Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Kek keju dingin klasik ni Naz buat untuk jiran sebelah rumah(Nor). Dah lama juga Nor minta buatkan kek ni cuma katanya bila Naz ada masa. Tertangguh-tangguh tunggu masa yang sesuai akhirnya dapat juga memenuhi permintaan dia. Anak sulung Nor suka sangat makan kek keju. Dia lebih suka kek keju yang original/ klasik yang tidak diletak apa-apa perisa. Jadi inilah hasilnya dari tangan aunty Naz.
KEK KEJU DINGIN KLASIK (CLASSIC CHILLED CHEESE CAKE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
[A] Lapisan Bawah
Bahan-bahan :
- 150 gm biskut chips more
- 2 Tbsp butter (dicairkan)
Cara-cara :
- Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair hingga sebati.
- Kemudian masukkan serbuk biskut ini ke dalam loyang spring foam atau loyang biasa yang telah dialas dengan aluminium foil di bahagian dalam loyang iaitu di dasarnya serta di dinding loyang. Biarkan terjuntai sikit dari loyang tu ke luar. Ratakan dan tekan serbuk biskut biar mampat dan kemas di dasar loyang. Masukkan ke dalam peti ais.
[B] Lapisan Kek Keju
Bahan-bahan :
- 250 gm krim keju
- 60 gm gula kastor
- 1 1/2 Tbsp gelatin halal + 4 Tbsp air panas - sejukkan
- 200 ml krim putar (dairy whipping cream)
- 2 Tbsp jus lemon
Cara-cara :
- Pukul krim putar hingga kembang dan bertanduk(soft peak). Simpan di dalam peti ais.
- Di dalam mangkuk lain, putar krim keju bersama gula kastor hingga berkrim.
- Masukkan bancuhan jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
- Masukkan bancuhan gelatin dan putar hingga sebati lagi.
- Keluarkan krim putar di (1) tadi dari peti ais. Masukkan 1/3 bahagian ke dalam mangkuk krim keju. Kaup balik dengan spatula hingga rata. Masukkan lagi 1/3 bahagian krim putar dan gaul lagi hingga sebati. Dan seterusnya masukkan lebihan krim putar yang tinggal dan gaul hingga betul-betul sebati.
- Tuang adunan kek keju ke dalam loyang yang telah ada lapisan biskut tadi. Ratakan adunan di dalam loyang.
- Simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam sebelum boleh dipotong.
- Sekiranya menggunakan loyang biasa yang telah dialas dengan aluminium foil, angkat kek bersama aluminium foil dengan cermat dan keluarkan dari loyang. Letakkan ke atas bekas/ lapik yang sesuai. Jangan risau kek pecah kerana kek keju yang telah disejukkan sepenuhnya, tidak mudah pecah semasa proses mengeluarkannya daripada loyang.
SELAMAT MENCUBA!
terbaekkkkklah Naz, Yus tak pnah lagi try buat kek keju dingin2 ni... tergodalah pulak.. hihi
ReplyDeletesalam rindu naz cayang..waduh cedapnyer ciskek!! nak gaaakkk..
ReplyDeleteAs'salam Naz
ReplyDeletesedapnya, k.ct pun suka gak sekali2 makan kek cheese ni. resipi pun sangat simple dan senang jer nak buat. kalau rajin boleh lah buat, stok cream cheese pun ada 2 kotak :)
Assalam naz, akk pun tak pernah buat kek keju dingin gini, biasanya kalo beli keju terus habiskan, dan x simpan stok heheh...cantik kek tu naz
ReplyDeletemenggigil saya tengok kek cheese kak naz ni. hahahaa.. lamaaa dah tam akan kek gini... dapat satu slice pun dah puas kan
ReplyDeleteNak jadi jiran naz jugak le. Boleh dapat makan kek selalu.
ReplyDeletekak naz..^^ lama x wat cheesecake. hasben tun suka nii.. tun suka yg bake punyer. tp mmg pikir 4-5 kali laa nk wat nih. nnti x sedar diri bila makan. hihi
ReplyDeletewooooooooo...sedapnyer cis kek...ambik sepotong yer..hehe
ReplyDeletelama tak buat ciskek...kt dlm umah ida ada yg gemar ada yg tak gemar cheese la naz..sedapnyer nmpk
ReplyDeletenak sepotong kak...
ReplyDeletesedappnya tengokkk....
Salam Naz...nampak senang je cara2nye. Bahan pun xbyk.. Nasya nak kena try buat nie tapi mslahnye hubby xreti mkn cheese hu..hu...hu...bhn2 sume dah ada kat dlm esbok tu
ReplyDeleteSari Yusa Ibrahim,
ReplyDeleteYus, Naz pulak tak pernah buat kek keju bakar.. Nanti nak cuba juga nanti..
Kak Inahar Ali,
ReplyDeleteSalam rindu gak utk kak Ina.. Busy ye kak.. Naz pun makin busy gak ni.. Anak2 semakin membesar lagi banyak yg perlu diuruskan ..betul tak?
Kak CT Delima,
ReplyDeleteWaalaikumussalam kak. Naz ni suka buat je cheese cake ni kak.. Yg selalu makan anak2.. Chilled cheese cake ni senang nak buat.Sbb tu Naz rajin nk buat yg mcm ni..
Kak Rosaliza,
ReplyDeleteWaalaikumussalam kak. Tq kak...
Izahdaut,
ReplyDeleteIzah..ko ngigil sbb nak makan ke sbb takot nak makan..hehehe...
Kak Sam,
ReplyDeleteAaah bagus jugak kalau dpt berjiran kan.. boleh tukar2 hidangan..hehehee
Tun telani,
ReplyDeleteOk tun, rasa2 nak buat dan makan kek ni, sediakan sebaldi air kat sebelah tau. Kalau rasa2 dah tak sedar diri masa makan tu, celup muka dlm air kat dlm baldi tu..heheheh..
Cendana Kasih,
ReplyDeleteSila..sla..
Ida, Japan,
ReplyDeleteKat rumah naz, yg gemar cheese cake ni anak2..Naz tak berapa sangat..
Mas,
ReplyDeleteSepotong je ke Mas??
Nasya,
ReplyDeleteMmg kek keju dingin senang sangat nak buat. Hubby naz pun x berapa sangat kek keju ni tp anak2 mmg suka..