Friday, 15 July 2011

APAM TEPUNG GANDUM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni dapat update blog bukan sebab lappy dah sembuh yer. Ni menumpang lappy adik ipar(BIL) sebenarnya. Jadi kepada kawan-kawan yang ada memberi award dan tag, minta maaf banyak-banyak.. Belum sempat nak ambil dan buat tag. Maklumlah.. Pinjam harta orang ni tak boleh simpan lama-lama. Dapat masukkan satu entry pun dah kira satu rahmat dari Allah SWT.

Apam tepung gandum ini sangat mudah untuk disediakan. Semua bahan-bahannya dimasukkan sekali gus dan dipukul hingga kembang dan sebati. Kali terakhir Naz buat apam ni dulu sewaktu belum ada blog ni lagi. Anak-anak Naz suka apam ni sebab Naz suka warnakan dengan pelbagai warna adunannya. Dia orang ni kalau makan tak letak kelapa parut pun. Habis licin apam ni walaupun dah sejuk apam tu


Ikutlah kreativiti masing-masing yer bila nak warnakan adunan apam ni. Nak buat kombinasi warna macam apam yogurt yang terkenal tu pun boleh.

APAM TEPUNG GANDUM

Bahan-bahan :
  • 150 gm tepung gandum
  • 100 ml cecair (air biasa @ susu segar @ susu cair @ campuran cecair-cecair ini)
  • 100 - 130 gm gula kastor (ikut la kemanisan yang dikehendaki yer)
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1/2 tsp ovallete
  • 1 biji telur gred B
  • Pewarna yang digemari


Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali pewarna ke dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga kembang dan sebati. Boleh juga guna mesin pengisar(blender).
  2. Titiskan pewarna kegemaran atau boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran anda.
  3. Panaskan kukusan. Sementara itu sudukan adunan atau paipkan adunan(kalau guna pipping bag) ke dalam acuan untuk dikukus. Untuk mendapatkan apam yang mekar tersenyum seperti di atas, dinasihatkan agar menggunakan mangkuk cawan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lompang atau acuan yang sama besar dengan paper cup tu sebelum memasukkan adunan.
  4. Kukus adunan selama 10 minit di atas api kuat.
  5. Boleh dimakan bersama kelapa parut muda sekiranya suka.
SELAMAT MENCUBA!

25 comments:

  1. salam k naz..hb saye suke apam... klo mkn kene ade kelape parut...sedap kan :)


    kak thanx ye resepi puding kaseh bertaut...mmg sedaaapppp :)

    ReplyDelete
  2. tun suka mkn apam gandum..biasa tun wat apam gandum letak yis. resepi ni mcm nk wat apam pelangi ^^ mmg sedap mkn walaupun xde kelapa parut.

    ReplyDelete
  3. tiga ketui je ker... apam memang sukar..tapi tak sempat nak buat...warna macam traffic light...

    ReplyDelete
  4. cantik mekarnya Naz...eh, my dotter pun mkn apam without kelapa...dia suka sgt apam tp mak dia kureng suka ;-)

    ReplyDelete
  5. slm naz.. klau dekat leh akk oder jer ni utk bawa bekal gi sek..

    ReplyDelete
  6. Salam kenal..

    yana suka bt apam..baby suka sgt mkn..nnt nk try bt yg ni plak.. cantik jee mekarnyaa..

    ReplyDelete
  7. Salam Naz..singgah nk makan apam.Selamat brhari mggu..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Naz...

    Apasal Bila Kak Lin Buat Apam Ni Tak Pecah Kat Atas...Selalu Buat Tak jadi...Huhuhu

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum Naz

    patutlah tak nampak Naz di Fb ...lappy tak sihat rupanya. sejak buat apam baru2 ni dah mula suka apam tp anak2 kalau baru masak diorg suka...dah sejuk mama kena habiskan.

    ReplyDelete
  10. sedapnyer apam..nak2 ada kelapa parut muda tu..lama tak mengapam

    ReplyDelete
  11. Wah semuanya tersenyum gembira nampaknya ye... :D

    ReplyDelete
  12. Liz belum pernah buat apam..tapi Liz pernah tengok ibu buat apam..tapi dia pakai tapai yang dikisar...klu ada masa nanti Liz coba yer

    ReplyDelete
  13. nOOrsha..

    Salam Sha.. Oh hubby sha suka apam ye.. Ha kena selalu la buat...hehehe..

    Tq sudi cuba resepi puding kasih bertaut akak tu.. Sedap yer.. Alhamdulillah sha suka.. Happy akak dapat kongsikan resepi tu..

    ReplyDelete
  14. Tun telani..

    Aahh tun.. selalu resepi apam guna yis.. Akak malas nk tunggu adunan tu diperap so akak guna baking powder jer.. Boleh terus kukus adunan..

    ReplyDelete
  15. Nazrah..

    Kak, hehehe..cam traffic light ker???

    ReplyDelete
  16. Zarin..

    Bila dah mekar, mmg cantik Zarin..macam bunga...hehehe.. Ooo anak you boleh geng dgn anak2 ai..suka apam...

    ReplyDelete
  17. dZana..

    Hehehe..kak zana ni buat lawak pulak.. Tapi kalau betul, Naz sanggup buatkan utk akak bawa bekal:))

    ReplyDelete
  18. Yana..

    Salam kenal Yana..Yana dan baby peminat apam rupanya...

    ReplyDelete
  19. Azatiesayang..

    Salam kak Atie.. Silalah kak makan..hehehe..

    ReplyDelete
  20. kak LinRosly..

    W'salam kak Lin.. Akak kena letak apam tu dalm cawan kertas bila nak kukus.. Nanti insyallah dia mekar sbb yg kat cawan kertas tu ia melekat. So bila naik masa mengukus, kat tengah2 jer..tu yg mekar..

    ReplyDelete
  21. Mamasya..

    Waalaikumussalam Mama.. Aahh..lappy demam kak..
    Anak2 Naz pula, masa suam makan, bila dah sejuk pun dia orang tala jugak..

    ReplyDelete
  22. Ida, Japan..

    Ida suka makan dgn kelapa parut muda eh... Senang ke dapat di sana kelapa parut tu??

    ReplyDelete
  23. MamaFami..

    Alhamdulillah..Semua apam tu tersengih2 jer hehehe..

    ReplyDelete
  24. Liz..

    Cuba la Liz.. Resepi yg ni senang jer..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum...salam kenal kak naz....
    Ari ni wan msk apam salju...nanti nak cuba apam gandum ni plak,simple je bhn2nya...wan anak beranak mmg suka mkn apam....ari2 pun xpe heheh...

    ReplyDelete