Saturday, 21 May 2011

SET NASI AYAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Okey, hari ni nak letak resepi nasi ayam yang biasa Naz buat di rumah. Resepi yang mudah saja.  Sebab anakanda Hani tak sihat, Naz terus kepada resepinya ye!

NASI AYAM & PELENGKAPNYA (untuk 3-4 orang makan)
Resepi Oleh : Naz's COSK

[A] NASI AYAM
 

Bahan-bahan :
  • 2 cawan beras
  • 2 cawan sup ayam atau ikut sukatan air untuk beras anda (resepi sup ayam di bawah)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan beras bersama sup ayam dan sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk. Gaul rata biar warna kuning sekata. 
  3. Masak seperti memasak nasi biasa.
  4. Setelah masak, sendukkan ke dalam mangkuk nasi dan taburkan dengan hirisan daun bawang dan juga bawang goreng.

[B] SUP

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dibuang kulitnya)
  • 5 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • 2-3 inci halia (diketuk)
  • 1-2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sup bunjut
  • 1 liter air (boleh tambah atau kurangkan ikut keperluan)
  • 2-3 Tbsp minyak jagung untuk menumis (guna minyak masak biasa pun boleh)
  • 20 biji bebola ayam atau bebola ikan
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • Bawang goreng
Cara-cara :
  1. Tumbuk bawang merah bersama bawang putih. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk bersama halia. Biar naik bau dan layu. 
  3. Masukkan air dan juga ayam. Masukkan juga sup bunjut dan biar hingga menggelegak.
  4. Apabila menggelegak, masukkan kiub pati ayam dan garam. Rasakan masinnya.
  5. Apabila ayam telah empuk, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
  6. Keluarkan sedikit sup ayam untuk memasak nasi.
  7. Lebihan sup kemudian dicampurkan bebola ayam atau bebola ikan ke dalamnya. Biar seketika hingga sebati. Tutup api.
  8. Hidangkan ke dalam mangkuk menghidang bersama hirisan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng.

[C] AYAM 

Bahan-bahan :
  • Ayam dari sup di atas
  • Kicap manis
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan tambahan (optional) :
  • 4 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih* 
  • 3 ulas bawang merah* (* ditumbuk lumat)
Cara-cara :
  1. Ayam yang dikeluarkan dari sup tadi, diperap dengan kicap manis. Gaul rata kicap tersebut biar menyaluti rata ayam. Sekiranya suka boleh diperap bersama dengan bahan tambahan di atas sekali. 
  2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan goreng ayam. Tidak perlu menggoreng terlalu lama kerana ayam telah masak semasa di dalam sup tadi.
  3. Ayam yang telah masak dipotong atau dihentak sedikit dan masukkan ke dalam pinggan menghidang. Tuangkan lebihan kicap perap yang masih berbaki dari dalam mangkuk perap.

[D] SAMBAL CILI


Bahan-bahan :
  • 5 batang cili merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air masak
  • 2-3 Tbsp sos tomato
  • 1 Tbsp sos cili
  • 1 tsp gula pasir
  • 1 tsp garam halus
Cara-cara :
  1. Bahan-bahan di atas, dimasukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar halus. Sesuaikan rasa sambal cili ini mengikut kesesuaian anda. 
  2. Hidangkan ke dalam mangkuk hidangan.

[E] KICAP NASI AYAM
Bahan-bahan :
  • Sedikit sup dari sup di atas
  • Kicap manis secukupnya
Cara-cara :
  1. Masukkan sedikit sup dari sup di atas ke dalam mangkuk hidangan.
  2. Tambahkan ke dalamnya kicap manis. Sesuaikan rasanya mengikut kehendak masing-masing.
[F] ULAM-ULAMAN


Bahan-bahan :
  • 2 batang timun
  • 2 biji buah tomato
  • 1 rumpun salad
Cara-cara :
  1. Basuh dan kupas kulit timun. Hiris ikut suka. 
  2. Basuh buah tomato dan hiris mengikut kehendak anda.
  3. Basuh daun salad sehelai demi sehelai dan susun ke dalam pinggan.
  4. Hidangkan ulam-ulaman bersama set nasi ayam yang lain.
SELAMAT MENCUBA!

13 comments:

  1. naz..nasi ayam 1set..sedap2 suma tu...sup pun spesel tu..

    ReplyDelete
  2. kak lina_pg,

    Mari2x kak.. Meh kita makan sama2...hehehee

    ReplyDelete
  3. Naz,sedapnya nasi ayam...mcm kat restoren ni...nk oder nasi ayam 4 pinggan untuk kak nur ayam lebih ya...hehehe

    ReplyDelete
  4. nasi ayam 3 set.....
    sedappnya tengok..

    ReplyDelete
  5. Naz sian hani,dalam hani tak sihat umminya siap dengan nasi ayam lagi

    ReplyDelete
  6. salam Naz..Cm suka sup tu..tekak sakit ni jika dapat hirup sup panas tu..ahh..sedapnya.

    ReplyDelete
  7. sedap! tun plg suka mkn nasi ayam compare to nasi2 set yg lain.. terasa mcm nk mkn nasi ayam la pulak..

    kesiannyer Hani x sihat. moga cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  8. Kak Nurindah,
    Hahahahaaa...Kak Nur ni...Dah kalau nak masak kenalah mcm kat restoran baru berselera nak makan kan..

    ReplyDelete
  9. Chik Mimi,

    Ye la chik Mi.. yg tak sihat Hani..Org lain dlm rumah ni sihat.. Makanan still kena ada mcm biasa..

    ReplyDelete
  10. Cikmanggis,

    Betul kak.. Time sakit tekak, dapat hirup sup yg panas2 mmg sedap kan..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih tun atas doa utk anak akak.. Kalau nasi ayam, kita makan, tak cepat muak kan berbanding set nasi lain..Nyummmm..

    ReplyDelete
  12. nampak sedapp..hantar sikit dekat jepun ni kak..heee :)

    ReplyDelete