Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Inilah satu lagi projek yang Naz buat selepas membakar Simple Chocolate Cupcakes hari tu. Naz bakarkan sedikit adunan kek cawan tu di dalam loyang kek. Kemudian dari kek yang siap tu, Naz buat 'Bebola Coklat Urai' ni pula.
Dulu Naz dah pernah letak hasil dan resepi bebola coklat urai ni di dalam blog. Naz jumpa resepi daripada Chef Anuar ni di dapur cyber Maklang Azie tapi bukan dapur cyber yang sekarang (maklangazie.blogspot.com). Naz jumpa di dapur lama Maklang Azie (ulampegaga.fotopages) yang sekarang ni telah ditutup oleh tuannya. Jadi minta maaflah ye sebab link daripada dapur ulampegaga.fotopages tu tak dapat dijumpai sekarang.
Cuma kali ini, Naz buat tidak mengikut 100% resepi. Oleh kerana kek coklat ini memang moist dan penuh dengan rasa coklat, jadi Naz tidak masukkan coklat masakan yang sepatutnya ada di dalam resepi. Berat bahan-bahan juga Naz tak sukat kerana Naz agak-agak bila adunan dah boleh dikepal menjadi bebola setelah digaul kek dengan jem tu, terus je buat bebola-bebola kecil.
Ok, untuk resepi dari chef Anuar ni, boleh klik pada link di bawah iaitu di posting Naz terdahulu :
~ Bebola Coklat Urai resepi Chef Anuar ~
Untuk resepi kali ini, ini bahan-bahannya.
BEBOLA COKLAT URAI
Bahan-bahan :
- Sedikit kek coklat dari resepi Simple Chocolate Cupcakes
- Jem strawberry atau raspberry atau blueberry
- Sedikit kismis atau kekacang sekiranya suka
- Coklat urai secukupnya
Cara-cara :
- Hancurkan kek dgn tangan yang bersih.
- Masukkan kekacang atau kismis dan jem sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan kek boleh dikepal (tidak berderai).
- Bulat-bulatkan adunan dan golekkan ke dalam coklat urai. Masukkan ke dalam papper cup.
- Boleh dimakan.
NOTA :
- Anak-anak Naz suka bila bebola-bebola ni Naz sejukkan dulu di dalam peti ais.
SELAMAT MENCUBA!
Naz menu raya dah siap ya? sedap tu!
ReplyDeletecomelnya kek ni kak naz...suka tengok..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum naz...
ReplyDeletecomelnya tgk bebola coklat urai tu naz.. kalau ler bebudak tgk nie.. pasti suka kan... nie diana pun dah suka dah nie... nak jugaaa.. :)
coklat urai, itu yang tertarik...
ReplyDeletesedap sudah tentu...
Assalam Kak Naz, dulu pernah juga simpan resepi coklat urai ni tapi tak teringat nak cuba...menarik kan sure bebudak suka:)
ReplyDeletekuih raya haji ke naz.. cantik warna warni bebola ni.. suke anak2 dpt mkn
ReplyDeletekak naz! omey!! budak2 mesti lagi suka kalau wat mcm ni kan.. kalerpul lagii..
ReplyDeleteKak Naz,alahai comey sungguh,yg plg berkenan tuh ngan tempat akak letak bebola tuh,kalo ank sy tgk ni pon mmg dia berkenan nih..
ReplyDeletesangat comel la menatang 3 ekor tu...kite tak pernah terfikir pulak nak snap gmbr mcm tu..comel sangat!
ReplyDeletesalam nadz..bebola coklat urai mmg digilai kanak2..tumpang sekali mak & bapak nya..hehehe
ReplyDeletedh start ujan ke naz..dah musim dia kan,nak buat cammana naz....comel2 la coklat urai tu..mesti bebudak suka sgt ni
ReplyDeletecantik sgt tu...sah2 le anak2 suka kan..mak pun suka..
ReplyDeletepesal la rajin betol si naz neh...siap kalerful bagai tuh...mmg bdk2 suka la kalau gini kan...
ReplyDeleteAssaalam Naz, cute eh bebola coklat nih...kanak2 riang mesti suka... Kat rumah akak, mesti remaja2 riang suka gak...hehehe
ReplyDeleteAslmkum Naz..
ReplyDeletetomei2 bebola coklat urai pelbagai warna tu... memikat hati kanak-kanak.teringin nak buat tp kat sini tak da jual coklat urai....stok bawa dah habis ...yg tinggal warna choc saja. lauk asam rebus Naz kat bawah tu memikat selera betul dg tempoyak...
re; anak2 itulah kalau nampak makanan yg lain sikit....akan tanya dulu baru nak mkn...
Naz..dtg lagi he..he, naz..bake cheesecake sebenarnya tak susah la naz, kalau ada blender besar lg senang, masukkan sume dlm blender..blend sebati....dh boleh bakar, cuba la naz, buat yg mana2 simple dulu..
ReplyDeleteanak ita tak leh tgk ni nant dia minta buat.. hihi diorang suka coklat2 ni..:)
ReplyDeletecomeinyaaa.. yg ada gmbr katun tuuu hehehe nak pinjam leh takkk>.? kak ilah tidoqqq berteman kan 3 ekor bear.. ngalahkan anak2...kdg2 kak berbual dgn bear2 tu..kekekee anak2 tergelak jer tgok gelagat mama
ReplyDeletesyhhhh.. sekut raya lepas masih ada lagi huhuuuuu tak hbis lagi
Salam kak Naz,
ReplyDeleteRajinnye akak buat coklat mini ni..kuih raya ke kak? hehehe.... comel2 je duduk dlm bekas bear tu. :)
Lama juga akak kat Perth ya… mesti rindu kehidupan kat sana kan… nanti ada peluang, boleh pergi lagi melawat kawan2 :)
Boleh tau x bebola ne tahan berapa lama kalu dkt luar?
ReplyDeleteBoleh tau x bebola ne tahan berapa lama kalu dkt luar?
ReplyDelete