Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Sejak buat aiskrim goreng ni, banyak pulak lebihan roti lepas bentukkan roti goreng tu. Jadi dok cari-cari, tengok-tengok, jeling-jeling, skodeng-skodeng dapur blogger-blogger lain untuk cari resepi yang sesuai untuk gunakan lebihan roti tu. Terjumpalah resepi agar-agar roti ini di blog Izah. Melompat pulak lepas tu ke blog pemilik asal resepi agar-agar roti ini iaitu Mas.
Emmm.. betul kata Izah. Membuatnya cukup mudah. Tertarik hati sebab kebanyakan resepi yang Naz jumpa, biasanya ada campuran majerin atau mentega dalam senarai bahan-bahannya tetapi tidak pada resepi ini. Itu yang membuatkan Naz teruja untuk mencubanya.
Lagi satu, tuan punya resepi ni bagi nama "AGAR-AGAR ROTI" tapi Naz pulak pepandai menambah "WARNA-WARNI" pada hujung nama resepi tu. Jangan marah ye Mas...hehehe.. Bukan apa, bila dah siap agar-agar ni, dalam kepala tak berhenti-henti memikir perkataan warna-warni tu bila melihat warna agar-agar ni. Tapi kredit tetap pada Mas tuan empunya resepi. Terima kasih Mas sebab berkongsi resepi yang sungguh sedap ini. Dan terima kasih kepada Izah juga sebab mempromote agar-agar ni di blognya.
Klik di dapur Mas atau dapur Izah ni untuk melihat agar-agar roti mereka. Resepi asal meletakkan roti dalam ukuran "keping" tapi Naz menimbang berat roti ini untuk mendapatkan dalam ukuran metrik sebab roti-roti yang Naz nak gunakan tu adalah lebihan buat aiskrim goreng. Jadi dah tak lengkap sebagai sekeping roti setiap satu kalau nak ikut ukuran asal resepi ini.
AGAR-AGAR ROTI WARNA-WARNI
Sumber Resepi : Mas
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
20 gm agar-agar bertali atau sepeket serbuk agar-agar 10 gm (Naz guna serbuk agar-agar)
6 cawan air
200 gm gula pasir (Naz sukat 3/4 cawan)
1 tin susu cair
6 keping roti (Naz timbang = 200 gm roti)
1 biji telur
3 jenis pewarna kegemaran
1 tsp asen vanilla
Cara-cara :
- Roti, susu cair dan telur disatukan. Apabila roti kembang, kisar hingga halus.
- Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak hingga agar-agar larut.
- Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
- Kecilkan api dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau-kacau hingga mendidih sikit dan tutup api
- Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna yang berlainan setiap satu.
- Basahkan loyang dan tuang habis 1 warna adunan di tengah loyang diikuti dengan warna ke 2 dan warna ke 3.
- Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.
Uiiihhhhh!!! Memang sedap agar-agar ni. Rasanya yang lembut, sejuk pulak tu.. nyaman jer melalui tekak ni.. Jangan mintak eh.. Dah habis beri hubby bawak sikit pergi office dan dirumah pun anak-anak dah kerjakan..
cantik kaler puding ni naz.. lembut jer :)
ReplyDeletesalam kak naz....wahhh..cantik betoi agar2 roti akak....warna warni...he..he..
ReplyDeletetak pe kak..nama agar2 roti warna warni pun cantik, mas tak kisah, janji yang mencuba puas hati dengan resepi tu...
yang penting sedapp kan kak...
Salam Kak Naz,
ReplyDeletegeramnye tengok puding dia.kalerful gitu... lagi satu terliur tgk aiskrim goreng tu. nampak mudah je nak buat. nak cuba la one day :D
ada lagi takkkk boleh hantuuu sepiring kat keramat tak? hehe...
ReplyDeletedulu masa roti tak habis mkn kak ilah mesti buat puding roti... ni agar2 pula canteekkk pula tuuu dlm berbagai versi...tahniah kretip..
maafff hantauuuu bukan hantuuu hehehe
ReplyDelete