Thursday, 25 July 2013

BISKUT SUJI KRISTAL (CRYSTAL SUJI COOKIES)


Assallamualaikum SWT dan salam sejahtera.

Buat biskut ni semalam. Buat pun satu adunan je pun. Sakit-sakit pinggang dan lenguh-lenguh bahu menggentel adunan biskut ni. Anakanda Maisarah Hani menunggu je bila biskut ni boleh dimakan. Maklumlah, ada kaler-kaler pada biskut ni kan.

Biasa Nadz buat biskut suji menggunakan resepi kak Hanieliza ni. Tapi kali ni saja nak cuba resepi yang lain pula. Resepi kali ini merupakan resepi daripada chef Asma tapi Nadz dapatkannya daripada blog Bdria. 

Bezanya resepi ini daripada resepi yang biasa Nadz guna dulu ialah di dalam resepi kali ini ada dimasukkan serbuk badam di dalam adunan dan juga agen penaik iaitu baking soda serta baking powder.


BISKUT SUJI KRISTAL
RECIPE BY : Chef Asma (Buku Festive Cookies, 2007)
SOURCE : Jurnal resepi bdaria
TRIED BY : Nadz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahannya:- 


Bahan A (diayak bersama) 
  • 250gm tepung gandum 
  • 1 sudu teh serbuk penaik 
  • 1 sudu teh baking soda 

Bahan B 
  • 125gm gula aising 
  • 1/8 sudu teh garam 
  • 100gm badam kisar (panggang terlebih dahulu) 
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 
  • 200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan) (Nadz cuma guna 150gm dan tak cairkan pun minyak sapi ni)
Pewarna: 
  • Pewarna pink, hijau dan kuning 

Hiasan: 
  • Gula kaster 

Cara-caranya:- 
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh 
2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya. 
3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10gm setiap doh. 
4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. 
5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit. 
6. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor.


Nadz sediakan cookies ni tak ikut cara-cara di atas. Nadz buat seperti di bawah :

  1. Satukan semua bahan A dan bahan B kecuali minyak sapi. Gaul rata. Guna tangan je.
  2. Kemudian masukkan minyak sapi dan uli sebati. Minyak sapi ni Nadz tak cairkan pun seperti dalam resepi asal.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
  4. Cubit sedikit setiap bahagian doh yang bewarna, satukan dan bulut-bulatkan. Buat hingga habis dan susun di dalam loyang pembakar. Nadz buat bebola-bebola menjadi sebesar duit syiling 10 sen sebab biskut ni mengembang.
  5. Bakar pada suhu 150-160C selama 15-20 minit.
  6. Setelah sejuk, golek-golekkan bebola-bebola di dalam gula kastor. Masukkan ke dalam cawan kertas sekiranya suka.

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, 21 July 2013

SWEDISH MEATBALL ala IKEA



Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Tiba-tiba macam ada kerajinan pula untuk mengupdate blog ye..heheee.. Okey, rajin pun tak lah rajin sangat. Disebabkan tak berapa rajin tu, makan dipendekkan sessi membebel-bebel. 

Resepi SWEDISH MEATBALL ala IKEA ni rasanya memang dah terkenal lama dulu. Nadz je yang tak ada kerajinan nak membuatnya. Dulu Nadz pernah makan Sweedish Meatball original di IKEA ni masa keluar bersama SIL. Waktu tu Nadz tinggal di rumah SIL sebab bertugas di Bukit Jalil. Then, baru-baru ni ada sekali tu ikut encik hubby outstation ke KL. Anak-anak pun ikut sekali. Kebetulan adik ipar(belah suami) yang sama-sama tinggal di Kelantan tu pun ada di KL juga masa tu. Shopping barang-barang hantaran kahwin dengan tunangnya. Dia ajak kami makan Swedish Meatball ni di IKEA. Tak sangka pula anak-anak suka sangat dengan meatball ni. Jadi disebabkan dah ada peminat menu ni, Nadz pun buatlah sendiri bila dah kembali ke rumah. So, resepi yang dah lama famous ni, Nadz tepeklah ke dalam blog ini pula. Cara penulisan resepi Nadz ubah suai sedikit untuk pemahaman Nadz sendiri.

SWEDISH MEATBALL ala IKEA
RECIPE BY : Faa Rosli

Bahan-bahan :

  • Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak atas api sederhana. Pastikan selalu dibalik-balikkan agar tidak hangus (Nadz guna jenama FUSIPIM sebab ini saja yang dijumpai)
  • Fries aka kentang goreng secukupnya.
  • 1 sudu besar jem strawberry/ blueberry/ mixed fruit

Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 sudu besar butter (I used marjerin)
  • 1 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji bawang besar - didadu kecil
  • 2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
  • 1 1/2 cawan air sejuk
  • 100 ml susu segar ATAU susu cair
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu sos lada hitam ATAU serbuk lada hitam 
  • 1 kiub pati ayam (I used only 1/2 kiub pati ayam)
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 kiub pati daging ATAU serbuk gravy segera (I used only 1/2 kiub pati daging)

Cara penyediaan :
  1. Cairkan butter menggunakan api perlahan. Tumis bawang hingga layu dan warna kecoklatan tapi jangan sampai garing.
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit kecoklatan dan masukkan tomato. Biar hingga tomato layu.
  3. Masukkan air sejuk, susu segar. sos tomato, soso tiram, kicap manis, soso lada hitam, kiub pati ayam, gula dan kiub pati daging. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Sentiasa kacau agar tidak berketul. Perasakan garam (Nadz tak letak langsung garam sebab dengan kiub pati ayam dan daging tu pun dah masin). Dapatkan kepekatan kuah mengikut keinginan. Kalau terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair boleh tambah sedikit air tepung jagung (actually masa makan di IKEA tu, gravynya tak likat pun, so Nadz tak tambah apa-apa pun). 
  5. Bila dah puas hati dengan rasanya, tutup api. Kisar gravy tadi hingga halus dan tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Tutup api dan bolehlah dicurahkan ke atas meatball beserta fries dan jem strawberry yang dihidangkan bersama.
Nadz letak jem strawberry di dalam pinggan tu. Yang ini untuk Husna. Kami yang lain makan dengan gravy dan sos cili.

SELAMAT MANCUBA!

Friday, 19 July 2013

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Assallamualakum WBT dan salam sejahtera.

Dah masuk hari ke 10 kita berpusa di bulan Ramadhan tahun ini. Syukur Alhamdulillah masih mampu mengerjakan ibadat ini tanpa sebarang masalah setakat ini. Cuma memang "bloating" saja tak kira siang dan malam hari. Bukan sebab kelaparan tapi memang Nadz kalau preggy, teruk juga "bloating" nya. Ingatkan hanya di trimester pertama je seperti kebiasaan tapi kali ni nampaknya dah masuk trimester ke 3 pun masih lagi "blooting". Kalau termakan makanan yang berangin, aduhhhh...lagilah tak henti-henti angin sendawa keluar. Kadang-kadang rasa macam nak termuntah pun ada juga.

Mood mengupdate resepi ke dalam blog pun semakin merundum. Dengan badan yang semakin berat dan perut yang semakin ke depan, memang malas sangat nak bertenggek depan lappy lama-lama. Anyway, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang masih sudi menjengah blog usangku ini..huhuuu..

Okey, kali ni disebabkan tiba-tiba datang kerajinan, Nadz nak kongsikan resepi PUDING KARAMEL TANPA TELUR yang dikira agak terkenal juga satu ketika dulu. Orang lain dah lama buat. Nadz je yang baru mencubanya.

Tekstur puding. Halus mulus jer kan..

PUDING KARAMEL TANPA TELUR
ORIGINAL RECIPE BY : firasyira@myResipi 

Bahan-Bahan A (Gula Hangus):
  • 2 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan B (Puding):
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 3 sb tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla


Cara-cara:
  1. Mula-mula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat,tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. (Nadz tak tunggu adunan likat pun. Bila menggelegak, Nadz kacau lagi dalam 2-3 minit dan terus tutup api sebab adunan memang tak akan likat. Cair je sebab penggunaan tepung kastad di dalam resepi sikit saja. Berpeluh seluruh badan nak tunggu adunan tu likat nanti..hehehee..)
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
p/s: Terima kasih pada kak Lina pg atas tunjuk ajar untuk menyediakan puding ni. 

NOTA NADZ :
  • Puding ni tak berapa manis. Kalau sesiapa yang suka manis-mainis tu, bolehlah adjust lagi kuantiti gula di dalam resepi atau mungkin boleh buat karamelnya tu lebih lagi daripada di dalam resepi. 
  • Tekstur puding ni memang licin dan halus mulus saja. 
  • Rasanya tentulah ada sedikit kelainan daripada puding karamel yang biasa menggunakan telur di dalam penyediaannya. Nak tau apa kelainannya??? Haa..cubalah buat sendiri..heheheee..
Nadz guna loyang 8".

SELAMAT MENCUBA!