Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni Nadz masak rendang ayam yang mudah je. Suka laaaa sangat hati anak bujangku nan sorang tu. Memang favourite dia laaa..
Kali ni Nadz masak rendang, Nadz guna minyak untuk menumis sebab selalu bila buat rendang, Nadz guna santan kotak je dan bila habis memasak, rendang Nadz tu tak cantik sangat rupanya. Memang berbeza bila guna santan original dari kelapa parut tu. Santan kotak ni kurang berminyak sikit. Kalau di kampung memang tak pernah la menumis dulu bahan kisar tu untuk masak rendang. Minyak tu dengan sendirinya akan terhasil dari santan original yang kita guna tu.
Rasa pun memang lebih sedap la yang ditumis ni dari yang biasa Nadz buat tanpa tumis bila menggunakan santan kotak (**hancur lagi diet ku**). Yang nak cuba, silalah yer. Buat simple-simple je.. Yang penting rasanya yang sedap.
RENDANG AYAM CILI PADI
Recipe by: Nadz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
3 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit-hiris halus
2 sudu besar kerisik
400ml santan (kotak kecil) + 100ml air
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
3 labu bawang besar ATAU
12 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
6-8 batang serai-hiris
10-20 biji cili padi-ikutlah tahap kepedasan korang
1/2 cawan cili kering kisar
Cara penyediaan:
- Ayam dipotong ikut suka, dibasuh dan ditoskan. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
- Masukkan ayam dan gaul biar sebati dengan bahan kisar tadi. Guna api sederhana tau! Biarkan hingga ayam kecut.
- Masukkan santan, kerisik, asam gelugor dan daun limau purut. Masukkan juga garam. Biar rendang mereneh hingga dapat kepekatan kuah yang diingini.
- Masukkan daun kunyit. Rasakan garamnya. Kalau perlu masukkan sedikit gula. Tutup api.
- Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau pun nasi impit ataupun rendang..yummehh...
NOTA NADZ:
Asalnya, resepi ni Nadz tak gunakan cili kering kisar pun. Memang sepenuhnya guna cili padi saja iaitu lebih kurang segenggam @ lebih kurang 20 biji tu. Tapi disebabkan masak pun untuk kanak-kanak ribena di rumah ni, so tak bolehlah terlalu pedas. Risau perut dia orang meragam. Bila cili padi dikurangkan, Nadz top up dengan cili kering yang jenis tak pedas tu. Jadi rasa pedas rendang ni pun kurang.
Jadi kalau sesiapa nak mencuba resepi ni, bolehlah sesuaikan penggunaan cili padi di dalam resepi mengikut selera masing-masing ye.

SELAMAT MENCUBA!
salam kak nadz..
ReplyDeletewah, menggoga betul la rendang tu..sedapnya kalau dapat makan..hihi..
Salam Nadz, akak pula biasa tumis dan resipi yg Nadz tulis tu biasa akak buat. Cuma cili padi kurangkan atau tak guna langsong. Santan pula kakpb guna susu kotak utk jaga kesihatan. Sedap juga rasanya, mcm takde beza dgn santan.
ReplyDeleteassalam...terliur naz...teringat nasi impit pulak nih...
ReplyDelete