Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday, 31 December 2009

SERIMUKA PANDAN


Kali ini nak simpan resepi Serimuka Pandan pulak ke dalam blog ini. Ada juga orang yang memanggil kuih ini dengan nama Putri Salat. Apa-apa pun ini merupakan resepi yang Naz guna untuk membuat kuih ini.


SERIMUKA PANDAN
(Untuk loyang segi empat 17 cm)
LAPISAN BAWAH (PULUT)
Bahan-bahan
:
1 cawan pulut
1 1/4 cawan santan cair
Secubit garam

Cara :
# Basuh pulut.
# Masukkan pulut, santan dan garam ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
# Lapik loyang lain dengan plastik .
# Masukkan pulut yang telah masak tadi. Ratakan dan tekan pulut supaya mampat dan cantik.
# Kukus semula dan tuang lapisan atas.

LAPISAN ATAS
Bahan-bahan :

1 cawan santan pekat
1/4 cawan jus pandan + sedikit pewarna hijau
1/4 cawan gula
2 TBSP tepung gandum
2 TBSP tepung kastad
1 biji telur
1/2 tsp garam

Cara :
# Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul. Tapis adunan sekiranya perlu.
# Tuang adunan perlahan-lahan ke atas pulut tadi.
# Kukus lebih kurang 30 minit. Untuk mengelakkan wap air jatuh ke atas kuih, balut penutup kukusan dengan kain.
# Biarkan kuih sejuk dulu di dalam loyang sebelum dipotong.

Nota:
* Adunan di atas cuma menghasilkan kuih dalam loyang square 17 cm saja. Jadi kalau nak buat banyak, doublekan aja adunan di atas tu.
* Jus pandan boleh digantikan dengan beberapa titis perisa pandan yang dicampurkan dengan air dan pewarna hijau bagi sesiapa yang sukar mendapatkan daun pandan. (Naz pun guna perisa pandan sebab nak try. Sedap jer..)
* Naz gunakan santan dalam kotak sebab memang dah ada di rumah..


Perisa pandan dan pewarna hijau yang Naz gunakan.

Sunday, 27 December 2009

KEK PISANG NORAZIE


Resepi kek pisang nie datangnya dari Norazie tapi Naz jumpa resepi ni dari dapur maklang Azie rasanya.. Naz cuma buat separuh adunan jer sebab kalau full adunan dapat banyak sangat.. Bolehlah cuba untuk menambah salah satu resepi yang menggunakan pisang..

KEK PISANG NORAZIE
Bahan-bahan
: (resepi ini 1/2 dr resepi asal.naz dapat satu loyang bulat 19 inci)
1 cawan gula (boleh guna gula biasa atau brown sugar)
1 1/2 cwn tepung gandum (naz guna tepung kek) - ayak
1 cawan minyak masak (naz guna butter cair)
3 biji pisang berangan (naz guna pisang emas 6 biji)
1 sudu teh soda bikarbonat - ayak
3 biji telur
1 tsp asen vanilla (ni tambah sendiri)

Cara :
# Telur + gula --> pukul till fluffy.
# Masukkan pisang yang telah dilenyek beserta asen vanilla. Gaul sebati.
# Masukkan minyak. Gaul sebati.
# Masukkan tepung dan soda. Kaup balikkan hingga sebati dengan spatula.
# Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada 180° C selama 1 jam.

Saturday, 26 December 2009

PUDING ROTI CARAMEL


Resepi kali ini adalah resepi yang menggunakan roti sebagai salah satu bahannya. Kalau ada roti di rumah tu yang dah tak bersentuh tapi masih elok(tidak berkulat), jangan dibuang. Boleh lagi digunakan untuk membuat sesuatu yang boleh dimakan. Yang pasti, perlu dielakkan pembaziran..


PUDING ROTI CARAMEL
Sumber : Hanieliza
Bahan-bahan :
750 ml susu segar
3 biji telur
2 TBSP gula kastor
1 tsp esen vanilla
6 keping roti [koyakkan]

1/2 cawan gula [hanguskan]

hiasan.... buah peach dalam tin atau fruit koktel

Cara :
1. Gaulkan susu, telur, gula kastor, esen vailla dan roti dalam mangkuk.
2. 1/2 cawan gula tadi dijadikan gula hangus dan masukkan ke dalam loyang.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan adunan roti dalam loyang yg ada gula hangus.
5. Kukuskan selama 30 minit diatas api sederhana.
6. Angkat dan sejukkan loyang.
7. Bila telah sejuk terbalikkan perlahan ke dalam pinggan yang melengkung.
8. Susunkan hirisan buah peach atau taburkan fruit cocktail dan sejukkan.
9. Potong dan hidangkan.


**Nadz blend roti dgn susu supaya roti tu hancur… so tak nampaklah ada roti dlm pudding tu…

Friday, 25 December 2009

AGAR-AGAR BUAH LONGAN


Hmmm.. dapat idea nak buat agar-agar ni bila tengok di rumah kak Rinn dulu. Cuma macam biasalah mesti ada modifikasi semasa membuatnya mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada di dapur rumah ni. Kebetulan di rumah ni memang ada buah longan segar. Walaubagaimana pun, buah tu boleh ditukar kepada buahan lain mengikut selera masing-masing. Pasti sedap dimakan setelah disejukkan di dalam peti ais...


AGAR-AGAR BUAH LONGAN
Bahan-bahan :

10 gm serbuk agar-agar
1 liter air(4 mug air)
10 TBSP gula pasir (ubah suai ikut kemanisan sendiri)
Buah longan (dikopek dan dibuang bijinya)-Pakai dlm tin pun boleh
Sedikit pewarna merah(naz guna sirap cordial)
Sedikit pewarna hijau

Cara :
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
3. Susunkan buah longan ke dalam acuan kecil atau ke dalam loyang.
4. Keluarkan 1/2 larutan agar-agar dan tuang ke dalam acuan sekadar menengglami buah longan. Biarkan larutan keras sedikit.
5. !/2 lagi larutan agar-agar dicampur dengan sirap atau pewarna hijau.
6. Tuang ke dalam acuan yang berisi buah longan dan agar-agar plain tadi. Biarkan keras dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Saturday, 12 December 2009

SWISS ROLL NENAS

Kali ini saksikan kemunculan "SWISS ROLL NENAS". Resepi swiss roll yang sama jer dengan resepi Swiss roll batik coklat dulu cuma ada sedikit modifikasi untuk disesuaikan dengan nama Swiss Roll Nenas ni. Dalam resepi ini Naz menggunakan jem nenas sebagai filling kek. Jem nenas ini adalah jem nenas yang memang ada di rumah ni yang biasa Naz buat untuk membuat kuih tart nenas. Cuba lihat swiss roll yang dah kena potong ni. Nampak kan jem nenasnya.. SWISS ROLL NENAS Bahan A : 
3 biji telur gred A @ B 2 oz gula castor 
1/2 sudu teh baking powder 
1/2 sudu teh esen vanilla 
1/2 sudu besar ovallete 
1.5 oz tepung gandum 1/2 sudu besar susu tepung 

Bahan lain :
2 oz mentega cair Sedikit pewarna kuning Jem nenas secukupnya 
Cara : 
1. Pukul Bahan A (kelajuan maxsima) sampai fluffy (7 – 9 min) 
2. Asingkan 1 1/2 sudu besar batter dan masukkan ke dalam piping bag.  
3. Masukkan sedikit pewarna kuning ke dalam adunan batter asal dan pukul hingga sebati. 
4. Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata. 
5. Tuangkan adunan batter ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya. 
6. Paipkan adunan yang diasingkan tadi ke atas adunan yg diratakan dlm loyang dan buatlah corak yang diingini. 
7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah. 
8. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan jam nenas. 9. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.

Friday, 11 December 2009

ROTI JALA / ROTI KIRAI


Buat roti jala untuk sarapan pagi. Satu adunan, boleh tahan jugak banyak keping roti jala yang diperolehi. Disebabkan dah terlalu banyak makan daging since raya haji hari tu, so roti jala ni dilawankan dengan kari ikan sardin(boleh rujuk bawah label ikan yer!).


ROTI JALA
Bahan-bahan
:
2 cawan tepung gandum
1 cawan fresh milk atau susu cair atau santan
1 1/2 cawan air
1 biji telur
1 tsp garam
Beberapa titis pewarna kuning

Cara :
1. Masukkan semua bahan cecair ke dalam blender dan blend. Masukkan tepung sediki demi sedikit dan blend sehingga sebati. Sekiranya batter kelihatan berketul-ketul tapis ke dalam mangkuk.
2. Panaskan kuali leper non stik dan tebar roti jala menggunakan acuan roti jala. Biarkan roti jala masak lebih kurang 1 minit.
3. Angkat dan lipat ikut bentuk yang anda suka.

KARI IKAN SARDIN


Resepi kari ikan sardin ini, cedok dari dapur ummizaihadi. Ummi, Naz copy & paste jer ye.. Makan kari ikan sardin ini bersama roti jala aka roti kirai untuk sarapan pagi. Dah puas pulak makan daging semenjak hari raya haji hari tu. Saja tukar selera dengan kari ikan pulak. Kalau nak resepi roti jala, sila cari di bawah label "Kuih-muih" ye!

KARI IKAN SARDIN
Bahan-BAHAN
:-
1 tin besar sardin - ambil isinya saja
1 1/2 cawan santan cair * dibancuh bersama jadikan pes
1 paket (6 sudu besar) serbuk kari ikan *
1 sudu besar cili kisar *
1 sudu kecil serbuk ketumbar *
1 cawan santan pekat
3 biji kentang - kupas dan potong kiub
2 biji tomato - belah 4 setiap 1 biji
garam secukup rasa

Bahan Tumis:-
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
2 batang serai - ketuk
1 sudu kecil halba campur
2 pelepah daun kari
1 biji buah keras – tumbuk

Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan kacau hingga naik bau.
2. Masukkan pes rempah tadi. Perlahankan api dan masak rempah hingga naik minyak. Kacau-kacau selalu.
3. Bila rempah telah pecah minyak, masukkan ubi kentang. Kacau rata dan masak kentang hingga 3/4 empuk kemudian masukkan ikan sardin. 4. Kacau sebentar dan masukkan santan cair dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan perlahan api.
5. Bila kentang telah benar2 empuk, masukkan belahan tomato dan tutup api.

Thursday, 10 December 2009

MUFFIN PISANG COKLAT RICE



Resepi muffin ni mudah juga sebab semua bahan cuma perlu dikacau atau digaul aje..Cuma jumlah gula tu boleh dikurangkan bagi sesiapa yang tak gemar makanan yang manis-manis sangat. Lagi pun kemanisan muffin ni dipengaruhi oleh pisang yang digunakan jugak. Lebih masak pisang tu, tentulah lebih manis rasanya.. Jadi ikut tekak masing-masing ye..

MUFFIN PISANG COKLAT RICE
Sumber : Hanieliza
(Nadz buat dapat 26 biji muffin saiz atas tu)
Bahan-bahan :
140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum ] ayakkan
1 s/k baking powder ]
1 cawan pisang - hancurkan [4 biji pisang berangan]
2 s/b susu tepung
1/2 cawan coklat rice

Cara :
1. Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebti.
3. Masukkan tepung yg telah diayakkan.
4. Masukkan pisang dan susu tepung. Kacau rata.
5. Masukkan coklat rice dan kacau lagi.
6. Masukkan adunan dalam muffin cup.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai kueh dan hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...