SILA KLIK PADA KERATAN AKHBAR UNTUK IMEJ YANG LEBIH BESAR DAN MUDAH DIBACA. |
Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Perihal butter Golden Churn ni rasanya dah berbulan-bulan diperkatakan. Mula-mula dulu dikatakan tidak halal. Kemudian baru-baru ni, ada pula mengatakannya halal.
Jadi ini berita terkini dari JAKIM dan juga JAIS yang telah sepakat melebelkan butter Golden Churn dari New Zealand tidak halal setelah penyelidikan dibuat ke atas butter tersebut. Untuk lebih puas hati sila klik pada keratan akhbar di atas untuk membacanya sendiri. Harap kawan-kawan dapat sampai-sampaikan tentang perkara ini kepada rakan-rakan seagama kita kerana perkara halal dan haram ni memang tak boleh dibuat main lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan makanan yang akan menjadi darah dan daging kita.
Kepada yang tak pernah menggunakan butter ini, Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Illahi. Kepada yang pernah menggunakannya tanpa mengetahui status butter ini dulu, haruslah bertaubat atas kesilapan lalu dan bersyukur atas maklumat terkini ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri.
Salam ramadhan kak,
ReplyDeleteTerima kasih atas khabar trbaru.
Naz, selamat berpuasa n tq soooo much for sharing the latest info... kalau dulu info yg flip flop kini dah sah n nyata. nasib baik x pernah guna butter ni!
ReplyDeleteAssalamualaikum Naz,
ReplyDeleteselamat menjalankan ibadah puasa dan berbuka apa nanti, Naz??
Kejap halal kejap tidak. boleh buat main2 ke perkara ini? Kalau was was, tak payah gunalah kan?
ReplyDeletekak naz.. tu laa.. butter pun blh ada DNA babi.. pelik betul.. nasib baik laa butter ni teramat mahal smp tun xsanggup nk beli. huhu
ReplyDeletehargany pun blh tahan jg..:)
ReplyDeletesya pon x pernah guna butter brand ni...slalunya guna buttercup jer...
ReplyDeletehmmm..agaknya dah byk cik BAB* masuk dlm bdn kita tanpa kita sedar kan....
salam Naz..k.atie pon xpernah beli/guna golden churn ..
ReplyDeletesalam naz.. macam2 sekarang ni ye.. tapi kalau kat msia ita guna buttercup je...
ReplyDeleteApasal pergi letak benda haram tu, sungguh tak sangka...ingat semua butter tu halal. Terima kasih utk info ni...
ReplyDelete