Thursday, 21 July 2011

ROTI JALA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Menjala pula kali ini. Tapi ini bukan menjala ikan tau! Ini menjala roti. Roti kirai yang dijala untuk dimakan oleh anak-anak. 

Naz pernah letak dah resepi ni dulu tapi masa tu kaler roti jala ni macam yang original. Warna kuning. Alat untuk menjala pun Naz guna yang tradisional punya. Ala acuan roti jala yang warna kuning tu.. Tapi kali ini, Naz menjala menggunakan botol tiga muncung yang fames sekarang ni. Memang lebih mudah kerja-kerja menjala ni. 


Botol muncung 3 ni Naz beli secara online dan tiba ke rumah secara pos. Dari mana nak dapatkannya??? Dari seorang kawan blogger iaitu Chik Mimi. Jadi kepada yang bertanya bagaimana rupa boto tu, seperti gambar di atas tulah. Untuk maklumat lebih lanjut boleh pergi ke blog Chik Mimi ni (~Aku Dan Kehidupanku~). Selain daripada botol muncung tiga ni, ada juga barang lain yang Chik Mimi boleh bekalkan. Nak tau apa dia..silalah ke dapur Chik Mimi yer..


ROTI JALA aka ROTI KIRAI

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar @ susu cair @ santan
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 tsp garam
  • Pewarna kesukaan

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan kecuali tepung dan pewarna ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kisar lagi setiap kali menambah tepung hingga sebati (tujuannya adalah untuk mengelakkan dari berketul-ketul).
  3. Masukkan pewarna dan kisar seketika supaya warna sekata.
  4. Tuang atau masukkan adunan ke dalam botol muncung tiga.
  5. Panaskan kuali leper tidak lekat (non stick pan) di atas api perlahan, paipkan adunan secara menegak dan melintang. Angkat apabila masak sepenuhnya. Proses ini sekejap saja untuk setiap keping roti jala. Tidak perlu diterbalikkan adunan yang telah dipaipkan. Buat sehingga habis semua adunan digunakan.
  6. Lipat roti jala mengikut bentuk yang anda inginkan.
  7. Hidang bersama kari ayam atau kari daging atau apa saja hidangan kesukaan anda.
SELAMAT MENCUBA!

25 comments:

  1. cantik kemas jalaan tu...rasa nak tenung lama2.... kite tak penah try lagi :(

    ReplyDelete
  2. menarik...! tertarik ! debooommm !!!!

    ReplyDelete
  3. salam kak naz.. besnyer roti jala,, cicah ngan kari... mmg x toleh kiri kanan.. kale pun menarik hati kak.. :)

    ReplyDelete
  4. menjala kak..
    cantikkkk berseri2 la.....

    ReplyDelete
  5. jgn lupa ye.. yg kaler pink 1 pinggan tu utk tun ye..

    ReplyDelete
  6. lawa...kalerpun sungguh !! sure sedap!!

    ReplyDelete
  7. Wah!...mcm2 kaler ada...cantikkk..:)

    ReplyDelete
  8. wow cantikla jala akak...sedapnya:)

    ReplyDelete
  9. cantik n kemas ler naz.. rajin nya menjala.. diana jer yg x buat2 lg nampak gayanya kan.. huhuu

    naz.. nnt ambil award kat blog diana yer.. tq

    ReplyDelete
  10. Assalam..guna acuan apa..x pernah nmpk corak yg cam ni..nampak kemas.

    ReplyDelete
  11. Fiza Nordin;
    Sebab nak bagi anak2 makan lah tu Naz buat cantik2.. biar dia orang tergoda dan ngap banyak2 hahaha..

    ReplyDelete
  12. Asyifa Mustaffa;
    Tu lah sbb tertarik tgk kawan2 menjala dapat bentuk cam tulah nak buat jugak..

    ReplyDelete
  13. nOOrsha;
    Hihihi..mmg cicah ngan kari pun sha..Eh kena toleh kiri kanan jugak sha..Kang org tgk akak makan bnyk2.malu gak..hehehee.. Kaler2 tu saja suka..Lagi pun nak tarik minat anak2 makan.. Pink tu dah semestinya untuk Husna...

    ReplyDelete
  14. Mas;
    Aaahh mas..menjala..Cantik eh?? Tq>_<

    ReplyDelete
  15. Tun telani;
    Ooo nak yg kaler pink eh.. Kena tanya Husna dululah..Pink tu dia punya..

    ReplyDelete
  16. Cendana Kasih;
    Noorma..tq..Sedap makan cicah ngan kari..

    ReplyDelete
  17. Cik Cek;
    Tq kak. Kaler pink tu utk anak dara di rumah ni. Yg hijau tu untuk anak terun..hehhee

    ReplyDelete
  18. Nieza;
    Tq Nieza..tak lah cantik sangat.. Semua org boleh buat..

    ReplyDelete
  19. Diana,
    Kemas tu sebab guna botol muncung 3 tulah.. Mmg memudahkan kerja.. Dah lama ada botol tu diana tp baru ni la nak buat...hehehehee

    ReplyDelete
  20. Mawar Merah;
    Waalaikumussalam.. Tu Naz dah edit letak botol muncung tiga tu sebagai alat untuk menjala.. Memang bila guna botol tu, hasilnya akan jadi kemas..Tq

    ReplyDelete
  21. naz..terima kasih byk2 juga sbb sudi folow akk..akk baru lg dlm bidang ni. tgh merangkak2..tp seronok sbb dpt byk ilmu n harap dpt ramai juga kwn. Akk dah tgk td..rupa2nya guna botol ya..klu berkesempatan nnti akk nk cari..tq.

    ReplyDelete
  22. salam kak naz.. sedapnya nampak.. ita suka roti jala.. tambah2 makan dnegan kari ayam.. kena menjala juga ni tgk kiri kanak semua orng menjala dua tiga hari ni.. terima kasih singgah blog ita yang tak seberapa tu ye..

    ReplyDelete
  23. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete