Wednesday, 3 August 2011

AYAM GORENG KICAP


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Menu ringkas saja yang Naz sediakan. Lauk macam ni semua orang pun tau membuatnya. Sempena bulan puasa ni, lauk-pauk yang Naz masak kebanyakannya lebih mengikut selera anak-anak. Sebabnya supaya mereka makan dengan berselera bila berbuka nanti. Lebih-lebih lagi untuk Husna yang baru belajar berpuasa penuh. Untuk tekak Naz dan hubby, apa-apa pun kami tak kisah. Haiii.. Nasib baik dapat suami yang tak cerewet bab makan ni..hehehe.. Sonang kojo den..

Di rumah Naz kalau masak lauk kicap, kuahnya Naz buat banyak sebab anak-anak suka membasahkan nasi mereka dengan kuah kicap ni. Teringat dulu-dulu kalau mak Naz sendiri masak lauk kicap, biasanya kuah sedikit saja. Jadi ikutlah selera masing-masing. Kalau suka yang kering lauknya, jangan letak air banyak-banyak.

Walaupun resepi ni dikategorikan sebagai ringkas, Naz letak juga resepinya untuk rujukan anak-anak Naz sendiri bila mula belajar memasak nanti.

AYAM GORENG KICAP
Resepi oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 2 biji kentang - dikupas dan dihiris
  • 1 labu bawang besar - dimayang*
  • 3 ulas bawang merah - dimayang*
  • 3 ulas bawang putih - dimayang*
  • 1 inci halia - dihiris memanjang*
  • 1 inci kulit kayu manis (tak letak pun tak apa)*
  • 1 batang cili merah - dihiris
  • Beberapa titis cuka atau sedikit air asam jawa
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • 1 cawan air
  • Garam sekiranya perlu 

Cara-cara :
  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Ketepikan.
  2. Goreng hirisan kentang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng ayam hingga masak sepenuhnya atau Naz selalu goreng 3/4 masak saja sebab tak nak ayam yang terlalu keras bila dah dimasak nanti.
  4. Tinggalkan sedikit minyak gorengan tadi dan tumis bahan-bahan bertanda * hingga layu dan naik bau.
  5. Masukkan kicap, cuka dan air. Biar hingga mendidih.
  6. Masukkan ayam goreng dan juga kentang goreng tadi. Biar seketika selama 2 minit di dalam kuah yang menggelegak itu supaya kalau ayam yang 3/4 masak semasa goreng tadi, masak sepenuhnya. Masukkan cili yang telah dihiris dan gaul rata. Rasakan masinnya. Tutup api.


SELAMAT MENCUBA!

7 comments:

  1. salam kak naz.. bagusnya husna boleh puasa habis.. anak ita belum boleh lagi masih separuh hari. tak pe la. sikit2 .. tula senang kalau suami tak banyak kerenah untukk berbukakan

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Naz..menu ringkas mcm ni mmg menyelerakan..yana mcm anak akak jgk..ltk kuah smpai banjir lg best hehee

    ReplyDelete
  3. masak ringkas2 mcm ni pun hokey je....

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadan Naz.sama dgn akak masak ikut lauk kesukaan anak + lauk tambahan yg ikut selera akak & suami.nak bagi anak2 selera berbuka kenalah masak lauk kesukaan mrk kan.ayam kicap ni favorit anak2 juga .bagus Husna dah belajar puasa penuh.re;puasa disini skrg musim panas..waktu puasa pjg.mmg mencabar sikit .

    ReplyDelete
  5. slm ramadhan naz....betul tu naz, nk msk kadang2 pening, sbb pikir selera anak2 yg berpuasa, msk pelik2 ni diaorg tak mkn...kdg2 msk jer la apa yg diaorg suka mkn

    ReplyDelete
  6. Salam kak naz! ayam goreng kicap? bukan ayam masak kicap hihihi apa pun yg ada kicap kita mmg suke! sedappppppp!!!!! budak2 pun suke kalau namanyer kicap2 gini :D

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Naz,
    Salam ramadhan almubarak dan selamat berpuasa buat Naz sekeluarga juga ya.

    Macam berjanji pulak kita, menu akak semalam pun ayam masak kicap tp mamak style, mmg sedap sgt rasanya...ringkas tp menyelerakan

    ReplyDelete