Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 28 February 2012

CHOCO CHIP SPOTTIES

 

 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Terima kasih kepada pengunjung yang sudi bertandang ke taratak CUTE OVEN, SMALL KITCHEN ini. Semoga kita sama-sama beroleh sesuatu yang baik...Insyallah..

Cookies hari ini..hehehe... Resepi Choco Chip Spotties ini adalah salah satu koleksi resepi Kellogg's Corn Flakes. Boleh didapati resepinya di belakang kotak Kellogg's Corn Flakes kalau bernasib baik. Cuma Naz memang dah ada resepi ni dari dulu lagi sebab resepi ni ada dalam salah satu buku resepi masakan Naz yang digunakan sewaktu belajar dulu. Cuma hari ni baru berkesempatan nak mencubanya.

Cookies ni memang sedap. Lebih-lebih lagi bila Naz gantikan penggunaan mentega(butter) dengan campuran majerin dan lemak sayuran(vege shortening). Biskut menjadi lebih rangup. Bila dikunyah, krup..krap..krup..krap..bunyinya.  Sesuai dengan namanya, maka begitulah rupanya yang penuh sarat dengan 'spot' yang dihasilkan oleh coklat chip dan juga badam cincang yang dimasukkan di dalam adunan. Mungkin kuantiti gula boleh dikurangkan ikut selera masing-masing kerana dengan kehadiran coklat chip yang banyak ini, rasa biskut menjadi lebih manis.


Untuk menambah lagi kerangupan biskut ini, corn flakes yang digunakan di dalam adunan tidak Naz hancurkan. Naz cuma meramas sedikit saja corn flakes ini sebelum dicampurkan ke dalam adunan. Untuk badam cincang pula, Naz sangrai sekejap di dalam kuali di atas api dapur. Ada yang tak faham ker apa makna 'sangrai' tu??? Sangrai ni maksudnya merendang atau menggoreng tanpa minyak. 

Ok, cukup dengan bebelan ini. Boleh tengok resepi pula..hehehe.. Bagi sesiapa yang anak-anaknya memang gemarkan biskut coklat chip, bolehlah cuba biskut ni pula. Insyallah tak keciwa.

CHOCO CHIP SPOTTIES
SUMBER : Koleksi resepi Kellogg's Corn Flakes

Bahan-bahan A :
  • 150 gm butter (Naz gantikan dengan 75 gm majerin + 75 gm shortening)
  • 150 gm gula kastor ATAU gula aising 
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan ayak :
  • 1 1/2 cawan tepung penaik (self raising flour)
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/4 tsp garam
Bahan B (dicampurkan bersama) :
  • 100 gm coklat putih - dicincang (Naz gantikan dengan twin chocolate chip)
  • 1 cawan coklat chip
  • 2 cawan Kellog's Corn Flakes - dihancurkan (Naz cuma ramas sikit dengan tangan)
  • 1 cawan badam cincang (Naz sangrai dulu badam ni)

Cara Menyediakan :
  1. Pukul butter dengan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul 1/2 minit.
  3. Tuang adunan yang diayak.
  4. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga menjadi doh.
  5. Sudukan adunan jarak-jarak di atas dulang pembakar.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 15 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!

15 comments:

ummiaisyah said...

salam kak Naz...buat sekut lagi? meh la sikit...balang sy kt dapo tu dh kosong..heheheh

Melly Octaviana said...

Malam Kak Nadz.. best nya cookies, masuk list melly lagi, anak anak di rumah memang cookies monster.. hehe

Qasey Honey said...

hmmm kak...nmpk sdp sgt cookies ni....
xtau la bile bleh buat...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam naz,rasa macam nak raya pulak...

ijan said...

Salam Kak Naz,
Saya cukup suka kalau cookies ada unsur2 cornflakes ni. Memang rangup je nak menguyah. hehe...

Antan Bertingkah said...

Salam Naz... rajinnya Naz membakar biskut... sedap nampak...

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Nampak ada cornflakes ni pasti sedap Naz...skelai lagi masuk dalam carta akak untuk try

Anna Qawina said...

rajinnya..rajinnya..picit2 bahu akak..pasni bg sekut sebalang ok..hehe

Yat Maria said...

Ok Naz..I dah baca..ada bunyi krap krup so kira rangup la..u know sebab sometime the kids ni will ask yg rangup ke yg chewy..thanks babe..the bicuits looks good. lama taw I tak wat cookies or jello..rindu ai..I think I nak stop buat roti or cake dulu la..

tun_telani said...

sangrai? kalau tun, tun panggil sangai. hihi... tp tu pun word yg baru2 ni jugak belajar. sebelum ni, siap tulis 'goreng tanpa minyak'. hihi..
rajin betol kak naz mengukis, tun dh lama x mengukis.. duk tangguh2 je.

izahdaut said...

kak nazzz... cam tau tau je saya pun baru nak membiskut. tapi bahan tak cukup kena tuko plan lain ni. mmg nak kena buat gak confplake stu. nanti lemau

Only Fish Recipes said...

first time in ur space n I loved it absolutely...the choco chip spotties looks so adorable n gorgeous....loved ur presentation n clicks....following ur space now....check out my space in ur free time :-)

Chik Mimi said...

satu lagi cookies!ghajennya Naz yg hari tu pun akak belum try

quinnie said...

alamak kak naz ada biskut baru la pulak..sedapnya....nak beli conflakes lah...sedapnya..suka biskut rangup2 nih..:)

CT Delima said...

As'salam Naz

sedapnya kalau dapat cookies ni, buat kudap2 depan tv sambil layan cerita korean..hehehe

kalau k.ct mahu setengah balang juga habis ni Naz. sedapnya kalau dekat dah hulur mangguk ni Naz..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...