Sunday, 19 May 2013

KEK LABU MANIS

 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dengan tenang di muka bumi Allah SWT ini disamping dapat menambah lagi koleksi resepi ke dalam blog ini.

Kali ini nak kongsikan resepi Kek Labu Manis. Resepi asal datangnya dari En.Mat Gebu tapi Nadz copy resepi ni dari blog kak Yatie. Harap dihalalkan perkongsian ilmu ini ya.

Rasa kek ni memang lemak-lemak manis. Kebetulan masa terlihat kek yang ditayangkan oleh kak Yatie di laman fb tu, memang ada sebiji labu yang tergolek di dapur. Jadi terus je la bereksperimen membuat kek ni. 

Tengok kek ni, tinggi pula naiknya lepas dibakar. Nadz trim bahagian atas yang merekah-rekah tu. Anak-anak dok terkam bahagian kek yang ini pula sebab garing..hehehe..

Lepas masak, kek ni naik tinggi pula dalam loyang Nadz yang comel tu. Dapat banyak jugalah kek ni selepas dipotong-potong. Nadz ni memang suka sangat makan labu. Lebih-lebih lagi kalau dibuat masak lemak putih tu tapi semenjak mengandung ni, perut macam tak tahan dengan makanan yang berangin. Jadi Nadz cuma makan sepotong dua je kuih ni, tinggalkan sikit untuk anak-anak dan yang selebihnya diagih-agihkan kepada jiran. Takut nanti tak boleh tidur malam pula kalau perut meragam.


KEK LABU MANIS
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 camca teh garam
  • 450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
  • 2 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 camca teh soda bicarbinate*
  • 1/2 camca teh baking powder*
  • 1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut.
SELAMAT MENCUBA!

11 comments:

  1. Salam kak naz.. owh. pregnant ek.. congratz kak :)
    baru berjaya BW nih. hihi.. lama betul mnternak lemak kat kampung ;p tun suka mkn labu, tp wat kuih2 labu ni tun sorg je yg makan. huhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nadz, nani pun penah bereksperiment wat kek labu tempoh hari, sedap, anak2 suka, alhamdullillah, naik elok... Nadz punya ni comel, nani pun suka mkn bahgian garing tu, makan panas2 mmg sedap... Kan... Comel elok acuan nadz...

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan kek ni...nampak kat gambar sedap..lepas ni saya mesti cuba...

    ReplyDelete
  4. salamekom Naz....
    amboix3 mak buyung buat kek la pulak..
    xpenat ke Naz oii...mkn kena jaga tau nanti nak kena minum air gula...

    ReplyDelete
  5. Salam Naz amboi nak bukan main cantik..warna pun cantik....dan yg pasti akk pun turut egoda dah...jga kesihatan ye Naz...

    ReplyDelete
  6. sedapnye kak naz..zila suka labu melabu ni..tergoda tgk kuning diraja tu kak

    ReplyDelete
  7. Salam. Nadz nak dpt baby rupanya, nmpk sgt kakpb tak bw dapur Nadz. Ada juga labu org bagi kering dlm peti. Kakpb sorang peminat labu, yg lain2 tu hampeh.

    Nanti nak cuba resipi ni.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Nadz,
    umi pun suka sangat labu masak lemak..tapi tak pernah la makan kek labu manis..nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Nadz,
    kek ni mmng besar kejadiannya, jadi tak bolehlah guna loyang kecik molek..btw tq sudi mencuba..mmng sedapkan...

    ReplyDelete
  10. Assaaalam nadz baru je akk menghabiskan labu, kalo tak boleh ngetest resipi kek labu manis ni. Sebelum ni akk tak pernah mkn labu yg di rebus begitu saje,bila mkn seketul tu sedap rupanya manis mcm letak gula je kan.

    Nak cuba resipi ni kena cari labu dulu la pulak, nampak sedap n gebu tu

    ReplyDelete
  11. Mmg bsar kek ne kn..suka zila tgk..gebu jew..

    ReplyDelete