Friday, 5 October 2012

NASI MINYAK SIMPLE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Coretan hari ini dimulakan setelah menyepi beberapa hari. Wahhh, dah masuk bulan Oktober rupanya. Cepatnya masa berlalu.

Hari ini nak kongsi resepi nasi minyak yang mudah je. Beras pun pakai beras biasa saja. Bukan beras basmathi yang memang selalu digunakan untuk pelbagai jenis nasi yang berperisa. 

Untuk lawan nasi minyak ni, Naz buat daging masak merah dan juga ayam masak kurma. Acar tu, tak lengkap sebenarnya. Cari-cari dalam peti ais, yang jumpa cuma lobak merah je. Bedal je la labu... Malas lak nak keluar cari timun..heheeee... Jadilah acar carrot. Jom tengok resepi.


NASI MINYAK SIMPLE
BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras - basuh dan toskan
  • 2 cawan air rebusan daging (ikut banyak mana air yang biasa disukat untuk beras ni)
  • 1/2 cawan susu cair
  • Rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji pelaga)
  • 2 sudu besar minyak sapi atau boleh ganti majerin
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1/2 inci halia - hiris memanjang
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit bawang goreng, kismis dan buah gajus sebagai hiasan
Cara-cara:
  1. Cairkan minyak sapi di dalam periuk letrik menggunakan api dapur. Tumis rempah empat sekawan dan juga bahan-bahan hiris. Biar hingga wangi.
  2. Masukkan air rebusan daging, garam dan susu cair. Kacau sebati.
  3. Masukkan beras, gaul dan tutup api dapur. Alihkan periuk letrik dari dapur gas dan masak nasi seperti biasa menggunakan periuk letrik tadi.
  4. Apabila nasi telah kering, gaul dan taburkan kismis serta buah gajus. Tutup periuk dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  5. Bila telah masak, hidangkan dengan taburan bawang goreng di atasnya.
NOTA: Kalau tak ada air rebusan daging, boleh ganti dengan kiub pati lembu atau kiub pati ayam.


AYAM MASAK KURMA
BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam (lebih kurang 6 ketul)
  • 3-4 sudu besar rempah kurma (campur sedikit air untuk dijadikan pes)
  • 1 labu bawang besar - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • Sedikit air asam jawa (optional atau boleh diganti dengan sekeping asam keping)
  • 2 cawan air (tambah lagi sekiranya perlu)
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. Bersihkan ayam dan buang kulitnya. Potong kepada beberapa bahagian.
  2. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan pes rempah kurma dan tumis hingga naik minyak. Kacau-kacau supaya tidak hangit di bahagian bawah.
  4. Masukkan ayam dan sedikit air. Biar ayam kecut sedikit.
  5. Masukkan air, air asam jawa dan kentang. Biar menggelegak dan kentang empuk.
  6. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau sentiasa agar tidak pecah minyak. 
  7. Apabila telah sebati dan mendapat rasa yang diinginkan, tutup api. Hidangkan bersama nasi.


DAGING MASAK MERAH
BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 500 gm daging 
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1/2 cawan cili kering kisar (ikutlah banyak mana nak sambalnya)
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji pelaga)
  • 4 sudu besar sos tomato (boleh adjust ikut citarasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air rebusan daging 
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. Basuh daging dan rebus hingga empuk. Setelah empuk, tutup api dan keluarkan daging. Setelah sejuk, hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk memasak nasi dan sedikit untuk digunakan dalam resepi ini.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih bersama cili kisar.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan juga bahan kisar serta serai. Tumis hingga garing dan wangi.
  4. Masukkan sos tomato dan sedikit air rebusan daging agar sambal tidak terlalu pekat. 
  5. Masukkan hirisan daging tadi. Rasakan garam dan gulanya. Setelah sebati, tutup api.
  6. Hidangkan bersama nasi.
Nasi minyak ni boleh dimakan bersama acar mentah atau pun nenas masak bombay sebagai pelengkap hidangan.

SELAMAT MENCUBA!

11 comments:

  1. assalamualaikum...
    simple ape camni.. punya la marbelous... adoyaiii.. teringin nak makan plak.. mana nak cari ni.. bak sepinggan sini.. :P

    ReplyDelete
  2. salam syg naz..dah lama myepi tuupp3x keluar nasi minyak kan..h ehhee mmg mabless tue..set2 dia pun sedap2..rajin btl naz nie..nak join nie naz..:)

    ReplyDelete
  3. perhh...dah macam nasi kenduri nie kak..

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap dan mudah tu Naz.. teringin pula akak mencubanya..

    Terima kasih share resepi ye :D

    ReplyDelete
  5. Assalam naz, kalo akk tak panggil simple dh mcm ni, semua dah lengkap cuma beras je lain, bahan2 lam nasi tu dah cukup sedap, janji ada acar tak kira la carrot pun hehe, sedap tu

    ReplyDelete
  6. waduh sedaapnyer naz..leh tumpang sepiring?? x sempat mamam lg kt klinik ni..adeh!!

    ReplyDelete
  7. meriahnya Naz...
    lengkap betul set nasi minyaknya..ada majlis ke?hehe..

    ReplyDelete
  8. aslmkum naz.. apa kbr.. akk sihat2 jer..buzy urus hal sek ujung tahun jer..byk keje sama byk dengan malas.. hihihi.. sedap tgok nasi naz ni..akk jarang dpt masak2 lauk camni.. mkn2 layan menu kedai jer..cuma hari ni rasa nk makan lauk ikan masin dgn sambal tumis jer..

    ReplyDelete
  9. Aslmkum Naz. nasi minyak ada lauk ayam...daging masak merah lagi...mmg menambat selera ni....

    ReplyDelete
  10. Salam kenal...sedapnya mknn kat cni:)hope akak sudi dtg blog saye

    ReplyDelete
  11. Salam kak naz!!! Muuuahhhh!! Kita pun kejap ilang kejap ada ehehe... Sedappppnya nasi minyak tp kita tak pernah buat sendirik teringin nk buat to malas pulak nk buat pelakon2 tambahan dia tuu klu takde mcm tak meriah pulak kan kan tp klu ikutkn kita suke mkn nasik minyak dgn acar nenas jerr sedapppp :D tp klu ada yg lain2 lg sedappppp tp skrg tgh cuti ambik nasik2 n lauk2 berat tunggu lg beberapa bulan atau sebulan hihihi...

    ReplyDelete