Thursday, 16 May 2013

ROTI BOY (MEXICAN BUN)

 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni ada mood untuk mengupdate blog. Bila ada mood dan ada kelapangan, barulah ada entry terbaru dari Nadz..hehehee..

Roti boy atau Mexican bun ini memanglah menjadi kegemaran Nadz dan anak-anak. Sedapppp... Ada rasa nescafe pada toppingnya tu yang membuatkan roti ini istimewa pada rasanya. Semasa membakar, amboiiiiii...harum semerbak bau nescafe tu memenuhi ruang dapur.

Resepi ini Nadz ambil dari laman My Resipi tulisan Diana yang telah diubah-suai oleh beliau dari laman Recipezaar. Berdasarkan komen-komen positif daripada rakan-rakan yang telah mencubanya, membuatkan Nadz tertarik hati ingin mencuba resepi ini. 

Topping yang meleleh-leleh di tepi-tepi roti tu, rangup oooo... Berebut-rebut anak-anak nakkan topping yang di tepi-tepi roti tu.


ROTI BOY (MEXICAN BUN)

Bahan-bahan (17 biji )-bergantung kepada saiz setiap roti yang anda bentukkan.

# Bahan untuk Inti #
  • 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 35 gram gula perang
# Bahan untuk Topping #
  • 100 gram mentega, dilembutkan
  • 80 gram gula aising, diayak
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
  • secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
  • 100 gram tepung serbaguna, diayak
# Bahan untuk Doh Manis #
  • 500 gram tepung roti, diayak
  • 20 gram tepung susu, diayak
  • 75 gram gula kaster
  • 1 sudu teh) garam
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
  • 60 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara :
Cara untuk Intinya :
  1. Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. 
  2. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. 
  3. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. 
  4. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping : 
  1. Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. 
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. 
  3. Masukkan esen kopi. 
  4. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. 
  5. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Doh Manis : 
  1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 
  2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
  3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 
  4. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. 
  5. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara untuk membuat Roti Boy : 
  1. Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. 
  2. Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). 
  3. Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. 
  4. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. 
  5. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. 
  6. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.
Inti di bahagian dalam roti. Bahagian luar yang rangup dan bahagian dalam roti yang lembut.Nyummm...

SELAMAT MENCUBA!

11 comments:

  1. assalamualaikum nadz,
    seronok yer.. suka memasak untuk anak2... dulu nani waktu mula2 preggy tu, mmg alah dengan internet.. nak muntah je kalau depan internet.. lepas 5 bulan baru boleh.. baru ok je bila depan fb or blog.. gamaknya hari tu sbb nadz jadi macam nani kot, yang nadz lama tak apdet blog.. ye tak? saja serkap jarang je.. sori kalau salah..
    Nadz, nani ni mmg salutttttt sangat kat orang yg teror2 belaka wat roti... sbb nani langsung tak pandai wat roti.. nak harap beli BM.. blom ada peluang nak grab it's.. tak tau bila.. BM mahal sangat... pernah nani wat roti.. tapi jadi roti keras.. sampai skrg tak berani lagi... sedap maxico bun ni.. kalau gi tesco kan, mmg nani beli roti ni wat layan breakfast pepagi.. sedap..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak..wahhhhh roti ni klu makan time panas2 berketul habis tak perasan dek aromanya yang mewangi itewwwwww

    ReplyDelete
  3. Salam Naz,
    saya pun baru lepas buat..sedap tapi tak buat topping..nnt nak buat lagi dengan topping

    ReplyDelete
  4. Assalam naz, lamanya tak dtg jenguk dapur naz..sibuk bila dah pindah ke kmpg..sedapnya maxican bun, lama sgt dah tak buat bila ntah ade ms nak buat bun nie

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Naz..dh sihat ke..Alhamdulillah..Yana ms preggy taun lpas cuti lama jgk..males betul nk buka lappy hehee..

    Yana belum cuba bt sndiri lg roti boy kegemaran nih..slalu beli jer..mkn yg pns2 xckp sebijik kan kak hihii

    ReplyDelete
  6. Teringin juga buat..tp masih dlm impian hehe..sedap yg kerak2 kst tepi2 tu

    ReplyDelete
  7. I do believe all of the ideas you've offered on your post. They are very convincing and can definitely work. Nonetheless, the posts are too brief for newbies. Could you please extend them a bit from next time? Thanks for the post.

    Feel free to visit my page akribos watches for women

    ReplyDelete
  8. Aslmkum Nadz

    sedapnya tengok roti boy ni....menjadi Naz buat.bgh luar yg rangup tu yg sedap. kalau singgah kat tempat roti ada jual roti boy yg panas2 mmg laju beli. di Cairo ni mmg tak da jual roti boy...nak buat belum cukup rajin.
    re; betul tu Naz..kalau di Kel mmg femes sup gear box.biasa kena book gear box dr penjual sbb confirm cepat habis.

    ReplyDelete
  9. as salam Naz....
    amboix3 rajin betul mak buyung kita uli roti...uli2 juge...jgn lupe rehat tauuu....

    ReplyDelete
  10. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam.

    nak tanya, suhu suam tu mcm mana ye. boleh bagi contoh nak letak kat mana?

    ReplyDelete
  11. To Sobihah Abdullah,
    Suhu suam macam suhu bilik/ dapur je.. Maknanya bukanlah dlm bilik yg berpenghawa dingin ye.. Harap dah menjawab persoalan..

    ReplyDelete