Wednesday, 15 January 2014

DONUT EKSPRESS YANG GEBU GEBAS


 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Menu donut pula kita hari ini.
Resepi donut yang amat cepat dan pantas cara penyediaannya. Tak perlu tunggu, tak perlu peram, tak perlu direhatkan doh tu hingga naik dulu sebelum diterap dan digoreng.

Dalam banyak-banyak resepi donut, inilah resepi yang paling singkat masa penyediaannya. Teksturnya pula, aduhhhh makkkkk...amat laa gebu dan lembut. Memang la Nadz antara orang yang rugi sebab baru sekarang mencubanya. Sungguh jatuh hati betul dengan resepi donut dak Hasue ni.

Ini bukan sekadar omongan kosong aja ya. Kalau ngak percaya, coba klik pada link My Resipi di bawah. Ada banyak komen-komen suri rumah yang telah mencubanya dan semuanya memberikan komen yang positif.


DONUT EKSPRESS YANG GEBU GEBAS

Bahan-bahan :

500gm tepung berprotein tinggi/ tepung gandum
1 paket yis segera(11gm)
50gm majerin/ mentega
1 sudu besar(penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu penat manis/ 2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Gula halus atau topping kegemaran anda
190-200ml air suam kuku (bergantung kepada kualiti tepung)


Cara penyediaan :

Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis, gula pasir, susu, majerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu, kacau satu arah je menggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan. Tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa-sisa tepung di dalam bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, bolehlah dibahagi dua. Untuk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk di SINI.
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh juga selama 5-10 minit). Boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak-agak je). Boleh tambah sedikit-sedikit tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.

Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas(jangan terlalu panas, nanti donut gorengan pertama agak hangus), perlahankan sedikit api. Masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ini akan mengembang lagi ketika digoreng(sebab adunan mengandungi telur).
Goreng hingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kastor atau topping kegemaran anda.


Oleh kerana satu adunan boleh menghasilkan begitu banyak donut, jadi Nadz buat donut frozen. Cuma goreng kejap je dalam minyak yang panas hingga donut bewarna kekuningan sedikit. Kemudian angkat dan toskan. Masukkan ke dalam plastik atau apa-apa bekas yang sesuai dan masukkan ke dalam freezer. Bila nak makan, just keluarkan dari freezer dan boleh terus digoreng hingga masak sepenuhnya.



Yang ni nak disimpan dalam freezer. Banyak kan?


SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 8 January 2014

AYAM MASAK MERAH TOMATO


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ayam masak merah yang memang menjadi kegemaran anak-anak di rumah ni. Boleh digandingkan dengan nasi putih atau pun nasi berperisa. Sedap juga dimakan bersama nasi impit. 

Nadz kalau buat ayam masak merah ni, sambal cilinya memang banyak. Kadang-kadang tenggelam ayam tu. Sebab anak-anak Nadz suka makan sambalnya tu; dengan syarat sambal tu tahap kepedasannya boleh diterima oleh lidah merekalah. 

Okey, mari kita lihat resepi yang simple ini.

AYAM MASAK MERAH TOMATO


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar-dimayang
1 biji kentang
10 biji tomato cherry
2 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Sekikit air sekiranya perlu
Minyak 



Bahan kisar:

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 - 1 cawan cili kering kisar
2 biji buah tomato



Cara penyediaan:
  1. Ayam dipotong ikut suka, dibasuh dan ditoskan. Kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit.
  2. Kupas kulit kentang dab cuci. Kemudian potong kiub kentang tersebut. 
  3. Paaskan minyak, goreng kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng pula ayam yang telah dikunyitkan. Angkat dan toskan.
  4. Tinggalkan baki minyak menggoreng tadi secukupnya untuk menumis. Tumis bahan tumis hingga garing atau naik minyak. Masukkan bawang besar dan sos tomato. Perasakan garam dan gulanya.
  5. Masukkan kentang goreng dan juga ayam goreng. Gaul sebati. Jika ingin sedikit basah, masukkan sedikit air. Biar hingga menggelegak. 
  6. Masukkan pula buah tomato cherry. Gaul rata.
  7. Tutup api apabila telah berpuas hati dengan rasanya. Sedia untuk dihidang.



SELAMAT MENCUBA!

Monday, 6 January 2014

SI BALDU MERAH TEMPAHAN DARI KAK KINAH

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni tak ada resepi. Just nak masukkan gambar-gambar tempahan kek pertama selepas habis pantang hari tu.
Tempahan ni datangnya dari kak Kinah yang merupakan ex-boss Nadz masa jadi RA di USM dulu. Kak Kinah juga merupakan salah seorang regular customer Nadz. Seorang yang memang tak cerewet dan amat memudahkan kerja Nadz. So baik hati, so sweet dan so humble person. Actually kak Kinah ada title 'Dr.' di awal namanya tapi since Nadz dah tak kerja di USM lagi, beliau cuma bahasakan dirinya dengan "kak Kinah" je. Jadi Nadz pun panggil beliau dengan panggilan "kak Kinah" saja. Lagi pun adab bersahabat itu menggalakkan kita memanggil sahabat kita dengan nama panggilan yang dia suka.

Ok just nak share gambar kek-kek tempahan beliau.

Lama dah Nadz mengidam nak buat rosette yang macam ni.


Sebelum ada yang bertanya, ni la nozzle yang Nadz gunakan untuk buat rosette atas tu ye.


25 pcs red velvet cuppies dengan saiz M(2.5 oz)

 
Sebiji kek red velvet 8".


Text dari kak Kinah yang amat-amat
melegakan hati Nadz.

Actually, Nadz ni taklah pandai sangat mendeco kek. Because I'm still learning and still practising. Nadz memang tak ambil banyak tempahan buat masa ni sebab Nadz tau sejauh mana kemampuan Nadz buat masa ni dari segi pengurusan masa dan juga bakat yang ada. Tapi insyaAllah, untuk customers Nadz yang mamang tak ramai ni, I'll try to give you the best taste of my cake that I could. Walaupun rupa tak berapa nak lawa la kan. So harap jangan serik ye tempah dari Nadz. Masih terus mencuba perbaiki diri dari masa ke semasa..insyaAllah...

So sampai sini je dulu. Jumpa lagi di entry seterusnya. Bye!

Sunday, 5 January 2014

KEK PISANG LEMBAP YANG MUDAH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Membaking lagi??? Ye tuan-tuan dan puan-puan. Membaking lagi kerja dak Nadz ni. Alaaa..buat kek ni untuk menyelamatkan 5 biji pisang yang dah naik lebam tak berusik di dapur tu. Dari masuk dalam tong sampah, baik buat sesuatu yang boleh dimakan dan boleh menyumbang menaikkan berat badan.

Hoohohooo... Yang boleh dimakan tu  sungguh mulia tujuannya tapi yang boleh menyumbang menaikkan berat badan tu...oh tidakkkk...tak mau tak mau...erkk?? Ada korang kisah?? Tak de kannn.... Tapi I kisah tau! Sebab tu, dah buat pun makan sepotong je..err..silap, 3 potong..hahahaa..betul-betul tahan nafsu ni.
**psstt..banyak lagi lemak-lemak yang beropol-ropol macam langsir raya di badan ni yang nak kena cantas...So, tolong jangan gelak ok! 


KEK PISANG LEMBAP YANG MUDAH


Bahan-bahan:

4 biji pisang emas/awak-lecek
(I used 5 biji pisang berangan)
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
11/2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
(*ayak bersama)
1 sudu besar air limau nipis (I gantikan dengan cuka masakan)
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla


Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 185C api atas bawah.
  2. Sediakan loyang 4 segi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak.
  3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih(3-5 minit).
  4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.
  5. Masukkan pisang, esen dan air limau. Gaul sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar di dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

NOTA NADZ:
  • Kek ni memang lembap dan lembut je. Mungkin kerana penggunaan jus limau nipis(Nadz gantikan dengan cuka masakan) di dalam resepi. Alaaa...macam kek red velvet tu. Kan guna cuka juga dalam resepinya. 
  • Nadz guna loyang segi 4 berukuran 7" X 7" sebab nak nampak kek ni tebal. Boleh je nak guna loyang 8" X 8".
  • Tuan punya resepi bagi nama kek pisang mudah mungkin kerana tak perlu guna mixer untuk mengadun kek sebaliknya menggunakan blender/ pengisar saja.



SELAMAT MENCUBA!

Friday, 3 January 2014

RENDANG AYAM CILI PADI

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni Nadz masak rendang ayam yang mudah je. Suka laaaa sangat hati anak bujangku nan sorang tu. Memang favourite dia laaa..


Kali ni Nadz masak rendang, Nadz guna minyak untuk menumis sebab selalu bila buat rendang, Nadz guna santan kotak je dan bila habis memasak, rendang Nadz tu tak cantik sangat rupanya. Memang berbeza bila guna santan original dari kelapa parut tu. Santan kotak ni kurang berminyak sikit. Kalau di kampung memang tak pernah la menumis dulu bahan kisar tu untuk masak rendang. Minyak tu dengan sendirinya akan terhasil dari santan original yang kita guna tu. 

Rasa pun memang lebih sedap la yang ditumis ni dari yang biasa Nadz buat tanpa tumis bila menggunakan santan kotak (**hancur lagi diet ku**). Yang nak cuba, silalah yer. Buat simple-simple je.. Yang penting rasanya yang sedap.



RENDANG AYAM CILI PADI


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
3 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit-hiris halus
2 sudu besar kerisik
400ml santan (kotak kecil) + 100ml air
Minyak untuk menumis


Bahan kisar:

3 labu bawang besar ATAU
12 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
6-8 batang serai-hiris
10-20 biji cili padi-ikutlah tahap kepedasan korang
1/2 cawan cili kering kisar


Cara penyediaan:
  1. Ayam dipotong ikut suka, dibasuh dan ditoskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan gaul biar sebati dengan bahan kisar tadi. Guna api sederhana tau! Biarkan hingga ayam kecut.
  4. Masukkan santan, kerisik, asam gelugor dan daun limau purut. Masukkan juga garam. Biar rendang mereneh hingga dapat kepekatan kuah yang diingini.
  5. Masukkan daun kunyit. Rasakan garamnya. Kalau perlu masukkan sedikit gula. Tutup api.
  6. Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau pun nasi impit ataupun rendang..yummehh...
NOTA NADZ:
Asalnya, resepi ni Nadz tak gunakan cili kering kisar pun. Memang sepenuhnya guna cili padi saja iaitu lebih kurang segenggam @ lebih kurang 20 biji tu. Tapi disebabkan masak pun untuk kanak-kanak ribena di rumah ni, so tak bolehlah terlalu pedas. Risau perut dia orang meragam. Bila cili padi dikurangkan, Nadz top up dengan cili kering yang jenis tak pedas tu. Jadi rasa pedas rendang ni pun kurang. 
Jadi kalau sesiapa nak mencuba resepi ni, bolehlah sesuaikan penggunaan cili padi di dalam resepi mengikut selera masing-masing ye.


SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 2 January 2014

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Yuhuuuuu... Buat agar-agar aka puding pula kali ni. 

First time buat dulu masa bulan puasa tahun lepas. Yelah time tu kan resepi ni tengah meletup betul macam bunga api dan mercun yang meletup-letup di dada langit pada malam tahun baru hari tu..eh..ye ker??? I tak tengok pun kay.. Ni cakap je sebab biasanya memang macam tu kan... Oppssss..nak tambah lagi. Resepi ni juga pemes bila Dato' Ct Norhaliza pun mencubanya dan gambar puding tu di (muat naik..er ke muat turun ek?) di instagram beliau.. Maka pemeslah puding oreo ni dan berebut-rebutlah semua orang inginkan resepinya... Kalau tak percaya boleh baca di SINI.

Ni saja nak tunjuk lapisan kedua yang ada letak biskut oreo tu.. Terliur tak?? Kalau terliur, sila lap bibir anda sendiri..heheee..

Malaslah nak membebel panjang-panjang. Lagi pun ramai yang dah mencubanya dan rata-rata kata sedaplah, marvelouslah, menggiurkanlah, mengancamlah, tak boleh berhenti menyuap dan mengunyahlah, apa lagi ek...hahaaa... Jadi mari kita tengok resepi je terus. Resepi asal yang dicipta dan dikongsikan oleh AlongRoz dari Home Kreation-Kitchen Corner.

Ni gambar keratan rentas puding oreo lapis vico...Yerlah..betullah tu korang tak salah baca. Memang Nadz guna Vico sbb yang tu je yang ada di rumah ni..

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO
Recipe by: AlongRoz

BAHAN2:

1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo (I used Vico)
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis


CARA-CARA:

  1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn  ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
  4. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
  5. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  6.  Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.


TIPS UNTUK MELAPIS:

  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat.
  • Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


Peweiittt...cantik tak puding oreo mak jemah...heheheee...


SELAMAT MENCUBA!