Sunday, 26 June 2011

DROP COOKIES : CHOCOLATE CHIP COOKIES

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Menu cookies lagi?? Hahaha..nasib la kan. Mood tengah rajin buat biskut ni, jangan dihalang-halang. Sementara rajin, baik buat. Nanti bila dah masuk angin "M" tu, satu apa pun tak jadi..hehehee..

Biskut kali ni merupakan salah satu lagi jenis biskut coklat chip. Macam-macam resepi biskut coklat chip ada sebenarnya. Resepinya Naz tungkil dari blog happy home baker. Adunan biskut ni agak lembut dan berlekit-lekit. Oleh itu, dengan menggunakan sudu, adunan ini perlu disudu dan diletakkan di atas dulang pembakar. Kemudian, dengan menggunakan belakang sudu tadi atau boleh juga menggunakan garfu, tekan adunan yang dijatuhkan ke atas dulang pembakar agar leper sedikit.


Naz lakukan satu lagi cara sebab nak lihat, cara mana yang lebih mudah. Adunan yang telah siap diadun, dimasukkan ke dalam beg plastik atau dibalut dengan plastik pembalut dan kemudian disimpan ke dalam peti sejuk selama 20-30 minit. Setelah 20-30 minit, adunan ini Naz keluarkan dan Naz cuba menggentel menjadi bebola-bebola kecil dan dileperkan sedikit. Memang lebih mudah melakukannya dengan cara ke dua ini. Adunan tidak melekat-lekat di tangan dan lebih mudah membentuknya. Cuma adunan ini perlu dibiarkan seketika pada suhu bilik sebelum pembakaran kerana adunan ini perlu berada pada tekstur asalnya agar masak sekata sewaktu pembakaran. Sekiranya tidak(sebab Naz dah cuba), dikhuatiri biskut ini tidak rangup di bahagian tengahnya apabila selesai tempoh pembakaran.

Dari segi rasa dan teksture biskut ini selepas dibakar, rasanya Naz lebih suka pada  BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE) yang dibuat beberapa hari lalu. Walau bagaimana pun, seperti biasa, cookies  seperti ini memang mendapat sambutan di kalangan anak-anak di rumah ni.. 


DROP COOKIES : CHOCOLATE CHIP COOKIES
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
  • 115 gm butter - dibiarkan lembut pada suhu bilik
  • 115 gm gula kastor (Naz kurangkan menjadi 100gm)
  • 1 biji telur - dipukul sikit dengan garfu
  • 1 tsp esen vanilla
  • 175 gm tepung gandum
  • 175 gm coklat chip (Naz cuma guna 75-80 gm)

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Lapik dulang pembakar dengan kertas pembakar.
  2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan bewarna pucat.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul rata setiap kali memasukkan telur. Masukkan asen vanilla dan gaul rata.
  4. Ayak tepung ke dalam adunan dan kaup balik dengan spatula atau sudu kayu. Seterusnya masukkan coklat chip dan gaul rata.
  5. Sudukan 1 sudu besar adunan ke atas dulang pembakar. Jarak-jarakkan setiap 1 sudu besar adunan di atas dulang pembakar kerana adunan akan mengembang sewaktu pembakaran. Tekan sedikit permukaan setiap 1 adunan di atas dulang tadi dengan belakang sudu atau garfu.
  6. Bakar 10 minit atau hingga keperangan dan masak. Sejukkan dulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!

18 comments:

  1. sukenye! tapi stok choc chip dah habih buat famous amos hari tu...kene gi bandar minggu depan beli lagi la nmpknye. suke sgt yg famous amos hari tu.

    ReplyDelete
  2. wahhhh...rajin la akak mencookies...
    nak sebalangggg...

    ReplyDelete
  3. arini plan nak cuba famous amos tu.. asik tgk orang buat je jeles nih

    ReplyDelete
  4. wow naz, very the menggoda. awwww.

    ReplyDelete
  5. kak..nak raya dah ke ni? hehe..bak 2 balang kak..nak kunyah sambil BW..hhaa

    ReplyDelete
  6. Naz

    wahhh...eh amacam ko membalance kan yr cookies itew...hmmm...bukan disana saja mendapat sambutan Naz, ai pun nak menyambut jugak sekeping dua..ku tak leh tamahak mintak sebalang kan..

    ReplyDelete
  7. mak aiii...sedapnya biskut nie.Mmmm raya nie Nasya xyah wat kue dah..p raya umah Naz jerr gerenti naik 2-3 kilo...cookies sedap2 menggetar jiwa raga..

    ReplyDelete
  8. kak naz.. ce gi timbang berat tu.. asyik mkn cookies je, nnti BMI naik.. kui kui... (saje membalas kedengkian sbb kak naz ingatkn tun pada keje sekolah yg x siap.. kui kui )

    ReplyDelete
  9. amboi kak rajinnya buat cookies...nak order sebalang la malas nk buatla..yg german cookies tu pun nk gak nampak sedap tu..hehe

    ReplyDelete
  10. nuwairani ismail:

    dah try jugak eh biskut Famous Amos tu.. Tak mengecewakan rasanya kan.. Biskut yg ni lain sikit rasanya dan texture lebih padat dr biskut Famous Amos ari tu..

    ReplyDelete
  11. Sue :

    Buat Sue..buat.. Mmg sedap biskut home madae Famous Amos tu.. Rugi tau kalau tak cuba.. Nanti waktu raya boleh buat..

    ReplyDelete
  12. bonda_tie:

    Pat, godaan yg ni tak pe kan..hehehe

    ReplyDelete
  13. Anna Qawina:

    Lom lagi lah Anna... Ni kira pre-selected utk cookies raya nanti.. Amboiiii..sampai sebalang nak..

    ReplyDelete
  14. Yat Maria:

    Entah Yat.. elok lak itu cookies tak jatuh ai susun tinggi2.. Ko nak sekeping 2 jer eh.. Ok bisa diatur..

    ReplyDelete
  15. Nasya :

    Boleh..raya nanti datang rumah yer..Nak makan cookies jer ke?? Mknn lain tak nak eh?

    ReplyDelete
  16. tun telani :

    Oooo dengki jer ayat tu Tun..Nak sebalang tak??? Keje sekolah dah siap ker? hehehee

    ReplyDelete
  17. Nieza :

    Tgh mood rajin nk buat cookies Nieza.. Jangan time pose nanti akak malas dah.. Last2 kuih telunjuk jer yg ada..hehehe.. German cookies tu pun sedap.. Akak suka..

    ReplyDelete