ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Dipanjatkan rasa kesyukuran kepada Illahi kerana masih diberi peluang bernafas dengan sempurna pada hari ini..Alhamdulillah.. Didoakan semoga semua rakan-rakan dalam situasi yang mengembirakan dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Puding roti karamel ini Naz buat untuk dibawa ke rumah bapa saudara yang menjemput untuk majlis makan-makan bersama saudara mara. Resepi seperti biasa yang memang lama dalam simpanan dan telah dicuba berkali-kali ini datangnya daripada fotopages kak Hanieliza yang popular tu. Naz kongsikan di sini pula ye kak Liza. Sekejap je licin puding ni.
PUDING ROTI CARAMEL
RECIPE BY: Chef Hanieliza
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan:
- 750 ml susu segar/susu kotak
- 3 biji telur
- 2 s/b gula kastor
- 1 s/k esen vanilla
- 6 keping roti [koyakkan]
- 1/2 cawan gula [hanguskan]
- hiasan.... buah peach dalam tin [boleh gunakan fruit koktel]
Cara-cara:
- Gaulkan susu, telur, gula kastor, esen vailla dan roti dalam mangkuk (Naz kisar jer semua bahan ni dalam blender sebab tak nak nampak lapisan roti bila puding telah masak nanti).
- Panaskan gula dalam loyang yang nak digunakan diatas api paling kecil sehingga berwarna kekuningan (Bila dah hangus tu, Naz masukkan sikit air).
- Panaskan kukusan.
- Masukkan adunan roti dalam loyang yang ada gula hangus.
- Kukuskan selama 30 minit di atas api sederhana.
- Angkat dan sejukkan loyang.
- Bila telah sejuk terbalikkan perlahan dalam pinggan yang sedikit berlekuk sebab puding ni berkuah.
- Susunkan hirisan buah peach dan sejukkan.
- Potong dan hidangkan.
NOTA NAZ:
- Disebabkan Naz blend jer roti tu dengan susu dan bahan-bahan lain, jadi bila puding ni dah masak, teksture roti tu tak nampak di dalam puding. Semua yang makan puding ni ingatkan ni puding karamel bukan puding roti karamel....heheheeee....
Fuhhhhh!!!!!!!!!!!!!!1 mmg terliur habis nengok ni kak naz.. byk pulak buah peach nyer tu.
ReplyDeleteAssalamualaikum Naz Sayang...:D
ReplyDeleteLalalalala...Kak Lin datang bawa piring ni..nak mintak sikit Puding Roti Karamel tu....
Insya Allah kalau free Kak Lin nak cuba buat.. :D
perhhh...
ReplyDeletetelan air liur nengokkknya..
menggoda betoiii...
sedapnya naz.. rasa dah lama tak buat puding roti karemel.. tgok buah2 yg mewah tu .. mmm terliur..
ReplyDeletealahaiii terliurrrr..tergodaaaa
ReplyDeleteTerlior akk tgk, nak buat ntah bila agaknya...tak sihat dua tiga hari ni.
ReplyDeletesedapnya,mcm senang je ni,leh try nanti. tq naz
ReplyDeleteterliurlah Naz...macam nak mamam jugalah yg ni..
ReplyDeleteSalam kak naz!!! kita paling sukeee kalau caramel dia byk hihihi.... ambik pudingnya sikit tp kaut dia punyer karamel punyer lah byk hihihi...
ReplyDeleteAssalam naz, cantik puding roti tu bila di letak buah peach atasnya, bertambah2 kesedapannya
ReplyDeleteAslmkum Naz. puding....akk suka puding tak kira puding apa asalkan yg simpan sejuk dulu...letak peach tu buat lagi sedap..
ReplyDeleteperghhhh Kak Nadz...terliur tgk puding roti tu...lg2 bile tgk buah peach penuh bersusun kt atas tu...bkn sng nk buat karamel yg cntik n sempurna mcm ni..klau QH mmg fail dh..hihi
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeleteNampak sedap puding ini..kek red valvet pun sodap
Wallaaaaa..sedapnya..tergoda dengan kejadian
ReplyDeletepuding roti karemal..
Kalau dekat dh hanto piring kosong..hihi
molek je atas puding ni...malas nk buat, nk order boleh x..