Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Di sini sekarang memang tengah musim mangga. Macam-macam jenis mangga ada. Hubby Naz pula memang rajin buat ice blended. Tak kiralah menggunakan buah apa pun. Di sebabkan sekarang musim buah mangga, jadi, mango ice blended ni memang sering menghiasi meja makan kami..
Buah mangga ni memang manis. Makan macam tu saja pun sedap. Sukanya kalau musim buah mangga. Anak-anak pun gemar makan buah mangga ni. Haiiii...Maisarah Hani pun tak ketinggalan menjamu selera dengan buah mangga yang manis dan enak ini.
MANGO ICE BLENDED
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
1/2 biji mangga saiz besar (dipotong kecil)
2 cawan air
4 Tbsp susu pekat manis
2-3 Tbsp gula (ikut kemanisan yang dikehendaki)
Ais secukupnya (untuk dikisar bersama)
Cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh dinikmati dengan ketulan ais tambahan atau dinikmati begitu sahaja.
assalam naz...minum time panas2 gini sedapnya sejukkk tekak
ReplyDeletesdap nyer ;)
ReplyDeleteNaz, kita pun suka mangga.. enak dimakan begitu saja tapi mesti masak, tak mo yg muda... hehehe
ReplyDelete