Thursday 3 November 2011

BAKED MACARONI & CHEESE


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Baked macaroni and cheese ni dah lama anakanda Haris request. Membuatnya pun bukannya susah sangat pun tapi ummi dia ni yang kemalasan. Lagi pun setiap kali pergi membeli barang-barang keperluan rumah, selalu tercicir item makaroni ni dari senarai barang-barang yang nak dibeli. Tapi Alhamdulillah kali ini berhasil juga memasak makaroni & cheese ni untuk Haris. Satu bekas kaserol yang Naz buat ni, Haris sorang jer yang makan. Tapi bukanlah makan sekali dah habis. 4 kali makan dalam masa yang berlainan, habis licin semuanya. Sebab dia makan habis, ummi dah janji akan buatkan lagi tapi versi lain pulak makaroni & cheese ni.


BAKED MACARONI & CHEESE

Bahan-bahan :
  • 200 gm macaroni atau elbows macaroni (1 1/2 cawan)
  • Keju parut secukupnya
~ Rebus macaroni 1/2 masak dan toskan.

Bahan Inti Daging :
  • 1 cawan daging cincang
  • 1 batang lobak merah - Hiris halus atau sagat
  • 1/2 labu bawang besar - Potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - Cincang
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • 5 Tbsp sos spagetti atau sos tomato (nak lebih sedap, gunalah sos spagetti)
  • Garam
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara :
  1.  Panaskan minyak.
  2.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga sedikit layu.
  3.  Masukkan lobak dan biar layu.
  4.  Masukkan daging cincang dan biar hingga kecut dan perang.
  5.  Masukkan sos spagetti atau sos tomato serta lada hitam dan garam. Sesuaikan rasanya. 
  6.  Tutup api dan ketepikan.

Bahan Sos Putih (White Sos) :
  • 2 Tbsp mentega atau majerin
  • 2 Tbsp tepung gandum
  • 2 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Lada sulah
  • 125 gm keju mozzarela atau cheddar (diparut)
  • 2 biji telur - dikocok sikit 
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam periuk.
  2. Masukkan tepung gandum dak kacau hingga tidak berketul-ketul.
  3. Kecilkan api daput atau boleh terus tutup dulu. Masukkan susu segar dan kacau rata. Buka semula api dapur dengan api yang sederhana. Terus mengacau hingga sos kelihatan sedikit pekat.
  4. Masukkan keju parut dan kacau hingga keju cair. Masukkan garam dan sedikit lada sulah. Tutup api.
  5. Masukkan telur yang dikocok tadi dan kacau-kacau rata-rata.
CARA MENYEDIAKAN BAKED MACARONI AND CHEESE
  1. Di dalam bekas caserol atau bekas lain yang bersesuaian seperti loyang kek, gaul makaroni yang telah direbus tadi bersama inti daging dan sos putih.
  2. Ratakan di dalam bekas caserol. Taburkan permukaan makaroni dengan parutan keju parut rata-rata. Sekiranya suka, boleh taburkan bread crumb di atas keju parut tadi.
  3. Bakar pada suhu 175 C selama 15 minit atau hingga keju parut di permukaan makaroni cair sepenuhnya.
SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

  1. alaaa...kita takde bekas caserol tu, cmne eh? bake makaroni cheese ni akak selalu fail la...pernah buat hari tu rasa mcm takut nak buat lg sb tercair.

    ReplyDelete
  2. Naz sedap tu.kak sini hujan lebat la. Sedapnya kalau dapat makan confort food tu.

    ReplyDelete
  3. As'salam Naz

    k.ct ni makaroni masih ada lagi dalam tapeware tak terusik. ingat nak buat macam ni lah..sedap nampak :)

    ReplyDelete
  4. salam kak naz..aimishyu kak... ape kabar?? lame x singgah dapo cantek kak naz nih.. kite baru je kuar bertapa dari gua seguntang gua segunting...wakakak... sedapnyer baked macaroni... nakkkk seslice kakkk!~ cissss lebeyyy...hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum naz...
    waah sedaaapnya tgk baked macaroni cheese tu... adeeh.. lapar terus nie.. nak ckit... ada lg x nie... :)

    ReplyDelete
  6. nmpk sedap tu Naz, kakliza tak pernah wat bake macaroni.Tp rasanya mmg mendapat sambutan kat umah ni,budak2 mmg suka pasta

    ReplyDelete
  7. waaa.. dah kuar makaroni baked.. teringat2 MB ari tuh.. mmg sama la caserol kita tu..

    ReplyDelete
  8. waaa, sedapppnya tengok baked macaroni tu... :)

    ReplyDelete
  9. Ooo.. tun duk pikir2, ape mende laa kaler oren2 kat atas tu. breadcrumbs rupa2nya.. xpernah lg letak breadcrumbs atas bake macaroni..

    ReplyDelete
  10. Haris mcm abg2 kat rumah suka betul mkn makaroni cheese ni.ingat apa yg kuning tu...rupanya breadcrumb... nampak menarik kuning2 gitu...
    Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat Naz sekeluarga.

    ReplyDelete
  11. suke2! baru je buat hari tu...tapi versi melayu la...nak try versi org putih mcm ni pulak lenkali

    ReplyDelete
  12. menu cuti sekolah K1 he hee.. mmg bebudak suka sgt ngan macaroni cheese ni.. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Naz dn family ...

    ReplyDelete
  13. salam kak naz.. sedapnya nampak.. suka tgk.. boleh la cuba nanti anak ita pun suka menu macam ni

    ReplyDelete
  14. Salam Naz. Sama lah dgn anak2 Along. Kalau buat menu2 camni mmg semangat je dia org tu makan.

    ReplyDelete