Tuesday, 24 July 2012

SAMBAL GORENG TEMPOYAK IKAN BILIS


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret resepi di blog yang suam-suam kuku ini..hehehee..

Kali ini Naz nak masukkan resepi yang memang menjadi kegemaran Naz. Sambal goreng tempoyak ikan bilis ini memang selalu mak Naz buat kalau ada stok tempoyak. Dari kecil lagi Naz dah biasa makan sambal ni. Ayah dan adik-beradik yang lain pun memang gemar sangat sambal goreng tempoyak ni. Buat pedas-pedas sampai berdesing telinga masa makan lagi best! Tapi siapa yang nak buat, adjust lah ikut tahap kepedasan masing-masing yer. Nanti ada yang berlari-lari keesokan hari tak sempat-sempat nak pergi toilet..heheheeee...


Mak Naz kalau masak sambal tempoyak ni, tak ada resepi standard pun. Air tangan seorang ibu kan. Main campak-campak pun, sedap sampai rasa tak cukup. Jadi resepi ni Naz cuba olah sendiri supaya ada asas cara membuatnya. Memang senang sangat pun. 

SAMBAL GORENG TEMPOYAK IKAN BILIS

Bahan-bahan:
  • 1-2 genggam ikan bilis
  • 3 biji cili merah
  • 1-2 genggam cili padi (boleh adjust ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3-5 sudu besar tempoyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak 
Cara-cara:
  1. Basuh ikan bilis dan toskan. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama cili merah dan cili padi.
  3. Panaskan sedikit minyak bekas menggoreng ikan bilis tadi. Tumis bahan tumbuk hingga betul-betul garing. Masukkan bawang besar yang dimayang. Goreng hingga layu sambil mengacau sambal agar tidak hangit.
  4. Masukkan tempoyak dan gaul rata. Rasakan garam dan gulanya. Bila telah sebati matikan api dapur.
  5. Tunggu hingga sambal suam atau sejuk baru masukkan ikan bilis dan gaul rata. Tujuan masukkan ikan bilis apabila sambal telah sejuk ialah untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis di dalam sambal. Kalau digaul semasa sambal masih panas, ikan bilis akan lemau.
  6. Nikmati dengan nasi panas. 

NOTA NAZ: 
  • Sambal goreng tempoyak ni memang sedap sangat kalau dibuat pedas-pedas. Biasanya Naz memang suka sambal yang betul-betul kawww!! Jadi ikutlah lidah masing-masing ye.
  • Bahan-bahan di atas tu hanya sebagai garis panduan saja. Boleh saja diubah suai supaya menjadi lebih sedap mengikut selera masing-masing.
  • Kalau gantikan ikan bilis dengan udang pun sedap.
SELAMAT MENCUBA!

Monday, 23 July 2012

AYAM SERI HARUM


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semua rakan-rakan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan apa jua aktiviti di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Rasa macam ketandusan idea untuk membebel panjang-panjang. Jadi terus saja info tentang lauk Ayam Seri Harum ni ye.

Resepi Naz ambil dari dapur cyber kak Nor Secubit Garam. Cuma Naz buat lauk ni sedikit basah dan berkuah sebab orang dalam rumah Naz ni suka makan nasi dengan kuah yang banyak. Biar banjir...heheheee..

Naz kongsikan di sini pula ye kak Nor resepi ni. Best! Rasa ala-ala rendang ayam sikit kata mak Naz yang makan lauk ni masa Naz membuatnya. Ok, jom check resepinya..

AYAM SERI HARUM
Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~
2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1in halia*
1 in kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
garam dan gula
1/2 kiub pati ayam
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
Masukkan santan, air dan asam keping.
Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.


 SELAMAT MENCUBA!

Sunday, 22 July 2012

SALAM RAMADHAN 1433 HIJRAH


ASSALLAMUALAIKUM BUAT RAKAN-RAKAN DAN PENGUNJUNG-PENGUNJUNG SEMUA.
SALAM RAMADHAN DARI NAZ DI CUTE OVEN, SMALL KITCHEN.
SEMOGA KITA SEMUA DIBERI KEUPAYAAN UNTUK BERIBADAH DENGAN TENANG
DI BULAN RAMADHAN YANG PENUH BERKAT INI. 

MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP NAZ SEPANJANG KITA BERSAHABAT DI ALAM MAYA INI. SEMOGA KITA SAMA-SAMA BEROLEH KEBERKATAN DARI ALLAH SWT HENDAKNYA, INSYALLAH..

Wednesday, 11 July 2012

RED VELVET CAKE (Maya) & CHOCOLATE GANACHE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semua sahabat berada dalam limpah kurnia Allah SWT hendaknya dan semoga diberi kesihatan yang baik..Insyallah.

Seperti biasa, waktu dan masa memang amat mencemburui kita. Jadi Naz buat entry yang ringkas je ni.  Memang tak boleh berlama-lama di depan komputer. Banyak urusan lain yang memerlukan perhatian ni.

Si baldu merah yang menjadi sebutan ramai dibuat untuk kesekian kalinya. Kali ini Naz cuba resepi dari blog kak Ayu(Curlibabe's Satisfaction). Menurut kak Ayu, resepi asal diperolehi daripada Maya. Terima kasih kepada keduanya kerana berkongsi resepi yang marvelous ini. 


Naz salin resepi kek ini dari blog Anna Qawina. Lagi pun Anna yang mencadangkan untuk mencuba kek baldu merah resepi ini. Jadi seperti biasa, untuk melihat hasil daripada blogger yang Naz sebutkan tadi, silalah klik pada link yang disertakan pada resepi di bawah yer. Resepi yang Naz tuliskan dibawah, telah Naz olah sedikit penyampaiannya untuk pemahaman Naz sendiri di lain masa.

RED VELVET CAKE (Maya)

Bahan-bahan :
(A)
  • 1 2/3 cawan tepung naik sendiri 
  • 2 Tbsp serbuk koko
  • 1/2 tsp baking soda
  • 110 gm mentega (Naz guna 125 gm)
  • 1 cawan gula halus

(B)
  • 2 biji telur besar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 cawan buttermilk (substitute: 1/2 cawan susu segar + 1/2 Tbsp cuka, biarkan hingga 15-20 min.  Gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini) 
(C)
  • 1 tsp cuka
  • 1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 tsp pewarna merah gel

Cara-cara:
  1. Pukul  mentega dan gula hingga berkrim
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Masukkan esen vanila
  4. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak, bersama susu dan buttermilk bergilir-gilir bermula dan berakhir dengan bahan kering.
  5. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata
  6. Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40 min pada suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing-masing hingga masak
  7. Biarkan sejuk. Lepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..


RESEPI CREAM CHEESE (**Naz buat 2 adunan utk salut kek 8")
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
  • 250 gm cream cheese
  • 30 gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100 gm gula ising

Cara-cara :
  • Pukul cream cheese bersama mentega sehingga kembang
  • Masukkan gula icing & pukul lagi sehingga gebu.
  • Kemudian masukkan semua bahan2 lain, sebatikan.

Bahagian atas kek dicurahkan dengan chocolate ganache..Nyumm...


RESEPI COKLAT GANACHE
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
SOURCES: Anna Qawina, Mat Gebu

  • 200 gm coklat masakan  
  • 100 ml susu cair ATAU 150 ml whipp. cream 
  • 1tsp butter


Cara-cara : 

  1. Doubler boiler susu ATAU whipping cream bersama coklat masakan.
  2. Dah agak mencair coklat tu tutup api sambil terus mengacau hingga larut semua coklat.
  3. Masukkan butter, kacau sebati.
  4. Biarkan seketika baru digunakan. 


SELAMAT MENCUBA!

Monday, 2 July 2012

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE (allrecipes)


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Harap semua kawan-kawan semua dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Semoga setiap hari yang kita tempuhi menjadi hari yang lebih baik daripada hari sebelumnya.


Kek ni, Naz buat untuk dibawa sebagai buah tangan ke jamuan di rumah seorang member ni. So kebetulan menu jamuan memang tak ada hidangan dessert lain selain buah. Jadi memang tepatlah gerak hati I nak bawa kek ni kan. Naz bawa kek ni bersama puding koktail berkuah. Memang sekejap jer licin kek ni. Semua pun amat berpuas hati dengan kek ni yang ala-ala di kedai Secret Recipe kata mereka (*I tak tau rasa kek dari kedai Secret Recipe tu sebab tak pernah cuba).

Terpandang resepi kek ni dari blog Anna Qawina. Kemudian tengok pula dari blog kak Wattie. Google di internet mencari asal resepi ni dan jumpa. Baca pula komen-komen dari orang yang dah mencuba kek ni, semuanya mengujakan. So, mesti tak rugi kalau dicuba nampaknya.

Di bahagian atas kek,  Naz taburkan chocolate rice. Di bahagian tengah tu adalah blueberry filling.
Memang kek yang sungguh sedap. Satu adunan ni, menghasilkan adunan kek yang memang banyak. Dapatlah dibakar dalam loyang bersaiz 9 inci. Kaknya pula amat gebu dan sangat lembut. Macam kek span coklat pula.

Jadi Naz kongsikan di sini pula resepinya.

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE

Ingredients :
1 cup margarine
1 3/4 cup sugar
3 eggs
2 1/2 cups multi-purpose flour
6 tblspn unsweetend cocoa powder
1 1/2 teaspn baking soda
1 1/2 cup fresh milk
1 1/2 teaspn vanilla essence
1 teaspn salt

Instructions :
1. Preheat oven to 175 Deg Cel.
2. Grease and line 9x13" pan.
3. Sift together flour, baking soda, cocoa powder and salt.
4. Cream together margarine and sugar until light and fluffy.
5. Beat in eggs one at a time, then stir in vanilla.
6. Beat in flour alternately with milk, mixing just until incorporated.
7. Pour batter into pan and bake for 40-45 mins. Allow to cool on a wire rack. Garnish as desired.


Antara lapisan kek, Naz sapukan buttercream dan pancitkan blueberry filling.

Kek ini Naz hiaskan dengan krim mentega yang diambil resepinya dari dapur cyber kak Nor. Untuk lapisan tengahnya, Naz sapukan krim mentega coklat dan kemudian paipkan filling blueberry di atasnya. 

Kak Nor, Naz simpan dalam blog ni pula yer resepi krim mentega akak ni. Memang sedap!

RESEPI KRIM MENTEGA/ BUTTERCREAM
SOURCE: Anna Qawina

Bahan-bahan: ~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek
250gm butter
75gm shortening
125gm gula icing
1 sudu kecil vanila

Cara penyediaan:
Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada.
Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
Boleh la digunakan utk mendeco.

*Kalau utk membentuk roses/swirl dll
gula boleh ditambah hingga sukatan menjadi 200gm atau lebih
lebih banyak gula digunakan lebih kental BC yg dihasilkan.

* Kalau nak buat chocolate/ganache buttercream:
(tambahkan kedalam adunan buttercream yg basic tadi)

100gm cooking chocolate

cairkan secara double boil dan sejukkan sebentar.
Masukkan dlm step terakhir bila adunan BC dah cukup kembang.
Pukul hingga sebati lebih kurang 3 - 5 min.


Tip2 dlm membuat BC:
1. gula icing hendaklah diayak 2 - 3 kali utk mendapatkan gula yg betul2 halus supaya tekstur BC kita halus dan cantik
2. kaedah memukul/beat BC - jgn guna kelajuan tinggi, biarlah dlm kelajuan sederhana supaya BC kita kembang dgn elok dan sekata
3. utk mendapatkan BC yg lebih kental, tambahkan sukatan gula dlm adunan.
4. penggunaan shortening dlm adunan membuatkan BC kita lebih putih dr menggunakan butter secara keseluruhannya.
5. Suhu persekitaran boleh memberi kesan gak pd BC kita. Kalau cuaca panas sgt boleh menyebabkan BC kita mudah menjadi cair.

Tepi-tepi kek ni, Naz paipkan dengan filling blueberry.. Nyumm...


SELAMAT MENCUBA!