Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, tempahan dari kak Sakinah (ex-boss Nadz masa kerja di USM). Kak Kinah ada title "Doktor" sebenarnya tapi since Nadz dah tak kerja di USM, dia cuma bahasakan dirinya kak Kinah saja. Very humble person dan baik hati. Lembut je orangnya.
Kak Kinah merupakan regular customer Nadz sebenarnya. Beberapa kali juga dah kak Kinah menempah makanan home made dari Nadz. Paling acap kali ditempah adalah Red velvet cuppies.
Tempahan kali ini adalah untuk jamuan "Hi-Tea" di USM yang dikelolakan dan dikendalikan oleh beliau. Tema jamuan adalah western food yang disesuaikan untuk minum petang.
So berikut adalah tempahan kak Kinah.
50 pcs red velvet cupcakes bersaiz S.
Untuk resepi boleh rujuk di SINI.
50 pcs fresh fruit tart
(yang di atas ni belum cukup 50 pcs..ambil gambar dulu baru packing semuanya..heheee..)
Untuk resepi boleh rujuk di SINI.
2 biji apple pie bersaiz 9".
Untuk resepi boleh rujuk di SINI.
Trima kasih kak Sakinah atas kesemua tempahan dan juga atas kesanggupan untuk collect sendiri semua tempahan di teratak Nadz. Harap segala tempahan memuaskan hati ye!
UNTUK KAWAN-KAWAN SEMUA, SELAMAT MENJAMU MATA!
salam, nampak menarik and sedap sangat... jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa produk shaklee
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletewah, bestnya tengok macam2 tempahan..paling suka dengan rvc tu..sedap..semoga bisnes bertambah maju ya.
aslmkum naz, smga bertambah2 rezeki naz berniaga.. jgn lupa jaga diri juga baby tu.. akk doakan yg terbaik utk naz.. sedapnya tgok pai epal tu
ReplyDeleteSalam Nadz..bisness sudah bagus ni.
ReplyDeleteAssalam naz
ReplyDeletemeriah tu tempahan Naz
sedap2 belaka
paling best pai epal yumm