Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 12 October 2009

PUDING CENDOL



Salah satu pencuci mulut yang naz bawa ke rumah mak ngah untuk jamuan hari raya bersama family sebelah suami naz. Puding cendol ni naz buat guna loyang 12 X 12 inci. Ketebalan puding lebih kurang 1 inci. Resepinya seperti berikut..

Bahan-bahan :
Lapisan bawah:

> 500 ml air
> 220 gm gula pasir
> 300 ml santan pekat
> 10 gm serbuk agar-agar
> 500 gm cendol
> secubit garam

Cara:
1. Air, gula pasir dan agar-agar serbuk dimasak sehingga mendidih dan larut.
2. Masukkan santan & garam. Kecilkan api & biar mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau. Tutup api.
4. Basahkan loyang & lapik dgn plastic.
5. Tuang adunan cendol.

Lapisan atas:
> 600 ml air
> 250 gm gula merah/gula Melaka
> 400 ml santan pekat
> 10 gm serbuk agar-agar
> secubit garam

Cara:
1. Masak gula merah dengan ½ drpd 6oo ml air. Tapis.
2. Masak baki air bersama air gula tadi dan agar-agar serbuk hingga larut & mendidih.
3. Masukkan santan & biar mendidih seketika dgn api yang perlahan. Tutup api.
4. Cucuk atau cakar lapisan cendol dgn garfu.
5. Tuang lapisan gula merah perlahan-lahan. Bekukan.

Okey resepi dah ada, bolehlah cuba pada sesiapa yang berminat.  

Tuesday, 6 October 2009

MUFFIN PANDAN

Okey, ini muffin pandan yang Naz buat mengikut resepi Yani(MR). Resepi ni jumpa di dapur maklangazie. Tapi ada sikit pengubahsuaian mengikut barang-barang yang ada di dapur.. Cuma warna muffin tu kurang hijaunya.. Next time kena letak pewarna hijau lebih sikit kot. So jom layan..


Pandan Muffin
(Resepi asal from Yani; telah diubah suai sendiri)

Bahan :
180 g mentega tanpa garam (unsalted butter)
140 g gula halus (naz guna gula pasir biasa je)
2 biji telur gred A
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 g tepung gandum *
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste dan colouring hijau
Sedikit coklat cip untuk hiasan (optional) (I used raisin)

Cara :
Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..

Monday, 5 October 2009

KUIH RAYA..


Ni sebenarnya entry yg dah terlewat dipublish sebab lama sangat cuti dari mengadap komputer. Ini salah satu tempahan dari member-member di tempat hubby ku kerja.. Terima kasih semua ye! Alhamdulillah feedback yang ku terima, nampaknya semua pelanggan berpuas hati dengan biskut masing-masing.. Dah ada pulak yg berhajat nak tempah untuk Hari Raya Haji nanti.. Insyallah tak ada aral melintang dan kesihatan diri yg mengizinkan, bolehlah naz usahakan..

KEK LAPIS ASAM KUKUS


Bahan-bahan :
5 biji telur }asingkan putih telur dgn merah telur
1 1/2 cawan tepung biskut
1/2 cawan susu pekat manis (125 ml)
190 gm butter
3/4 cawan gula
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
Asam duit syiling secukupnya

Cara :
1. Putih telur + gula + baking powder -pukul sampai kembang.(A)
2. Merah telur + butter - pukul sampai kembang (B)
3. Masukkan (A), susu, vanilla asen & tepung biskut ke dalam (B).Mix well hingga sebati.
4. Bahagi adunan kpd 2 dan warnakan salah satu.(part nie ikut suka lee..)
5. Kukus selapis selapis dan selang dgn asam setiap 2 lapisan.

Friday, 2 October 2009

JEMPUT AMBIL KAD UCAPAN HARI RAYA



Salam untuk semua teman-teman di alam maya. Sudi-sudikanlah ambil kad raya ikhlas dari Naz untuk semua.. Walaupun agak lewat setelah 2 minggu Syawal menjelma, harap teman-teman semua sudi menerimanya..

KAD UCAPAN HARI RAYA



Kad raya dari Seri Nadhirah.. Tq Dhirah..

Sunday, 20 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Salam untuk semua teman-teman blogger dan pengunjung blog ini. Selamat hari raya diucapkan kepada semua. Ampun dan maaf dipinta andai ada kesilapan yang dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.. Maklumlah sebagai hambaNYA di muka bumi ini, kita tidak akan terlepas dari melakukan sebarang kesilapan.

Maaf juga kepada pengunjung blog ini kerana sekian lama tiada up date dari blog ini.. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana kesihatan Naz yang tidak begitu mengizinkan. Insyallah, semakin baik kesihatan ini, akan Naz kemaskini dapur di blog ini..

Tuesday, 8 September 2009

TART NENAS GULUNG


Ini resepi tart nenas yang biasa Naz guna semenjak first time membuat tart nenas di zaman anak dara dulu. Resepi ni dapat dari buku koleksi resepi mak di kampung.. Jadi pada siapa yang ingin mencubanya, lihat resepi di bawah ini..

TART NENAS GULUNG
By : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Sumber: My mom

Bahan Doh :

2 1/2 cawan tepung gandum }

1/2 cawan tepung jagung } ayak bersama

1/2 tsp baking powder }

1/2 cawan susu tepung

1/4 cawan gula kastor

250 gm butter

1 biji kuning telur

1 tsp esen vanilla


Cara :

1. Butter + telur + gula + asen vanilla --> beat till fluffy.

2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan uli.

3. Gunakan acuan tart jenis tekan. Masukkan sedikit doh dan tekan memanjang. Isikan dengan sedikit jem nenas dan gulung.

4. Sapukan sedikit kuning telur di atas tart yang telah siap digulung.

5. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.

Bahan jem nenas :

1 biji buah nenas

4 kuntum bunga cengkih

8 biji gula batu (optional)

Gula pasir secukupnya (ikut kemanisan yang dikehendaki)

1 biji limau kasturi - diperah jusnya (optional)


Cara :

1. Potong buah nenas kecil-kecil. Blend hingga lumat(tak perlu tambah air).

2. Masukkan ke dalam periuk(seeloknya non stick pan) bersama gula batu dan bunga cengkih.

3. Bila agak kering, masukkan gula secukupnya dan perahkan jus limau kasturi agar jem tahan lama.

4. Sejukkan dan boleh digunakan atau disimpan di dalam peti ais.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...