Tuesday, 19 July 2011

KARI KETAM & SHOPPING DI MUNDUK, THAILAND

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari Jumaat 2 minggu lalu, Naz dan hubby pergi ke Munduk. Munduk ni dah termasuk di kawasan atau daerah Thailand. Kami pergi ke sana dibawa oleh makngah dan juga ayahngah (mak sedara dan bapa sedara belah hubby). Perjalanan ke sungai yang memisahkan Munduk dengan bumi Malaysia tu cuma 30 minit jer.

 Husna sempat berposing di atas sampan untuk ke Munduk.

Nak ke tanah Thailand tu, kena menyeberangi satu sungai. Sungai ni tak lah besar sangat tapi kena naik sampan juga lah. Takkan lah nak berbasahan berenang-renang ke tepian..hehehe.. Besar/ lebar sungai tu lebih kurang 200 meter jer. Besar lagi padang bola sepak. Sampan yang  kita orang naik tu diperbuat daripada kayu tapi ada enjin bot tau. Tak sempat laju pun sampan tu dah sampai ke tebing sana. Masa pergi tu bawa Husna dan juga Hani. Naik bot di tanah Malaysia, dan turun di tanah Thailand. Turun dari bot je dah terus pijak ke tapak jual beli tu.

Gambar ni Naz ambil di tebing sungai di bumi Malaysia lagi. 
Seberang sana tu dah masuk kawasan Thailand. Di atas tebing tulah orang berjual-beli. 
Ramaiiiiiiii sangat orang.

Apa lagi. Meronda la di pasar tu. Punyalah ramai orang yang kebanyakannya orang Malaysia..hehehe... Orang di sana pun berjual beli menggunakan matawang kita. Jadi tak ada masalah nak kena tukar duit kita kepada matawang mereka.

Barang-barang di sana boleh dikatakan murah-murah juga. Hubby beli buah manggis dengan harga RM10 untuk 5 kg, buah mata kucing - RM4  untuk 1 kg, buah dokong - RM2.50 untuk 1 kg. Yang buah mata kucing tu, harga tu tak de lah murah sangat tapi buah dia...mak datokk... busat-busat(besar-besar) ooo.. Manisssss pulak tu. Puaslah Husna makan sampai kekenyangan. Rasa macam nak borong semua benda tapi mana la cukup tangan dan tenaga nak pikul semua barang tu nanti. Lagi pun ini first time pergi..lebih kepada cuci mata jer..hehehe.. Bahagian kedai-kedai yang berderet-deret pun tak sempat nak masuk. Nanti bila poket agak-agak dah kembung, nak pergi lagi sekali (uihhhh..dah berangan nak perabis duit ni..^_^).

Oh lupa pula. Ayahngah belikan 1 kg laksa  untuk kita orang. 1 kg laksa tu dijual dengan harga RM 3.50. Laksa basah tu dah ada kuah santannya sekali tapi tak ada la ulam-ulamnya. Murah tak?  Macam tak percaya pun ada juga masa tu.


Kali ni pergi cuma beli barang-barang basah je. Ketam pun kita orang beli. Harganya RM14 untuk 1kg. Beberapa minggu sebelum tu, masa makngah dan ayahngah pergi untuk kali pertama, dia orang beli ketam dengan harga RM10 sekilogram!! Ketam-ketam tu besar-besar pulak tu.. Beli 2 kg dapat 11 ekor ketam. Teringin juga nak beli ikan yang murah-murah di sini tapi memikirkan peti aisku yang kecil je tu, tak dapek la den mombolinyo haaa.. Kang nak sumbek kat mano lak ikan-ikan tu..huhuhu...

Kalau siapa-siapa yang nak bershopping di sini, bawalah body guard yang gagah perkasa ye untuk tolong pikul barang-barang shopping. Kalau dapat bawa lebih dari seorang body guard lagi bagus...heheheee..



Separuh daripada ketam yang dibeli, Naz masak kari. Hubby kata nak ratah je. Jadi kari ketam ni memang Naz buat tak banyak kuahnya. Sekadar perisa untuk ketam tu.

KARI KETAM
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :
  • 1 kg ketam (5 - 6 ekor)
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh rempah campuran (yang sepeket tu dah dicampur-campur biji sawi, jintan manis, jintan putih, halba dll)
  • 3 sudu besar rempah kari ikan (dibancuh dengan sedikit air menjadi pes)
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1 pelepah daun kari
  • Garam

Cara-cara :
  1. Ketam disiang, dibuang cengkerangnya, dibelah dua, diketuk sedikit penyepitnya dan dibasuh. Toskan.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk ini bersama rempah campuran hingga naik bau.
  3. Masukkan pes rempah kari dan daun kari. Biar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan gaul rata. Masukkan ketam dan gaul rata lagi. Kecilkan api kepada sederhana dan tutup periuk. Biar mereneh selama 5-7 minit agar ketam masak sepenuhnya.
  5. Buka tudung periuk dan masukkan santan serta garam. Rasakan masinnya. 

Ni gambar Husna di atas sampan menuju balik ke tebing Malaysia..hehehe.. Kepanasan dah masa ni.

SELAMAT MENCUBA!

20 comments:

  1. naaaaaaz,rasa tak sabar2 nak ke sanun..insyaAllah akan sampai gak kalau takde apa2 halangan..mungkin lambek sikit.nak tunggu wazir habis SPM dulu hujung thn ni..

    ReplyDelete
  2. Assalam kak Naz, wahh bestnyer jln-jln tu...lauk ketam pun sedap...kalau mkn tak nampak nasi dah tu..suka ratah gitu jer..hehe

    ReplyDelete
  3. wahhh... dekat je rupa2nya.. akak naik dr mana nih?

    ReplyDelete
  4. tau tak...zarin ni kan tak pernah sampai ke munduk ni... ntah tatau naper tk pernah pi sana padahal dulu2 mak ayah slalu gak ke sana

    ReplyDelete
  5. masih tanah merah lg ke naz kat sana?

    ReplyDelete
  6. Salam K.Naz..

    Lamanya yana x g munduk..mmg giler shopping la klu g sana..semua nk beli..murah2 je kan..:=)

    ReplyDelete
  7. rindunya nak ke munduk jugak... selalu kalau pergi hari NAT tu memang meriah sgt tapi Isnin & Jumaat je... selalu takde kesempatan

    ReplyDelete
  8. Salam Naz..
    Munduk..kat thailand?? Tak pernah pergi kesana lagi..huhuhu best kan dpt jln2 hehehe

    anyway ketam kari atau ketam mmg fav tapi lama daa tak mkn...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum naz..
    wah ada ketam gak kat cnie yer... sukanya makan ketam... sedap...

    ReplyDelete
  10. Kak Anymz,
    hehehe kak Nim.. Berjaya Naz menggoda akak eh.. Meh kak..meh.. Nak datang bagi tau yer.

    ReplyDelete
  11. Nieza,
    W'alaikumussalam.. Aahh..best jalan kalau poket kembung..hehehe.. Akak pun suka makan ketam ratah jer sbb tak puas makan ketam kalau makan dgn nasi..

    ReplyDelete
  12. Tun Telani,
    Akak pun lupa nama kampung tu tun. Tp tmpt naik ni on the way nak ke rantau panjang..Jadi lebih dekat ke sini dari ke rantau panjang.

    ReplyDelete
  13. Zarin,
    hehehe..tak heran la Zarin kalau Zarin x pernah sampai sini lagi sbb makngah dan ayahngah Naz tu pun baru ni la pergi.. Sblm ni tak pernah walhal mmg duduk di sini berpuluh tahun..hehehe..

    ReplyDelete
  14. Kak Nor,
    Aahh kak Nor.. masih tanah merah..tapi tak le berselut sgt sbb rasanya diaorg dah tambah tanah ke pasir sikit...

    ReplyDelete
  15. Yana Shaiful,
    Salam Yana.. Yana org sini ker? Pernah gi Munduk eh? mmg rambang mata kan kalau gi situ..sbb semua murah2...:=

    ReplyDelete
  16. Cheq Sue,
    Oooo..ni pun sorang lagi yg pernah gi Munduk eh..Mmg meriah sangat2 la kalau gi hari jumaat dan isnin tu ...

    ReplyDelete
  17. Mama Hawa,
    Aahh mama.. Munduk di Thailand..kalau gi dari tmpt naz pergi ni tak yah guna passport.. Ketam mmg best!

    ReplyDelete
  18. Diana,
    Naz pun suka ketam tp kekadang tu yg malas nak kopek penyepit dia tu..huhuhu..

    ReplyDelete
  19. Bestnya...
    nk try juga resepi ketam msk kari tu.

    ReplyDelete
  20. Bestnya...
    nk try juga resepi ketam msk kari tu.

    ReplyDelete