Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Salam pagi Jumaat untuk semua. Yogurt steamed cupcake atau nama melayunya Kek cawan yogurt kukus. Resepi yang dikira mendapat sambutan baik di kalangan surirumah-surirumah yang suka mencuba resepi-resepi baru.
Macam-macam kaler..
Hijau dan merah..
Merah dan putih, merah dan hijau..
Naz buat kek cawan yogurt ini semalam. Seperti yang diwar-warkan, memang sedap dan gebu serta lembut kek cawan ini. Naz cuma buat setengah adunan saja. Husna suka sangat kek ni. Dah request suruh buat untuk bawa bekal ke sekolah minggu depan. Tapi memang betul. Sedap! Naz suka teksturenya yang gebu dan lembut tu walaupun kek ni dah tak panas mahupun suam-suam kuku.
Baca komen dari Anna Qawina dan juga kak Nor(Secubit Garam) yang telah mencuba membuat kek cawan ini, yang menurut mereka amat manis walau pun telah dikurangkan sukatan gulanya. Jadi Naz pun kurangkan juga sukatan gulanya sebab tak boleh tolerate makanan yang terlalu manis sangat. Naz kurangkan 1/2 daripada sukatan gula yang asal. Hasilnya...ada rasa macam manis-manis buah je. Tidak tawar dan tidak juga terlalu manis. Maaf ye Rima. Pandai-pandai je ubah resepi orang :)) Tapi bagi sesiapa yang memang gemarkan makanan yang extra manis, bolehlah adjust sendiri ikut resepi asal ye.
Yang original..
Naz terjemah resepi asal ke dalam bahasa melayu. Untuk resepi asal, bolek klik pada nama Rima di bawah.
KEK CAWAN YOGURT KUKUS
Oleh : Naz's COSK
Resepi Asal Oleh : Rima
Bahan-bahan :
- 2 cawan gula (Naz kurangkan menjadi 1 cawan)
- 1 tsp ovallete
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan yogurt asli (plain yogurt)
- 2 biji telur
- 1/2 tsp serbuk penaik
- 1 tsp serbuk koko
- 1 tsp pes coklat
Sebelum..
Selepas..
Cara-cara :
- Panaskan kukusan.
- Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko dan pes coklat ke dalam mangkuk pengadun.
- Dengan menggunakan high speed, putar adunan hingga menjadi pekat selama beberapa minit. Adunan akan menjadi pucat warnanya.
- Asingkan sedikit adunan iaitu lebih kurang 5 Tbsp ke dalam bekas lain dan campurkan dengan serbuk koko dan juga pes coklat. Gaul rata.
- Masukkan adunan putih ke dalam piping bag atau boleh guna beg plastik yang bersih dan potong sedikit muncung plastik. Paipkan ke dalam cawan kertas hingga 3/4 penuh. Kalau nak guna sudu untuk sudukan adunan ke dalam cawan kertas pun boleh juga.
- Kemudian, sudukan atau paipkan adunan coklat di atas adunan putih tadi.
- Kukus di atas air yang betul-betul sedang mendidih selama 15 minit.
- Kek yang telah masak sempurna akan tersenyum mekar macam bunga yang sedang berkembang.
Sebelum..
Selepas..
NOTA :
- Pastikan meletakkan adunan ke dalam pengukus apabila air kukusan telah betul-betul menggelegak.
- Kalau menggunakan cawan kertas yang bersaiz kecil, lebih mudah memasukkan adunan menggunakan piping bag.
- Warna dan perisa serta kombinasi warna kek ini boleh diubah suai mengikut kreativiti masing-masing.
Ibu kek cawan bersama anak-anaknya...heheheee...
SELAMAT MENCUBA!
mmg cantik merekah cc ni ye kak naz.. lawa.
ReplyDeletewarna2 menarik hehehe
ReplyDeletedah mekar tu..tahniah..bak 5 ketol...
ReplyDeletevery2 beautipul!!kaler maler..ishhh kita kok similar arr...pepagi daku pong mengapam wat sarapan.. :)
ReplyDeletefuuhhhhhhh... mmg tersengih sengih semua mak2 dan anak2 apam ni ye.. jeles pulak tun nengok.. setakat ni xde lg wat apam jd mekar gini.. huhu
ReplyDeletecantik mekar kek kukus comel ni ni..tentu masa buat kek ni tuannya senang hati...senyum jek..tu yg mekar tul...nak pergi beli yogurt lebihlah..nak wat mcm2 ni....hehehehe..
ReplyDeletesalam Naz....
ReplyDeletewow! warna warni le..rajin betul. Nak masuk list juga le
As'Salam naz.. berkaler2 sangat menarik. k.ct tumpang makan kat sini lah. malas nak lunch nanti..kira nak diet boleh..! hahahaha
ReplyDeleteAlahai....menawannya cupcakes tu..... Menggelodak jiwa ragaku untuk mencuba hehehe.....
ReplyDeletewaduh gebussnye cake nih cam apam..terliur akak tgk!!
ReplyDeletewow mekarrrrnya...jeolous akak tau..
ReplyDeleteizahdaut,
ReplyDeleteAaahh Izah.. cantik merekahnya tu..Hehehe...suka bila jadi..
Daniela,
ReplyDeleteLia, akak saja buat kaler maler lebih2 tuh.. nak tgk hasilnya...
Anna Qawina,
ReplyDeleteTq Anna... Amboi!Sampai 5 ketoi nak.. Ok tak pe la tp amik yg tecik2 jer eh..
Yat Maria,
ReplyDeleteHahaha...kaler maler yg cantik tu Yat.. Ko pun mengapam Yat..
Tun telani,
ReplyDeleteJangan jeles tun.. Cuba buat, mesti tersengih jugak cc tun nanti..
Kak Yatie,
ReplyDeleteMasa buat ni kelam kabut gak kak. Dak kecik Hani tak nak duduk lama2 atas high chair dia.. Berpeluh2 gak piping adunan ke dalam cup tu.hehe..
Beli kak..beli..Pas ni boh entry tang yogurt jer..hehehee..
Wanieyra,
ReplyDeleteOk jangan lupa masukkan dlm list tau!
Kak Ct delima,
ReplyDeleteKak boleh jer nak tumpang makan kat sini..Aik! tak kan nak skip lunch kot.. Akak dah slim pong..
Geez,
ReplyDeleteSalam Geez.. Cubalah Geez.. Menarik kan hasilnya..
Inahar Ali,
ReplyDeleteMmg pun kak.. cam apam..Tapi kek sebenarnya..
Kak Ayu,
ReplyDeleteJangan jeles kak.. Akak buat pun mesti jadi cam tu punya..hehehee
Salam. singgah sini ye~ Nice blog :)
ReplyDeleteSudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)
btw, semua nampak sedappp~
wahhh..cantiknya ...
ReplyDeletemas juga yang tak buat2 lagi....
cantiknya cc tu..nampak sedap..
ReplyDeletenaz cantiknya nak pos tak kalau idak nak merajuk ni
ReplyDeleteCantik dan merkah betul cc ni, masuk list dulu ya...
ReplyDeleteassalam kak Naz cyng, dtng nk mkn kek cun ni kak..hehe mood msk2 lum ada lagila saya ni...lambat tul nk panas enjin ni bila dah cuti lama btw tertarik tgk kek akak ni nanti nk buat jugalah...:)
ReplyDeleteamboi naz..punya la merekah2 tuh...tersenyum lawo je...apa rasa dia..ada mcm apam ke naz?
ReplyDeleteCantik mekarnya apam yougrt naz....:)
ReplyDeleteCantik Naz color color lagi..nanti kita cuba yek...
ReplyDeletefrommetoyou,
ReplyDeleteTq sudi dtg blog ini.. Will visit you back..
Mas,
ReplyDeleteKejap2 lagi buatlah Mas tu..hehehee..
fiza damia,
ReplyDeletecantik dan sedap fiza.. Lembut dan gebu jer..
chik mimi,
ReplyDeleteChik mi..amboi...nak merajuk pulak...Nah ni ha Naz pos dlm mimpi 5 ketul heheheee..
Treat and trick..
ReplyDeleteMasuk..jangn tak masuk list hehehee...
Nieza cayangggggg...
ReplyDeleteWah akak rindu sgtttttt dgn Nieza... Mmglah dah lama tinggal berblogging cam rasa malas nk mengupdate kan...Tak pe slow2..
Mak Qis,
ReplyDeleteAah mak Qis, rasa dia cam apam sikit tp sedap..
cik cek,
ReplyDeleteYg merekah tu buat hati rasa gembira juga heheheee..
Nazrah Bakery,
ReplyDeleteSuka main dgn kaler2 kak..Dulu masa sekolah tak puas mewarna gamaknya heheheeee..