ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Semoga semua rakan-rakan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan apa jua aktiviti di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Rasa macam ketandusan idea untuk membebel panjang-panjang. Jadi terus saja info tentang lauk Ayam Seri Harum ni ye.
Resepi Naz ambil dari dapur cyber kak Nor Secubit Garam. Cuma Naz buat lauk ni sedikit basah dan berkuah sebab orang dalam rumah Naz ni suka makan nasi dengan kuah yang banyak. Biar banjir...heheheee..
Naz kongsikan di sini pula ye kak Nor resepi ni. Best! Rasa ala-ala rendang ayam sikit kata mak Naz yang makan lauk ni masa Naz membuatnya. Ok, jom check resepinya..
AYAM SERI HARUM
RECIPE BY: Kak Nor Secubit Garam
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~
2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1in halia*
1 in kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
garam dan gula
1/2 kiub pati ayam
minyak
Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
Masukkan santan, air dan asam keping.
Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.
SELAMAT MENCUBA!
salam nadz..
ReplyDeletebln3 puasa ni mmg nak kena cari menu ayam lebih sikit utk dimasak sbb anak2 lebih suka ayam dr ikan.. saja la nak galakkan dorang tu berpuasa jd kenalah ikut selera anak2 juga kan.. hee...
slmt berpuasa nadz...
Salam Ramadan, Naz. Ayam tu guna 3/4 jer ya?? Lagi 1/4 bagi aku Naz, aku nak buat sambal.. hehe..
ReplyDeleteNi sedap buat berbuka, kalau aku pun suka buat basah2 macam ni, banjirrrr!!
salam kak naz... sama laa kita.. makan nasik kuah mesti banjirrr.. hihi...
ReplyDeletetq nazzz :)
ReplyDeletesalam kak naz..terasa2 sampai ke PD haruman ayam sri harum neh..sodap sgt nampak nye tu :)
ReplyDeleteselamat berpuasa kak naz :)