Saturday, 6 August 2011

BAKED SANDWICH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Disebabkan kuih-muih yang manis-manis tidak mendapat tempat di hati anak-anak ketika bulan Ramadhan ni(sewaktu berbuka), jadi Naz cuba sediakan pengganti kuih-muih ni dengan sesuatu yang savoury. Nampaknya memang laku sangat berbanding dengan kuih-muih yang manis.

Baked sandwich ni untuk membuatnya memang cukup senang. Bahan-bahannya pun tak susah untuk disediakan. Kebetulan di rumah memang ada sebantal lagi roti sandwich yang baru dibeli. Rasa-rasanya kalau tak dibuat apa-apa transformasi, mau berkulat roti tu. Maklumlah......siapa pula la nak makan roti tu lepas berbuka puasa dan di kala perut masing-masing memang dah kekenyangan. Jadi kita projekkan roti ni menjadi BAKED SANDWICH.

Resepi ni asalnya dari fotopages kak Rinnchan. Kemudian Naz nampak pula baked sandwich ni di dapur cyber kak Madiha. Di dapur kak Nor dan Hasue pun ada. Ini antara dapur-dapur yang Naz terpandang. Rasanya ramai juga yang dah buat baked sandwich ni. Tutorial membuatnya Naz tengok dari blog HaSue.

BAKED SANDWICH
Sumber Resepi : HaSue

BAHAN KULIT/ CASING :
  • Roti gardenia secukupnya

BAHAN-BAHAN INTI :
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1/2 camca serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato (Naz tambah)
  • 200 gm - 300 gm isi ayam - dipotong halus (Naz guna 3 batang sosej yang dihiris-hiris)
  • 5 biji cendawan butang dlm tin - dipotong halus (Naz ganti dengan 1/4 batang carrot yang dihiris atau disagat halus)
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Keju secukupnya - boleh guna keju parut atau slice cheese
Kaedah penyediaan inti :
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan lada hitam.
  2. Masukkan ayam dan cendawan. Tumis hingga masak. Sekiranya perlu, masukkan sedikit air supaya ayam betul-betul masak.
  3. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kering.

CARA MENYEDIAKAN BAKED SANDWICH :
 

1. Gelek atau lenyek roti hingga nipis.

2.  Tekap roti dengan apa-apa acuan yang sesuai. 
(Sue, kak Naz guna cawan plastik biru juga..heheheehe..)

3. Buang tepi-tepi roti.

4. Masukkan roti ke dalam acuan seperti muffin tray atau petite tin.

5. Kemaskan roti di dalam acuan. Bakar di dalam oven hingga keperangan.
(Naz bakar pada suhu 200 C selama 10 minit)

6. Casing yang telah siap dibakar. Boleh keluarkan dari acuan.

7. Masukkan inti ke dalam setiap casing dan taburkan cheese.
Bakar semula di dalam oven sekadar mencairkan cheese.

8. Boleh drizzle dengan mayonis dan sos cili atau boleh dimakan begitu sahaja.
Seeloknya makan sewaktu panas-panas kerana roti masih rangup. Kalau dah 
dibiarkan lama, roti akan sedikit lemau tapi tetap enak dimakan.

Sedap sangat baked sandwich ni. Anak-anak suka sebab roti yang rangup tu. Untuk intinya, boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. 

SELAMAT MENCUBA!

10 comments:

  1. wow..menariknya & senang!! mesti cuba nanti coz sangat menyelerakan ;-)

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Naz,
    memang menarik idea ni.. tak pernah terfikir pulak... :)

    ReplyDelete
  3. Ringkas...mudah dan sedappp..:)

    ReplyDelete
  4. suke je nak membuat baked sandiwsh ni, tunggu anak2 suke makan gini dul. ekarang ni diorgg kureng sikit makan gini.. pantang ada sos ke mesti kata pedas.. haiishh.. hehee

    ReplyDelete
  5. sedap buat camni naz.. klau kt umah akk sorang 3 biji pun tak cukup agaknya..

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum Naz, kuih ketayap ada lagi tak...hi..hi.berangan nak buat kuih ketayap dak terbuat2..
    bulan posa ni roti tak laku...mmg idea yg bagus buat baked sandwich. pernah buat sekali dulu tp anak2 tak suka sgt ..dah malas nak buat lagi tp sedap bila baru keluar oven tu.
    re; skrg musim panas...siang pjg, subuh awal 3.40 dan berbuka 6.40.nasib baik cuti sek..anak2 dok rumah.kalau keluar mmg terasa panas..
    kat sini rosemarry jual yg debu...boleh beli timbang murah jugak harganya.kalau msia jual dlm botol kecil.

    ReplyDelete
  7. sedapnyer!! ni antara resepi yg blom wat.. susah nk dpt roti yg best kt sini. huhu.. bila wat roti putih, mmg cepat je habis, xsempat nk wat kuih2.

    ReplyDelete
  8. sedap,mgenyangkan!nmpaknya kena bt ni sblm roti xpired..:)

    ReplyDelete
  9. resepi ni senang, saya cuba dan jadi :) tak payah nak buat "cup" untuk letak bahan-bahan tu .. hehe

    terima kasih kongsi resepi,


    MOHON NAK KONGSI RESEPI DI BLOG SAYA .

    ^_^

    oh ye ! blog ini saya REVIEW.
    sila lah datang :)

    http://nurmaira95.blogspot.com/2013/04/review-blog-masakan-mantop-two-thumbsup.html

    ReplyDelete
  10. blog kak Naz di-review di sini :)

    http://nurmaira95.blogspot.com/2013/04/review-blog-masakan-mantop-two-thumbsup.html

    ReplyDelete