Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Yuhuuuuu... Buat agar-agar aka puding pula kali ni.
First time buat dulu masa bulan puasa tahun lepas. Yelah time tu kan resepi ni tengah meletup betul macam bunga api dan mercun yang meletup-letup di dada langit pada malam tahun baru hari tu..eh..ye ker??? I tak tengok pun kay.. Ni cakap je sebab biasanya memang macam tu kan... Oppssss..nak tambah lagi. Resepi ni juga pemes bila Dato' Ct Norhaliza pun mencubanya dan gambar puding tu di (muat naik..er ke muat turun ek?) di instagram beliau.. Maka pemeslah puding oreo ni dan berebut-rebutlah semua orang inginkan resepinya... Kalau tak percaya boleh baca di SINI.
Ni saja nak tunjuk lapisan kedua yang ada letak biskut oreo tu.. Terliur tak?? Kalau terliur, sila lap bibir anda sendiri..heheee.. |
Malaslah nak membebel panjang-panjang. Lagi pun ramai yang dah mencubanya dan rata-rata kata sedaplah, marvelouslah, menggiurkanlah, mengancamlah, tak boleh berhenti menyuap dan mengunyahlah, apa lagi ek...hahaaa... Jadi mari kita tengok resepi je terus. Resepi asal yang dicipta dan dikongsikan oleh AlongRoz dari Home Kreation-Kitchen Corner.
Ni gambar keratan rentas puding oreo lapis vico...Yerlah..betullah tu korang tak salah baca. Memang Nadz guna Vico sbb yang tu je yang ada di rumah ni.. |
AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO
Recipe by: AlongRoz
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.com
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo (I used Vico)
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
CARA-CARA:
- Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
- Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
- Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
- Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
- Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
- Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat.
- Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
Memang menggoda Nadz terpaksa ambil tuala lap air liur... Perghh
ReplyDeletekena Cuba jugak ni ;)
salam..
ReplyDeletememang cantik dan mengancam betul la agar-agar tu..lapisan pun nampak cantik..terliur..terliur..heheh..
terliur la naz..dah lama teringinnya...oreo asyik jd chipsmore jerr..
ReplyDelete