Friday, 5 August 2011

KUIH KETAYAP aka KUIH DADAR


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hai.. bulan puasa ni, bila berbuka, kuih-muih yang manis macam ni kurang nampaknya mendapat sambutan di rumah ni. Bila berbuka je, anak-anak memang terkam air dululah. Kemudian makan buah kurma. Lepas tu sembahyang maghrib dulu dan kemudiannya makan nasi. So lepas ni rasanya macam malas jer nak buat kuih-muih yang manis-manis macam ni. Ye la.. Tak pasal-pasal ummi dia orang yang nak kena habiskan. Kalau tiap-tiap hari macam ni, takut la Naz nak naik atas penimbang berat badan tu di akhir puasa nanti. Silap-silap jarum tu bukan tunjuk pada angka yang makin kecik dari di awal puasa tapi tunjuk angka yang lebih besar pulak. Oh! Tidakkkkk... Ha! Baju raya pulak, silap-silap nanti sendat bila dipakai. Oh! No..no..no... Tidak mau itu berlaku! I tak rela!!!

Ini kuih di awal puasa hari tu. Baru nak masukkan entry. Bulan puasa ni rasanya macam sedikit kemalasan nak buka lappy. Siang hari, macam-macam urusan. Dengan si kecil Hani yang dah mula berjalan tu, lagi tak boleh nak duduk-duduk saja. Mana taknya. Hani dah boleh berjalan sendiri tapi dia lebih suka tawaf satu rumah ni berulang kali dengan memegang tangan Naz. Jadi ummi dia kenalah ikut sekali tawaf di dalam rumah ni. Malam hari pula, selagi anakanda Hani tu tak tidur, jangan haraplah dapat mengadap lappy. Bila Naz duduk depan lappy je, dia akan datang merengek-rengek suruh layan dia. Kalau diangkat dan letak di atas riba sambil mengadap lappy, haiiii....jawabnya tak jadi kerja la. Dia pun sibuk jugak nak guna mouse dan tekan-tekan papan kekunci ni. Bila anak-anak dah tidur, mata pula dah semakin berat dan layu minta beradu. Nampak gayanya makin slowlah nak update blog di bulan Ramadhan ni.

KUIH KETAYAP
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan kulit :
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
Beberapa titis pewarna hijau
Secubit garam

Cara :
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar hingga sebati. Insyallah tak berketul-ketul... Kalau berketul-ketul juga, tapislah ye.
2. Panaskan kuali non stick.
3. Ambil sesenduk adunan dan tuang ke dalam kuali. Ratakan supaya kulitnya tidak terlalu tebal.
4. Apabila masak, angkat dari kuali. Buat sehingga semua adunan habis digunakan.
5. Letak sedikit inti ke atas kepingan kulit kuih, dan gulung dengan kemas. Buat hingga selesai. Siap untuk dimakan..


INTI KELAPA
Bahan-bahan 
:
3 cawan kelapa parut muda
3/4 cawan gula merah
Secubit garam
Gula pasir(tambahan sekiranya kurang manis)
1/2 cawan air
2 helai daun pandan(disimpul)

Cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali dan masak di atas api sederhana sehingga sebati dan kelihatan kering sedikit. Bab kering ni ikut masing-masing punya kehendak ye sebab ada orang yang suka inti kebasahan sikit dan ada orang yang suka inti kering.. So ikut tekak masing-masing..

14 comments:

  1. kuih peberet daniel ni..
    lama dah mas tak buat..
    sedappnya tengokkk...

    ReplyDelete
  2. baru makan kueh ni semalam..tapi akak beli aje..hehe

    ReplyDelete
  3. Mas,
    kuih ni paberet Haris dan Husna jugak sebenarnya tp bulan puasa ni dia orang tak makan bnyk pun.. Sorang satu gulung tu jer.. Last2 akak gak yg kena perabis..tak baik membazir kan..

    ReplyDelete
  4. Kak Anim,
    Kak, Naz rasa lepas ni kalau teringin nak makan kuih muih ni, nak boli jo lah.. Kalau buat w/pun dah kurangkan sukatan dpt bnyk gak. Anak2 naz tak makan sangat kuih-muih bila berbuka.. Dia org lebih suka makan nasi..

    ReplyDelete
  5. salam ..

    mama zr mmg suke wat kuih ni.. selalu jgk ler makan, tp weols anak2 ni xpenah wat huhuhu

    * salam kenalan dr fazilzurakil

    ReplyDelete
  6. lama dah tak makan kuih ni.. dulu eringat bais sukee sangat kuih ni. berbaloi maknya membuat.. hehe..

    saya lak lain kak, kena ada jugak kuih.. kadang2 makan kuih je.. makan nasi time sahur.. tapi yela.. melayan selera org tua2 je.. anak2 tak beso lagi. kot jadi macam akak nanti pulak kan.. hehee..

    amboii haniii nak tawaf ngan ummi jugak.. kiki

    ReplyDelete
  7. fazilzura,
    Salam kenal juga dari Naz ker kak Naz..hehehe.. Anak2 mmg suka kuih ni tp bila bulan puasa ni, berbuka dia orang tak berapa nak sangat..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Izah,
    Wah best ler hari2 buat kuih dan abis..Tak la membazir.. Oooo.lupa lak anak2 awak tecik lagikan..Tak puasa lagikan.. Patut la nak terkam kuih jer hehehe..
    Hari2 tawaf dlm rumah ni Izah dipaksa oleh Hani...hihihii

    ReplyDelete
  9. wah, xtau dh berapa lama x makan kuih ketayap nih.. kalau mama xwat, mmg x merasa laa nih. susah la nk cari kelapa parut muda tu. santan pun biasa tun guna santan kotak je.

    ReplyDelete
  10. Salam kak naz,
    ehehe...tersama lah kite. kalau dok mengadap lappy, mai la pembantu kecik nak main jugak.tekan sana tekan sini last kite bagi dia tengok kartun je. heheheh..
    selamat berbuka ye kak :)

    ReplyDelete
  11. salam kak naz.. ada merah ada hijau kuih akak ni.. sedap kalau makan berulang2

    ReplyDelete
  12. Tun telani,
    Tun, kak Naz pun kalau buat kuih muih dan puding selalu guna santan kotak jer..hehehe..

    ReplyDelete
  13. Ijan,
    Hahaha.. mmg samalah kita. Ada assistant kecik yang nak menambah kerja kita waktu mengadap lappy..hehehe..Tengok kartun kalau tangan diam tak pe. Anak kak Naz tu kalau tengok sambil menekan-nekan tangannya.. Ada jer yg nak disentuh:))

    ReplyDelete
  14. Juwita,
    Ita..kaler merah tu mmg mesti ada kalau buat kuih yang boleh diwarnakan ni. Untuk anak dara akak Husna tu.. Mmg dia akan request..

    ReplyDelete