Saturday, 20 August 2011

IRISH COOKIES

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Salah satu biskut yang tak pernah ketinggalan Naz membuatnya setiap tahun semenjak kali pertama mencuba dulu. Memang kelasss gituw!! Kombinasi rasa nescafe dan nestum tu membuatkan tidak cukup sekadar 1 atau 2 ketul bila dah mula makan. Kalau tak percaya, cubalah!


Biskut ni juga merupakan top selling masa Naz ambil tempahan membuat biskut raya dulu. Sama bersaing dengan tart nenas gulung. Naz memang buat biskut-biskut yang mendapat sambutan jer. Buat tak banyak jenis tapi confirm orang akan tempah berbilion-bilion..*hehehe..ye ker banyak tu.... Acah jer...hahaha..

Biskut Irish ni, bukan setakat musim perayaan saja ada di rumah Naz. Kadang-kadang tu, bila tergerak nak makan atau atas permintaan anak-anak, pasti akan adalah biskut ni di dapur rumah.


Resepi biskut Irish ni pun dah pernah letak dulu. Tapi cara menghias biskut tu je yang lain. Boleh klik di SINI untuk melihat versi yang dulu. Dulu Naz sapu kuning telur dan tabur dengan sugar ball tapi kali ni Naz drizzle dengan coklat masakan jer. 


Rasanya yang sedikit rangup tu buat sedap mengunyah tak ingat dah nak habis 1/2 balang..hehehe. Lagi pun bila membuat biskut Irish ni, Naz suka mengurangkan sedikit jumlah mentega dan digantikan dengan majerin. Oleh kerana ada kombinasi mentega, majerin dan juga shortening, maka biskut ini akan berasa lembut dan rangup sikit. Tapi tak le sampai krup..krap.. bunyinya bila dimakan.

Kepada yang ingin mencuba, ini resepinya. Naz memang recommend untuk membuat biskut Irish ni pada yang tak pernah merasanya. Tak rugi tau! Kalau tak caya, boleh klik pada link resepi asal kat bawah tu. Tengok macam mana maklang Azie dok promote biskut Irish ni... Kan maklang... Memang best sangat!


BISKUT IRISH (IRISH COOKIES)

Bahan-bahan A :
  • 180 gm butter (Naz guna 150 gm butter + 30 gm majerin)
  • 20 gm vege shortening (lelemak sayuran)
  • 130 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp serbuk nescafe classic
  • 1 tsp asen kopi/ asen vanilla/ kopi emulco
Bahan-bahan B :
  • 200 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung ubi
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 40 gm nestum atau cornflakes yang dikisar halus
Bahan Hiasan:
  • Kuning telur untuk sapuan + sugar ball @ chocolate rice
  • Atau boleh guna coklat masakan yang dicairkan dan dilorek di atas biskut selepas biskut masak

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga sebati dan berkrim.
  2. Masukkan bahan B. Uli hingga menjadi doh. Canai dan terap menggunakan acuan pilihan anda.
  3. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan sugar ball. 
  4. Bakar di dalam oven pada suhu 170C  - 175 C selama 25 minit atau hingga biskut masak sepenuhnya.
  5. Sejukkan dulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

NOTA :
  • Kalau nak hias menggunakan coklat masakan macam yang Naz buat tu, bakar biskut dulu. Kemudian cairkan coklat masakan secara double boiler. Then masukkan dalam plastik bersih dan potong sikit jer di bahagian hujung plastik. Kemudian paipkan corak idaman anda di permukaan biskut yang telah sejuk.
  • Sekiranya ingin mendapatkan bentuk biskut yang tidak terlalu kembang(still maintain shape dia seperti acuan penerap), selepas menguli adunan, balut doh di dalam plastik bersih atau balut dengan cyling wrap dan simpan seketika di dalam peti sejuk selama 20 minit. Kemudian keluarkan dan bolehlah mula mencanai dan menerap. Boleh juga simpan hingga semalaman atau berhari-hari di dalam peti sejuk. Apabila ingin menerap, keluarkan dari peti sejuk dan biar pada suhu bilik selama 20 - 30 minit. Kemudian bolehlah mula mencanai dan menerap. Naz selalu buat macam ni jadi bentuk biskut still cun macam acuan. Tak lebar atau mengembang atau lari shape dia..still macam anak dara lah...hehehe...
OK, SELAMAT MENCUBA!

8 comments:

  1. Malas nak buat.. nak gi mkn kat rumah Naz je.. ehehe

    ReplyDelete
  2. awal pg dtg nak ambik sekut..dah siap boh dlm tipuware lom yg saya punya? hehe

    ReplyDelete
  3. assalam naz..wah rajin tul ngukis ya..dah macam2 jenis dah ni.Kompom penuh meja time raya nnt..rajinnya siap wat topping bagai lagi

    ReplyDelete
  4. tahun lepas pun ramai yg recomend biskut ni kak. bahan2 nyer semua ada je kat dapur saya tu.. haiishh kalau datang kerajinan boleh la cube. tq kak

    ReplyDelete
  5. x leh buat la Naz..kt sini x de nestum..dpt tgk je lah..

    ReplyDelete
  6. nestum yg biasa makan tu ker...?? nanti kita simpan resepi ye Naz...nampak sedap

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Naz,

    wah dh keluar kuih raya...dh terasa benar bahang raya kan??

    ReplyDelete
  8. salam kak naz.. lawanya biskut tu bentuk hati lagi.. nak sebalang.. hehhehe

    ReplyDelete