Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini memang bercadang nak masak ayam masak merah. Oleh kerana stok madu di rumah ni memang banyak kes suami selalu dapat hamper di tempat kerja, jadi buatlah ayam masak merah madu ni.
AYAM MASAK MERAH MADUSumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
Serbuk kunyit dan garam (untuk digaul dengan ayam)
11/2 cawan cili kering mesin*
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(* kisar bersama)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
1/2 cawan madu
4 Tbsp sos tomato
Garam
Cara-cara :
1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis rempah 4 sekawan bersama bahan kisar hingga garing.
3. Masukkan bawang besar dan biar seketika.
4. Masukkan sos tomato dan madu. Kacau biar sebati.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Rasakan garamnya dan biar seketika agar ayam mesra bersama sambalnya. Tutup api dan hidangkan bersama nasi.
SELAMAT MENCUBA!
Naz, kecur air liur nih... meh tukar ngan lontong!
ReplyDeletesedappnya ayam masak merah madu...
ReplyDeletemakan ngannn nasi minyak@nasi tomato memang best ni....
kak naz, menu kita lebih kurangla...tapi kak naz punya lagi mengancammm
ReplyDeleteassalam kak, wah..ini menu memang my fav kak...kalau pi kedai nasi kandaq tu ka memang ambik lauk masak merah madu ni..taj thn nengok ni...nk tapau semangkuk la..hehe
ReplyDelete