Monday 14 November 2011

TALAM CENDOL (CHEF ASMA)

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Tiba-tiba teringin rasa nak makan kuih muih yang ada cendol di dalamnya. Dulu dah pernah buat puding cendol. Jadi sekarang rasanya nak makan talam cendol pula.

Cari-cari resepi dari internet, terjumpa resepi Chef Asma ni. Terus je tak fikir panjang untuk membuatnya. Masyallahhh... memang sedap sangat talam cendol resepi chef Asma ni. Tak rugi mencubanya. Anak lelaki Naz suka sangat talam ni terutamanya lapisan atas yang ada gula merah/melaka tu. Naz pun suka gak..hehehe..

Disebabkan tiada pengukus besar yang boleh memuatkan loyang dengan saiz seperti di dalam resepi, jadi Naz kukus dalam dua loyang yang berlainan untuk memuatkan satu adunan talam cendol ni. Satu loyang Naz bawa ke rumah SIL yang mengadakan jamuan sempena masuk ke rumah barunya bersama dengan Puding Roti Marble.

Terima kasih kepada Chef Asma sebagai tuan empunya resepi dan juga kepada Daria atas kesudian memanjangkan resepi ini untuk dicuba oleh orang lain.


TALAM CENDOL

LAPISAN BAWAH

Bahan-bahan A :
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 Tbsp tepung jagung*
  • 150 gm gula kastor
  • 1 tsp garam
Bahan B :
  • 200 gm cendol (Naz letak lebih)
Cara-cara :
  1. Satukan bahan-bahan yang bertanda * dan tapis ke dalam periuk. Masukkan bahan lain di dalam A.
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu untuk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung di senduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata.
  4. Masukkan ke dalam loyang 10" X 10" X 2" yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.
  5. Kukus selama 25 minit.
  6. Selepas masak, cakar-cakar permukaannya dengan garfu.

LAPISAN ATAS

Bahan-bahan A :
  • 300 gm gula merah/ gula Melaka
  • 50 gm gula kastor (Naz tak letak)
  • 500 ml air
Bahan-bahan B :
  • 150 gm tepung gandum
  • 3 biji telur (boleh guna sehingga 5 biji telur kalau nak banyak)
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis masuk ke dalam periuk.
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).
  5. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
NOTA :
  • Dinasihatkan agar membalut tudung periuk pengukus agar wap air tidak menitis di permukaan kuih untuk mendapatkan permukaan kuih yang cantik.
  • Kalau ada air wap yang bertakung di permukaan kuih talam selepas selesai mengukus, buang air tu dengan cara menyerapnya menggunakan tisu dapur.
 SELAMAT MENCUBA!

12 comments:

  1. wah..wah..sedapnya kuih..santan takdela kak Naz...meh suapakan saya...
    lama menyepi? Banjir dak sana?

    ReplyDelete
  2. salam adik ku..lama tak dengar citer..tup tup ada cendol plak..lamanya tak kita buat kuih talam..huh huh..cendol ada tu dalam aisbok...esok la...

    ReplyDelete
  3. Naz..

    menyelerakan sungguh..I still have cendol sepaket in my fridge..harus ku buat jugak kan...How hv u been dear?

    ReplyDelete
  4. salam naz, sedap talam cendol ni..

    ReplyDelete
  5. penah makan talam cendol ni...tapi tak penah lagi buat sendiri..he he...

    ReplyDelete
  6. Salam Naz,Kak Ros tak pernah buat pudding ni..percaya tak.Tapi suka makan dan selalu beli kat bakery.Tak tahu kenapa tak rajin nak membuatnya..tunggu seru mesti nak cuba juga 1 hari nanti.

    ReplyDelete
  7. sedapnya tgk talam cendol akak ni...kat sini tak ada jual cendol..nk kena buat sendiri cendol la tapi malas la pulak...:)

    ReplyDelete
  8. As'salam Naz


    k.ct pun pernah buat sekali, memang sedap, sesekali layan kuih2 talam ni memang sedap kan Naz :)

    ReplyDelete
  9. skrg tgh cuaca sejuk2 nmpk apa pun perut terus jd lapar naz....tapi kuih ni mmg nmpk sedap naz, kalau ida nk buat, nk kena buat cendol sendiri dulu adehhhh....cuci mata tgk kuih naz jer la

    ReplyDelete