Friday, 7 January 2011

AISKRIM GORENG LAGI...


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Projek kali ke 2; membuat aiskrim goreng (resepi dikongsi oleh kak Lina-Teratak Mutiara Kasih).  Boleh lihat di sini untuk melihat hasil kali pertama membuat aiskrim goreng ni.  Lepas sesi makan aiskrim goreng kali pertama hari tu, balik dari sekolah je, anak-anak dah bertanya tentang aiskrim goreng lagi.  Betul-betul mendapat sambutan di rumah ni.  Jadi, ini hasil kali ke 2 projek aiskrim goreng.

Naz sertakan sekali langkah demi langkah cara membuatnya untuk rujukan bagi sesiapa yang tiada acuan yang sesuai untuk menerap roti aiskrim ni.  Berbeza dengan kali pertama dulu di mana Naz menggunakan gelas plastik sebagai acuan yang bertindak sebagai pemotong roti aiskrim, kali ini Naz menggunakan pisau plastik atau pisau pemotong agar-agar untuk membentuk roti aiskrim ini.

Jadi mari kita lihat cara-cara Naz menyediakan aiskrim goreng ini..

Baringkan sekeping roti sandwich di atas permukaan pinggan/ dulang yang bersih.


 Sudukan aiskrim pilihan anda di atasnya.


 Tutup dengan sekeping roti lagi.


 Potong bahagian tepi-tepi roti dengan pisau plastik/ pisau pemotong agar-agar.


 Tekankan pisau plastik tadi hingga terputus bahagian tepi-tepi roti yang berlebihan sementara bahagian tepi-tepi roti yang menyimpan aiskrim bercantum kemas.


 Sekiranya bahagian tepi roti ada yang tidak kemas, kemaskan dengan cara mengelim/ memicit dengan dua jari bahagian-bahagian tepi roti tersebut.


 Pastikan tiada bahagian tepi roti yang tidak bercantum untuk mengelakkan aiskrim dari terkeluar.


 Pre-preparation untuk aiskrim goreng hampir selesai.


Masukkan roti aiskrim yang telah siap ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk beku(freezer) 3 jam atau semalaman.
*****   *****  *****  *****  *****  *****  *****  *****

Apabila tiba masa untuk menggoreng, panaskan minyak di dalam kuali.  Apabila minyak telah betul-betul panas, keluarkan roti aiskrim dari freezer dan goreng hingga kuning keemasan di kedua-dua belah permukaan.  Naz menggoreng kurang dari 1 minit bagi setiap aiskrim goreng ini.
SELAMAT MENCUBA!!

6 comments:

  1. wahhh..nmpk cam sedap!nk trylaa wat...

    ReplyDelete
  2. To princess Hanna..Salam kenal ye!

    Mmg sedap pun aiskrim goreng ni Hanna.. Trylah buat..Tapi bab simpan dlm freezer tu, lebih elok kalau disimpan semalaman sebab dijamin aiskrim dlm roti tu dah beku. So bila digoreng, ia tak kan cepat cair..
    Selamat mencuba!!

    ReplyDelete
  3. nampak best lah naz..unik..akak nak try lah gak nanti..maceh ya.akak masuk list dulu.

    ReplyDelete
  4. salam naz..nampak cantik..dan dah tentu sedap tu kan..aiskrim goreng..

    ReplyDelete
  5. dah simpan dalam sejuk beku tu..leh laa buat byk2 kan...bila2 masa nak mkn tinggal nak goreng jerk...
    sue culik sebungkus nih.nak bekukan kat esbok sndirik..kikiki

    ReplyDelete
  6. kena buat ni..dah lama x buat..anak2 dah mintak dah..terliur dia tgk gamo ais cream naz ni..

    ReplyDelete