Sunday, 5 January 2014

KEK PISANG LEMBAP YANG MUDAH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Membaking lagi??? Ye tuan-tuan dan puan-puan. Membaking lagi kerja dak Nadz ni. Alaaa..buat kek ni untuk menyelamatkan 5 biji pisang yang dah naik lebam tak berusik di dapur tu. Dari masuk dalam tong sampah, baik buat sesuatu yang boleh dimakan dan boleh menyumbang menaikkan berat badan.

Hoohohooo... Yang boleh dimakan tu  sungguh mulia tujuannya tapi yang boleh menyumbang menaikkan berat badan tu...oh tidakkkk...tak mau tak mau...erkk?? Ada korang kisah?? Tak de kannn.... Tapi I kisah tau! Sebab tu, dah buat pun makan sepotong je..err..silap, 3 potong..hahahaa..betul-betul tahan nafsu ni.
**psstt..banyak lagi lemak-lemak yang beropol-ropol macam langsir raya di badan ni yang nak kena cantas...So, tolong jangan gelak ok! 


KEK PISANG LEMBAP YANG MUDAH


Bahan-bahan:

4 biji pisang emas/awak-lecek
(I used 5 biji pisang berangan)
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
11/2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
(*ayak bersama)
1 sudu besar air limau nipis (I gantikan dengan cuka masakan)
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla


Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 185C api atas bawah.
  2. Sediakan loyang 4 segi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak.
  3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih(3-5 minit).
  4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.
  5. Masukkan pisang, esen dan air limau. Gaul sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar di dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

NOTA NADZ:
  • Kek ni memang lembap dan lembut je. Mungkin kerana penggunaan jus limau nipis(Nadz gantikan dengan cuka masakan) di dalam resepi. Alaaa...macam kek red velvet tu. Kan guna cuka juga dalam resepinya. 
  • Nadz guna loyang segi 4 berukuran 7" X 7" sebab nak nampak kek ni tebal. Boleh je nak guna loyang 8" X 8".
  • Tuan punya resepi bagi nama kek pisang mudah mungkin kerana tak perlu guna mixer untuk mengadun kek sebaliknya menggunakan blender/ pengisar saja.



SELAMAT MENCUBA!

12 comments:

  1. sedapnyer..lama dh tak buat kek pisang

    ReplyDelete
  2. Salam Naz.. lamanya x jalan2...dulu2 kita biasa buat kek pisang...

    ReplyDelete
  3. wangi nya akak dtg sini dengan hidangan kek pisang lembab ni,syg nya nak amik bau pun tak sampai ni heee

    ReplyDelete
  4. salam..

    sedapnya kek pisang..wangi satu rumah dengan aroma pisang masa bakar kek ni kan..

    ReplyDelete
  5. saya pun dah cuba resepi ni..memang sedap dan menjadi

    ReplyDelete
  6. salam naz, bestnya ada kek pisang kat sini, dah lama akk tak mkn kek pisang...

    ReplyDelete
  7. salam..cari2 resepi kek pisang,sampai sini pulak..terliur betul tgk kek pisang tu,,x sabar nk buat..huhu

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik dan resepi macam x susah... sebelum ni cuba resepi lain x menjadi.

    ReplyDelete
  9. erm... dah trt dah. leh tahan awdapnya

    ReplyDelete
  10. Dah try...mmg lembut dan lembap. Sgt2 puas hati. Anak2 ckp, lbh sedap dr yg jual kat kedai...

    ReplyDelete
  11. Cuka klu ditukar dgn nenas ,boleh x,,,munkin lgi sedap

    ReplyDelete
  12. Sedapnya. Rupanya boleh ditukar dengan cuka ye. Nanti nak cuba. Thank you.

    ReplyDelete