Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Puding koktail berkuah ni sudah banyak kali Naz buat dan letak resepinya. Kali ini Naz buat dengan menggandakan adunan untuk dibawa ke rumah sepasang sahabat yang menjemput untuk majlis hari lahir anak ke dua mereka.
Kali pertama membuat puding ini dulu, Naz menggunakan agar-agar bertali. Untuk kali ke 2 pun Naz menggunakan agar-agar bertali. Jadi pada kali ke 3 membuatnya, Naz menggunakan serbuk agar-agar. Pada kali ini (kali yang ke 4) pun Naz menggunakan serbuk agar-agar untuk membuat pudingnya.
Jadi bagi yang ingin mencuba, boleh rujuk mana-mana resepi berikut :
- Puding koktail berkuah - menggunakan agar-agar bertali (satu adunan)
- Puding koktail berkuah - menggunakan serbuk agar-agar (satu adunan)
Untuk kali ini, adunan yang Naz tuliskan di bawah menghasilkan dua kali adunan yang asal. Mula-mula bila sampai di rumah kawan tu, risau juga takut tak habis puding aku ni nanti. Maklumlah..makanan yang lain pun banyak. Ada pula tu pencuci mulut iaitu agar-agar bersantan.
Tapi sungguh mengejutkan! Selepas diletakkan di atas meja hidangan, tidak sampai 30 minit, puding ni dah tinggal kurang dari suku mangkuk hidangan. Alhamdulillah... Ramai yang gemar puding koktail berkuah ini rupanya. Tuan rumah siap cakap, kalau buat 3 adunan pun mesti habis. Heheheeeee...
Resepi kuah untuk puding ni, memang dapat banyak. Selalunya Naz akan tuang kuahnya mencukupi untuk puding ini sewaktu dihidangkan dan masih ada lagi baki kuah yang disimpan di dalam peti sejuk. Bila sampai satu tahap, Naz akan jenguk puding ini dan biasanya, puding ini masih ada tetapi kuahnya dah mula berkurangan dan sedikit. Maka Naz akan tuangkan lagi kuah yang masih berbaki dari dalam peti sejuk. Sedapnya puding ini adalah pada kuahnya...
Jadi, mari kita lihat resepinya...
PUDING KOKTAIL BERKUAH
Resepi Oleh : Naz's COSK
Bahan-bahan Puding Kastad (untuk 2 adunan) :
- 1800 ml air
- 40 gm serbuk agar-agar
- 10 Tbsp gula pasir
- 6 Tbsp tepung kastad
- 1 tsp garam halus
- 500 ml susu cair
Cara-cara :
- Masak serbuk agar-agar bersama gula dan air hingga larut. Kecilkan api.
- Bancuh tepung kastad dengan sedikit susu cair hingga larut.
- Masukkan susu cair dan bancuhan tepung kastad serta garam ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Tak perlu tunggu hingga menggelegak. Tutup api.
- Bahagikan adunan puding kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asalnya manakala satu bahagian lagi dititiskan sedikit pewarna merah. Kacau rata.
- Tuang kedua-dua adunan puding kastad di dalam loyang atau bekas yang berasingan. Sejukkan dan bekukan di dalam peti sejuk.
Puding kastad dengan warna asal(kuning) dan yang diwarnakan(merah)..
Bahan-bahan Kuah Puding :
- 2 tin susu cair + baki susu cair dari adunan di atas
- 2 tin besar fruit cocktail (tapis untuk mengasingkan buah-buahan dengan sirapnya)
- 400 ml air masak
- 10 Tbsp gula pasir
- 1 tsp garam halus
Cara-cara :
- Campurkan semua bahan di atas kecuali buah-buahan koktail.
- Masak di atas api sehingga gula larut dan tutup api.
- Sejukkan kuah di dalam peti ais.
Puding kastad yang telah dicampurkan dengan buah-buahan koktail..
Cara Menghidang :
- Potong puding kastad menjadi kiub-kiub kecil.
- Masukkan kiub-kiub kastad ini ke dalam mangkuk besar bersama dengan buah-buahan koktail yang telah ditapis tadi.
- Tuangkan kuahnya dan sedia untuk dihidangkan.
Puding koktail berkuah yang sedia untuk dihidangkan..
Sedap bila dimakan sejuk-sejuk..nyummmm....
NOTA :
Sekiranya suka, boleh ditambah lagi isinya dengan nata de coco..
SELAMAT MENCUBA!
Assalam...
ReplyDeleteSedapnya akak tengok Naz...
Salam Naz. Wah, Along suka mkn koktail camni tapi selalu buat buh koko de nata je, malas nak menggodeh jeli tu...hehe.
ReplyDeleteMaceh, kasi semangat... luv ya.
assalammualaikum naz....
ReplyDeleteterasa mcm kat dlm tekak jer sekarang nie...nak2 time panas2 nie,bole habis semangkuk besar tu...hehehe
mmmmm nampak sedap nih..nak try la nnt
ReplyDeletekak nazzzzzzz..
ReplyDeletesaya baru ura ura nak buat puding gini.. tup tup nampak akak dah buat. ishh bila datang rajin ni... sedap nampaknya tu..
ala naz...hukkss dapnyer...neh dh bg idea kat akak nk buat dessert utk potluck ofis friday neh...
ReplyDeletenaz..alahai cute mute kiub2 tuh..sejukk jerr anak tekak.Cam terasa2 nak wat jugakk
ReplyDeletesedapnya..selalu buat yg simple je.tak de puding kastad tu.nak cuba la nie..hehehe
ReplyDeletehmm sedapnya..naz mintak lah semangkuk..:)
ReplyDeleteAssalam naz..comel je potongan puding tu...mesti sedap n sejuk je tekak telan puding ni
ReplyDeleteadusssss Naz, akak terliur yg amat ni...bak lah 2 mangkuk hehehehe...(taip sambil telan ayaq liur )
ReplyDeleteKak Yus aka Kak Antan,
ReplyDeleteBukan sekadar tgk jer nampak sedap kak. Try la kak..mmg sedap...Tak tipu punya.. Kalau tak tak kan Naz dah buat berkali-kali..heheheee..(sempat promo tu)
Home Kreation aka AlongRoz,
ReplyDeleteMmg pun kalau nk senang x yah buat jeli tu.. Letak jer semua yg mmg dah ada dan makan ngan susu cair jer kan.. Cuma kalau buat cam ni dpt bnyk la hasilnya..
Not a prob along.. Kita sama2 blogger dah jadi mcm kawan2 rapat dah..Cubit peha kiri, peha kanan pun terasa sakit..:)
LizaHanum,
ReplyDeleteMmg pun liza.. Time panas2 ni, laju jer kalau makan puding ni.. Tak sedo dah semangkuk besar ditala..heheheee
A'in Fajar,
ReplyDeleteSilalah ain..sila try.. Sedap tau!..
Izah Daut,
ReplyDeleteAlaaa izah tu..mmg selalu rajin.. Nanti tgk2 dah ada kat dapur dia..
Mak Qis,
ReplyDeleteMmg sedap kak.. Mmg sesuai kalau nak buat utk majlis makan2 yg ramai org..
lina_pg,
ReplyDeleteKak lina, mmg sedap sgt makan bila dah disejukkan dalam peti ais.. Buat kak buat..jgn tak buat...heheeee
Fiza Damia,
ReplyDeleteSila fiza..sila cuba..Yg ni dapat banyak sebab ada puding kastad tu.. Boleh makan ramai2..
Kha,
ReplyDeleteMari la sini Kha..bukan takat semangkuk..2-3 mangkuk pun boleh kha..
Kak Rosaliza,
ReplyDeletePotong mmg kena comel2 kak..Biar nampak cantik dan menarik..biar lebih teruja nak makan..heheheeee..
NoorMasri,
ReplyDeleteHeheheee...Naz buat akak terliur yer? Ala cian2..Meh datang sini..Boleh makan dgn Naz..