Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Kuih Talam Sagu Berlapis telah tiba ke rumah ku... Wah! Memang sedap rupanya kuih ni sebagaimana komen-komen dari kawan-kawan yang telah mencuba membuat kuih ini. Teksturenya yang lembut, rasa manisnya yang sedang-sedang saja dan rupanya yang cantik menarik membuatkan sesiapa yang mencubanya tidak akan berasa rugi.
Naz cuma buat setengah adunan sahaja daripada adunan asal. Dengan menggunakan loyang 9 inci X 9 inci puas jugalah makan. Dapat pula bagi pada jiran sebelah rumah dan juga MIL sedikit. Cuma potongan kuih talam Naz kurang kemas. Tu laa..Gatal sangat nak potong guna pisau plastik yang beralun tu.. Kan dah comot jadinya. Jadi kepada sesiapa yang ingin membuat kuih ni, seelokknya dipotong dengan pisau biasa yang tajam. Barulah biji-biji sagu tu tak terkeluar dari tempat asalnya.
Resepi Naz letak untuk setengah adunan dan juga adunan penuh. Senang untuk rujukan Naz sendiri bila nak buat lagi nanti. Resepi untuk 1/2 adunan, Naz copy & paste dari dapur cyber Izah(Izah Muffin Lover), manakala resepi penuh pula Naz copy & paste dari dapur kak Yatie(Sinar Kehidupanku). Tidak dilupa, ucapan terima kasih kepada tentulah penyumbang asal resepi yang sedap ini iaitu Kak Wan(Resipi Citarasawan)
TALAM SAGU BERLAPIS (1/2 adunan)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber : Izah Muffin Lover
Resepi Asal Oleh : Kak Wan (Resipi Citarasawan)
Bahan-bahan :
- 50 gm sagu
Bahan A
- 115 gm tepung beras
- 50 gm tepung ubi / tepung sagu
- 200 ml santan pekat KARA
- 175 ml air
Bahan B
- 160 gm gula
- 150 ml air
- 3 helai daun pandan
Loyang 9" empat segi
Cara-cara :
- Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
- Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
- Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
- Ketepikan 150ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.
- Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
- Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
- Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
- Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.
TALAM SAGU BERLAPIS (Adunan penuh)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber : Kak Yatie (Sinar Kehidupanku)
Resepi Asal Oleh : Kak Wan (Resipi Citarasawan)
Bahan-bahan
Cara-cara :
- 100 gm biji sago
- 230gm tepung beras
- 100gm tepung ubi / tepung sagu
- 400ml santan pekat KARA
- 350ml air
- 350gm gula
- 300ml air
- 3 helai daun pandan
Cara-cara :
- Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
- Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
- Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
- Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.
- Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
- Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
- Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
- Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.
SELAMAT MENCUBA!
Salam Naz
ReplyDeletedah buat yee sdp kan..akk nya dh habis... nk rasa yg naz punye leee...
Assalam Naz....waaaah cantiknya puding sagu lapis nih...akak penah buat resepi Gert nama Sago Pearl Pudding, tp x igt sama ke x adunannya..hehe...nmpak sungguh besttttt...panas2 ni masuk tekak, nyaman kan..
ReplyDeletela cantiknya kak naz... tetibe ngences.. oo baru tau cemana kata kak yatie. bila tengok orang buat terasa nak makan pulak... cantik cantik..
ReplyDeleteNaz...cantik talam sagu naz tu...mama masuk list ya...nanti nk cuba pulak
ReplyDeletehuh!akak dah buat naz..menci arr..buh dlm loyang 8"..lain jadi nya..tengahari sikit kang akak tunjukkan..apa2 pun talam ni mmg sodap kan?..tgk org punya lagi terliur..
ReplyDeletewaduh!!..cantik kuih naz ni..
ReplyDeletethanks naz, siap dengan recipe 1/2 adunan & 1 adunan..sedap ya naz..boleh lah masuk list ni..
Assalamualaikum Naz,
ReplyDeleteUwaaa cantiknya kuih talam sagu berlapis ni...buat akak terliurlah..mmng sedapkan kuih ni...kenyal2 manja gitew...nak rasa sikit..
Naz, cantik sgt, bila ada nmpk sagu2 jernih tkeluar tu mcm ada pearl pulak, lawaaaaaa sgt..
ReplyDeleteNaz cantik menarik memang debom kuih tu hehehe meh ar pos ke akak skit
ReplyDeleteAs'salam Naz
ReplyDeletebilalah nak sampai Dapur CT kuih talam sagu ni kan. cantik kemas jer lapisan talam sagu ni. kena sabar lah kot baru dapat cantik macam ni :D
sedapnya!! cantik warna dan lapisan tu...nak skit kak...nak tumpang bf ni...haha pepagi buta kat sini dah singgah dapur akak ni terus terasa lapar...hehe
ReplyDeletetergugat tekak tengok talam sagu yg cantik ni... bila nak singgah rumah kak rose ni... tumpang makan kat sini dulu lah ya naz...
ReplyDeleteMemang cantik lapisan nya, terliur akak tgk...
ReplyDeleteassalam naz mgg cantik puding sagu lapis naz tu..terliur akk tgk
ReplyDeleteassalam naz,
ReplyDeleteterliur nengok naz...cantik pulak tu...sedap dipandang mata..
Akak Naz datang..ada lagi ker..
ReplyDeleteaslmkum naz.. apa kbr.. menu berlapis lagi nmpknya.. cantik jer lapisan2 tu..
ReplyDeletewow!cantiknya..sedapnya..nak jugak!!
ReplyDeleteslm naz...rindu lama tak ke sini...sampai sini, t'nmpk talam sagu yg cun melecun ni..ceria jer..mesti sedappp ni
ReplyDelete