara :
  1. Tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk bersama santan cair dan serai. Kacau-kacau hingga mendidih.
  2. Masukkan udang dan cendawan tiram serta daun kunyit. Biar seketika sambil sesekali mengacau hingga cendawan dan udang masak.
  3. Masukkan garam dan santan pekat. Kecilkan api dan biar hingga mendidih sambil mengacau agar tidak pecah minyak. Tutup api dan boleh dihidangkan.
 SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 11 January 2012

BISTIK AYAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lama sungguh tak masukkan entry ke blog ni. Masa cuti sekolah dulu, tak ada peluang nak mengadap lappy sebab kena mengalah dengan anak-anak. Bila anak-anak dah mula sekolah pula dah semakin kurang masa untuk lama-lama di depan komputer. Banyak sangat urusan yang perlukan perhatian sekarang ni. Jadual waktu semakin padat pula rasanya (cehh..cehhh..ceh..alasanlah tu..hehehehe..).

Walaupun begitu, memang rindu sangat nak berblogging. Rindu nak merapu dengan kawan-kawan di fb. Tapi tak berkesempatan lagi. Rindu nak menulis resepi di sini, rindu juga nak mengedit gambar-gambar masakan di dalam komputer, rindu nak jalan-jalan ke dapur cyber kawan-kawan. Yelah, kalau boleh semua perkara nak dibuat. Tapi apakan daya. Ada kekangan yang membatasi.


Okeylah, terus saja kepada resepi. Bistik ayam ni dibuat untuk santapan anak-anak dan hubby. Makan dengan nasi putih jer. Tapi memang sedap! Kuahnya Naz buat pekat-pekat. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi yang berperisa seperti nasi minyak, nasi beriyani atau pun mungkin nasi hujan panas.



BISTIK AYAM

Bahan-bahan perap :
  • 1/2 ekor ayam (lebih kurang 5-6 ketul)
  • 3-4 sudu besar sos lada hitam (apa-apa jenama pun tak pe) ATAU 2 sudu kecil lada hitam biji (ditumbuk)
  • 2 sudu besar tepung gandum
** Ayam dibersihkan, dibasuh dan ditoskan hingga kering. Gaul ayam dengan tepung gandum dan sos lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk. Perap di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan-bahan tumis :
  • 4 ulas bawang merah - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 1 labu bawang besar - dimayang bulat
  • 2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar majerin
Bahan-bahan lain :
  • 2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
  • 2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk
  • 2 biji cili hijau - dihiris
  • 3 sudu besar puri tomato
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan air (250 ml)
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4
  • Sedikit kacang pis (optional)
  • Sedikit daun sup untuk hiasan (optional)
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
  2. Goreng pula ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Tak perlu garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak menggoreng tadi sekadar cukup untuk menumis. Masukkan majerin dan biar hingga cair. Kemudian tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan garing.
  4. Masukkan lada hitam tumbuk, puri tomato, kicap masin, kacap manis dan sos cili. Kacau rata. Masukkan air.
  5. Masukkan ayam goreng dan kentang goreng tadi. Biar hingga kuah mendidih dan pekat seperti yang diingini. Kacau sesekali biar rata. Perasakan garam dan gulanya.
  6. Masukkan lada hijau hiris, buah tomato dan kacang pis. Biar seketika agar kacang pis dan buah tomato sedikit empuk.
  7. Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan daun sup sekiranya suka.
SELAMAT MENCUBA!