Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday, 21 November 2013

SELAMAT TINGGAL DUNIA BLOGGER??, & MY 3rd PRINCESS

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat bertemu kembali setelah sungguh lama Nadz menghilangkan diri dari dunia blogger. Nak tinggalkan terus dunia blogger??? Adakah itu keputusannya sekarang? Ohhhh...tidakkkkk. Sebenarnya rentetan dari episod mual-mual awal tahun 2013 ni berterusan dengan keadaan morning sickness dan bloating yang berlarutan hinggalah sampai saat sebelum melahirkan pada bulan Septermber 2013 yang lalu. Memang terbatas terus mood nak mengupdate blog. Malas je rasanya. Then, after deliver sibuk pula dengan si kecil Marissa Hasya. Tak juga mengupdate apa-apa di blog. Senang cerita, mengaku je lah; maaaaalassssss sebenarnya..hehe..heheeee. Anyway, untuk meninggalkan terus blog ni, mungkin bukan sekarang masanya. Sayang tau dengan dunia blogger ni serta kawan-kawan yang sealiran. Cuma untuk update entry di sini, mungkin semput sikit la buat masa ni.

Ok, sekarang nak perkenalkan my 3rd princess dalam family. 
MARISSA HASYA.. 
Lahir pada 18/9/2013..
Born with 3.1 kg weight..


Hasya : 0-1 month

Sekarang Hasya dah 2 bulan lebih. Alhamdulillah berat pun dan bertambah menjadi 5.3 kg. Membesar dengan sihat dan sempurna. 
Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu yang amat membahagiakan aku sekeluarga. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dari mula mengandung (morning sickness dan bloating yang berlarutan hingga saat bersalin), bersalin (hampir-hampir perlu masuk OT) dan tempoh berpantang (sore nipple, tidur yang tak cukup, bp yang perlu dikawal rentetan preeclampsia masa mengandung dll). 

Menitis jugalah air mata ni sejurus selepas Hasya selamat dilahirkan dan menitis juga air mata ni semasa rasa begitu tertekan sewaktu dalam pantang. Maklumlah masa dalam pantang memang mood tak menentu. Bersalin pula bukan anak sulung, meanings ada anak-anak lain yang perlu diuruskan pada waktu yang sama. Berpantang pula sendiri tak ada yang menjaga. Tak ada makna rehat yang cukup sebenarnya. Semuanya perlu dilalui dan dihadapi dengan tabah setelah kurniaan Allah yang tidak ternilai diberikan sebagai pinjaman. Memang perlulah kita bersabar dengan dugaan-dugaannya.


Ok sampai di sini saja coretan kali ini. Terima kasih untuk kawan-kawan yang sentiasa bertanya khabar di Fb sepanjang tempoh Nadz mengandung hingga selamat bersalin walaupun tak aktif berblogging. Terima kasih juga atas doa-doa yang baik serta ucapan-ucapan tahniah yang tak terbalas. Saaaaaaayaaaang korang semua.
  
Hasya : 0-1 month

Hasya: 1++ months

Hasya : 2++ months

12 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam naz
Tahniah.....comeynya princess naz
Alhamdulillah sehat2 ye
Berkat kesabaran akhirnya
Sedap nama mcm tuannya jg
Yg penting sekali kala update ok he hee

Sweet red cherry said...

salam kak naz..

tahniah la ya..comel sangat baby hasya tu..semoga lalui hari2 dengan indah..

Mama3Q said...

Alhamdulillah.....and tahniah...
comel bebaynya...rambut terpacak...hehe

tun_telani said...

kak naz nihh... wat tergezut org je.. huhu....
omey sgt2 tembam! rasa nk gighit je.. hihi

izahdaut said...

Tahniah...tuko baby kejap kak..haha..

Liza said...

tahniah naz...geram tgk rambut dia tu...hihi

inahar ali said...

wahh..tomeinyer baby!!! tahniah ye nadz..syukur alhamdulillah!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tahniah Nadz dengan kelahiran puteri yang comel tu... Hasya buat acik geram mcm nak gomol2 je rasanya.. hehe...
bukan senang utk menjadi seorang ibu kan Nadz... moga urusan Nadz menguruskan anak2 & family dipermudahkan sokmo... amin..

Yatie said...

comelnya baby Hasya ni, geram tngk...nak gomol2 je pipi tu..btw tahniah Nadz...

zila norazila said...

Tahniah dr zila nadz..ank kita sbaya kn..mmg btl skrg mmg trbts btl nk update blog. Zila pun kkdg smpai ptg bru siap msk .tp hppi btl kn dpt bby..

Chik Mimi said...

Alhamdulillah ,dah dua bulan Marissa ye comei macam Maisarah jugak .akak dulu pun berpantang sendiri tak da yang menjaga ,so mmg paham keadaan Nadz

Ain Fajar said...

comeynye..mcm ank cina plak..lama ain x jenguk dapur nadz, d sebabkan masalah alahan yg teruk jg dan penyakit malas yg tinggi..alhamdulillah dah besar pun c kecik nie..xtau lah ain nnt mcm mn..huhu..kandungan yg berisiko jg ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...